BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 30, 2011

Indefinitely maybe

hi all. this will be probably my last entry. just now, i just got an invitation to play friendly football match with my friends tomorrow at ILSAS. but i don't feel like playing football or futsal anymore, i'm plain sick of it. although i still watch my favourite team plays on the tv, but i have lost cause to fight to play on again with mixed reasons but more to death of my will and passion for football. i wish my ex team good luck and more they will have more success without me. i wish i have greater success and happier life next year. goodbye 2011, welcome 2012.

Wednesday, December 21, 2011

Closing blog account

hai semua. di sini blogger ingin mewarwarkan bahawa blog Xpresi-diriku akan ditamatkan penghujung tahun ini. terima kasih kepada semua pembaca yang menyokong dan membaca blog ini walaupun tanpa komen, blogger sangat hargai semuanya.sekian, terima kasih

Monday, December 19, 2011

My little adorable girlfriend

hai semua. entry kali ini, blogger masukkan gambar-gambar girlfriend blogger di taman permainan depan rumah blogger. selamat menonton..

Bushra & Qistina

Bushra comei

Comei

Qistina, Khadijah & Bushra

blogger & Bushra

Qistina, Putra, blogger & Bushra

Putra, blogger & Bushra

Khadijah

Comei

Comei

Dina

Dina lagi

Lagi-lagi Dina

Sunday, December 18, 2011

Melepaskan impian

selamat malam buat semua pembaca. entry kali ini mengisahkan tentang sebuah impian blogger yang blogger terpaksa lepaskan. petang tadi blogger main bola sepak perlawanan persahabatan dekat puchong bersama bekas-bekas pelajar sekolah blogger dulu. keadaan padang becak disebabkan hujan turun lebat sebelum permainan dimulakan. blogger terpaksa bermain di posisi pertahanan tengah akibat lambakan pemain menyerang yang datang. dipendekkan cerita, blogger sebagai kapten pun marah lah pemain-pemain yang tak mencapai prestasi memuaskan. habis babak pertaman permainan, kawan blogger ni marah-marah kat blogger minta jangan marah budak-budak, jangan bagi tekanan. dan disebabkan itu, blogger bertekak mulut dengan kawan blogger ni. kemudian blogger mengambil keputusan untuk balik terus ke rumah tanpa lengah. blogger tahu blogger terlalu emosi dan bersungguh-sungguh meskipun perlawanan persahabatan, jadi blogger rasa blogger dan main perlawanan terakhir blogger dengan mereka. blogger rasa blogger kena cari pasukan lain yang boleh terima cara blogger bermain. buat masa ini, blogger melepaskan impian blogger untuk bermain bola sepak atau futsal dengan kawan-kawan. ada kemungkinan blogger terpaksa menggantung terus but bola blogger disebabkan masalah kesihatan yang berpanjangan. sekian coretan hati blogger kali ini.

Friday, December 9, 2011

Mini tenemen

hola suma. dis moning i wanna tell you a tale about a story kisah pasal futsal. yesterday, December 8, 2011, around 9.30 camtu, a futsal mini tenemen was berlangsung di serdang anjuran my ex-skulmate. ada 4 team aje yang menyertai tenemen tersebut kerana tenemen privasi ini antara kenal-kenalan dan sahabat taulan ex-skulmate blogger. team blogger membawa panji SAKTI(nama singkat skola blogger dlu & adik beradik ex-skulmate tambah 2 orang outlander. majlis futsal berlangsung dengan meriah sehingga ada yang kurang berpuas hati dengan pengadil a.k.a pemain2. 1st match bagi team blogger telah memberi kemenangan kepada pihak lawan dengan 1-3, manakala perlawanan kedua kalah lagi tipis iaitu 1-4. pada match pertama blogger telah menjadi punca pemberian kemenangan pada pihak lawan akibat cubaan menggelecek yang tidak menjadi. pada perlawanan kedua pula, blogger beraksi dengan baik hingga hampir2 membawa kepada keserian tapi nasib tidak menyebelahi. dengan nafsu amarah yang membuak2 akibat kalah tipis 2 perlawanan awal, blogger telah mengamuk sehingga menjaringkan dua gol cantik dan berjaya memberi kemenangan pertama dan terakhir buat team blogger walaupun pada 2nd half, skuad harimau muda telah bolos 2 gol pada seminit permainan selepas wisel ditiupkan. akhir kata, blogger dah penat sebenarnya, salam sukan dari bangi, sekian kita jumpa lain kali.

Thursday, December 1, 2011

Happy 23th Birthday on 29 November 2011

Sepetang di taman permainan

hai semua..

kali ini blogger nak menceritakan tentang sepetang di taman permainan. semenjak kak ngah blogger berpindah ke rumah baru berdekatan (tapi tak de lah dekat macam jalan kaki 5 minit dah sampai), blogger pun kuranglah menghabiskan petang membawa anak buah blogger Ara bermain-main di situ, tambahan lagi cuaca bulan ini tak menentu dengan hujan selalu saja menurunkan dirinya bila tiba waktu blogger nak pulang kerja menyebabkan blogger dibasahi hujan sehingga nak demam saja selalu. berbalik pada cerita mengenai tajuk diatas dan untuk mengelakkan dari diperli salah/lari tajuk, kisahnya berbunyi camni. petang semalam blogger membawa Ara ke taman setelah menolak motosikal abang blogger yang tersadai akibat bateri kong. ramai kekanak bermain di situ, sehinggalah seorang budak lelaki dalam umur 6,7 tahun bergayut macam ahli gimnastik terjatuh punggung dahulu dengan disaksikan blogger, abang blogger dan beberapa amah yang membawa anak-anak majikan mereka ke taman. budak tu tercarap macam bersujud menahan sakit, tapi tak de sapa pun yang datang menolong, maka blogger pun datang bertanya kat budak tu samaada dia ok ke tak. lepas suh dia duduk kat kerusi berehat blogger pun terus la perhatikan Ara. tak lama kemudian, kedengaran suara budak menjerit bergaduh-gaduh. rupa-rupanya 2 orang budak perempuan pra-sekolah terselit kat satu tempat seperti tangga.susah blogger nak gambarkan sebab blogger try cari kat internet pun malas nak cari sampai jumpa. bentuk tangga tu macam cincin(4 cincin) ke atas, di sokong dengan satu tiang. budak berdua ni bijak sebab dua-dua pun masuk dalam lubang cincin tu menyebabkan dua-dua tersepit. budak-budak ni mana la reti fikir lagi, terus panik sebab tersepit dan cuba paksa nak keluar dari situ, sambil menangis. dua-dua nak turun badan ke bawah tapi kepala diorang tersangkut kat lubang cincin tu. blogger pun cuba la nak keluarkan diorang tapi bila blogger angkat sorang budak ni, dia meronta-ronta sampai budak lagi sorang terhantuk kat besi tu. da seru dua-dua galak menangis, menjerit-jerit, barulah abang blogger yang agak jauh dari situ datang tolong. blogger angkat sorang, abang blogger bawak turun lagi sorang. blogger nak je sekeh dua-dua budak tu sebab blogger nak tolong keluarkan diorang tapi dua-dua degil meronta-ronta, menangis menjerit macam blogger nak pukul diorang. tapi lepas diorang dapat keluar dari keadaan tu, blogger memang rasa nak smack je dua-dua.. begitula ceritanya sepetang di taman permainan di akhir bulan september sehari selepas hari lahir ke 23 kawan baik terbaik blogger

Pampers..

hi semua....

berkurun lama rasanya blogger tidak mengemaskini xpresi-diriku ini. entri kali ini berkenaan dengan kejadian yang malang bagi blogger. semenjak petang semalam ketika hampir waktu balik kerja, perut blogger memulas-mulas akibat blogger skip lunch. tapi dengan kadar segera blogger makan roti jagung 2 bungkus dan air barli setin. beberapa minit kemudian, perut blogger beransur pulih, namun begitu, on the way blogger balik dari kerja, perut blogger memulas-mulas lagi. sampai je di rumah blogger tidak pula rasa nak membuang isi perut sebab perut rasa agak okay. kejadian perut memulas ini berlarutan hingga malam tadi dan pagi tadi dan tengahari tadi juga petang dan sampai la ni blogger masih lagi berada di atas mangkuk tandas. petang tadi, kawan baik blogger a.k.a kawan terbaik blogger call sebab nak minta hadiah birthday dia kelmarin. tapi bila blogger cakap blogger sakit perut, kena dyrea (sila ignore sengaja salaheja) beliau pun dengan selamba tanya samaada blogger dah creett kat dalam seluar ke apa, seraya mengoffer beberapa jenis pampers pakai buang seperti mamy pukul, pampers, kotex, sofy dan softlan(sekadar menyatakan beberapa jenis). kawan baik blogger tu selamba je gelakkan blogger yang menahan derita merindu sewaktu blogger sihat-sihat saja, sampai sungguh hati dia. semoga blogger dilimpahi kurnia sebagai orang yang teraniaya. amin...

Tuesday, November 22, 2011

Procurve switch

haiyayaiyayai. rini blogger nak update skit kat blog nih. blogger yang berkerja sebagai network engineer (seindah title sahaja) bermain-main dengan perkakasan dan peralatan IT ni. banyak jugakla yang blogger belajar sementelah berada di kompeni tempat blogger bekerja ini. rini blogger diperlukan untuk mengkonfigurasikan 'vlan' atau dengan nama panjangnya virtual LAN untuk 1 department ni. masalah yang blogger hadapi ialah tak dapat nak create vlan baru disebabkan switch tersebut telah mencapai maximum vlan iaitu 8 vlan yang dikonfigurasikan oleh senior engineer yang dah berhenti kerja. maka blogger pun bertanya pada senior-senior serta rakan sejawat yang lain samaada mereka tau nak tambah maximum vlan. maka seorang senior budiman ni menjawab:-

1. telnet ke switch. kalau tak tau ip, guna console cable + usb-serial cable then masuk guna hyper terminal untuk masuk dalam switch.

2. masukkan username dan password

3. enable manager account supaya leh buat konfigurasi

4. taip 'conf' then enter

5. taip 'max vlans '1-253' then enter

6. then ribut (bila ribut ni switch akan 'down' kejap so jangan kelam kabut sangat)

7. bila da 'up' balik, telnet balik then tambah la vlan yang baru.

8. sekian terima kasih

Monday, October 31, 2011

I've got no idea

hi all. these entry will be very short if not the shortest. if you noticed, most of my past entries circulated around the same storyline.you know why? i've got no idea either

Jangan Lupa Namaku

Aishiteru

Disaat Aku Mencintaimu

Penghujung Cintaku

Secrets

Sunday, October 30, 2011

Secret Recipe

assalamualaikum semua. terima kasih kerana sudi dan setia membaca blog blogger yang tak ada apa sangat lah ni. pagi ini blogger nak bercerita tentang Jumaat baru ni. sewaktu dalam perjalanan pulang dari keja, blogger mengidam nak makan cis kek. blogger biasa beli kat secret recipe, maka dengan itu, blogger pun singgah la di tempat yang selalu blogger biasa beli cis kek, iaitu secret recipe. tanpa membuang masa sebaik tiba di tempat kejadian, blogger pun mengorak langkah tak berapa bertenaga menuju ke kaunter. tiba di kaunter, staf sana tengah sibuk melayan pelanggan yang lain, jadi blogger terpaksa tunggu kejap. bila staf tu tanya blogger 'order?', blogger pun jawabla, 'takeaway'. pastu staf tu buat muka jap dengan kawan dia, muka pelik then baru nak amik order dari blogger. blogger pelik jugak napa dorang buat muka pelik, maybe blogger tak menjawab soalan atau english blogger tak betul kot. blogger pun order la 4 potong kek yang berlainan, bila da amik order, staf sorang ni pun mulala berkerja. tanpa diduga, berlaku la eksiden di situ, di mana 1 tupperware berisi beberapa pisau pemotong kek yang mengandungi air lebih dari setengah tupperware tersebut, terjatuh di meja, lalu air pun tumpah kena kek yang blogger order. staf yang eksiden tu pun membawa kek tersebut ke belakang dan tidak keluar ke kaunter semula. staf yang lain take over tugasan, dan blogger pun order 1 potong kek jenis lain sebagai ganti order tadi. bila dah bayar, blogger pun pulang ke rumah dengan senang hati. sampai di rumah, blogger bagitau mak blogger, blogger beli kek. mak blogger pun tanya, 'untuk birthday sapa?'. blogger cakapla birthday blogger hari tu, mak blogger pun percaya pastu suh blogger order pizza hut dia belanja. tapi blogger cakap tak yah order, kek je cukup. mak blogger suh abang blogger yang orderkan, maka dia pun terpaksa la order. dipendekkan cerita, kek 4 potong yang blogger beli kelmarin masih belum disentuh mahupun dikeluarkan dari dalam kotak. tah bila agaknya blogger nak makan, blogger pun tak tau. kesimpulan dari cerita secret recipe ini adalah, jangan beli ikut rasa suka hati, kelak nanti membazir duit sendiri. tenung-tenungkan dan selamat berangan. sekian...

Wednesday, October 26, 2011

Thanks Doctor

hi again my fellow blog readers. this entry i feel like it's better to share with all of you. 'thanks doctor', this phrase is not what came out from my mouth but it as directed to me. would you believe it happened to me? the story happened yesterday, after my officemate and i finish conducting a training for the hospital staffs. i went to the surau just before 5pm, and after finished Asar prayers i quickly went out to head home. as i almost applied my socks and shoes, two girls (might be hospital staff or mere public people) asked me as if the motorcycle parked in front of her car is mine, i said no. she said, 'doktor, moto doktor ke?', i like 'what?', stunned for a moment and just say no. no to 'that's not my bike'. her car was sandwiched in between the motorcycle and a car at the back. but, there's a catch. it was 'sandwiched', but there is enough space for her to navigate her way out of the mess. without a fuss, i directed her to slowly reverse back and forth to gain access out from the position. and before they leave, they said, 'terima kasih doktor', and i just smile. and because of that incident, my officemate now tease me, 'doktor, doktor'. i wonder, does they really see me as a doctor or just because i work in the hospital, they assumed i am at least a doctor.

note : i look like piri weepu, the all blacks rugby player because i have beard, and my curly uncombed hair is a real mess. try to imagine yourself

Well being

hi all my blog readers. today, i want to tell you about my well being in over a month and so. i haven't been healthy for some reason, the weather, working pressure, the food i consumed and the expectancy to excel. the weather nowadays is sunny in the early morning until 3 to 4 pm, while rain almost every late evening until dawn. so i will get wet almost everyday back from work. this month has seen a lot of up and down in working matter. i wish not to further discuss as i think it will only add more negativity than positive in the future. in the meantime, i developed a bad eating habit which see me consumed more junk food including a lot of coke's and pepsi vice versa. also, chocolate almost every night before went to bed. the day before yesterday, i ate 2 plate of nasi lemak + 2 fried eggs + 2 boiled eggs for breakfast, none at lunch, then i ate 3 sweet donuts and few other kuihs at tea time and 'all i can eat' during having my dinner. yesterday, pizza and 2 plate of fried noodles in the morning, none for lunch, 3 kinds of kuihs couldn't remember how many i had inside, while dinner, i had only few lauk with rice then before sleep, bread and chocolate. today i didn't had my breakfast because i woken up almost midday. had chicken curry with rice for lunch, fried bananas, keropok lekor and curry puff at tea break and chicken curry with rice again + fish for dinner. and after doing a lot of thinking to post this new entry, i started to feel hungry, yet again.

Tuesday, October 18, 2011

Luka

luka, melukai dan dilukai. terjadi pada diri sendiri dan juga orang lain yang disayangi. sengaja mahupun tidak sengaja. boleh dilihat kadangkala tak dapat dilihat dengan mata kasar. yang boleh dilihat, lutut blogger yang berdarah akibat jatuh main bola, tangan blogger berbekas dicengkam pemain lawan dan kaki blogger yang tertimpa ais sewaktu nak dipecahkan. yang tak dapat dilihat tapi diketahui, hati nurani mak abah blogger, adik beradik blogger, kawan baik blogger, adik-adik angkat blogger, serta sesiapa saja yang terasa hati dek lontaran kata-kata dari mulut blogger ini. tak lupa juga kepada gadis-gadis yang blogger telah kecewakan, dan yang mengecewakan. selamat tinggal dunia persekolahan (tiada kena mengena dengan tajuk). banyak movie yang belum blogger tontoni lagi (pun tiada kena mengena dengan tajuk). semoga luka dan luki ini sembuh sendiri...

Monday, October 17, 2011

Makan sampah

entry kali ini berdasarkan sebuah kisah benar yang blogger olah sedikit untuk menjadikannya lebih menarik. tidak lama kemudian, kisah ini pun blogger mulakan. kejadian kisah ini berlaku pada diri blogger sendiri, dan mungkin juga terjadi pada para pembaca semua. 'makan sampah', dengan hanya membaca tajuk ini sahaja, pasti sudah ada rasa jijik terlekat di minda, terloya di anak tekak, dan terasa segala isi perut bagai nak terkeluar segalanya. natijahnya, begitulah yang sebenarnya terjadi pada kita semua(kebanyakkan). maksud 'makan sampah' ini bukanlah secara fizikalnya kita ambil apa sahaja bahan makanan di tong sampah yang da berbau, basi dan dihurungi lalat itu. tidak sama sekali, maksud blogger di sini, makan sampah itu adalah 'junk food' atau dengan bahasa halusnya makanan ringan yang tak berkhasiat. blogger dengan rasa kesal mengaku blogger ketagih makanan jenis-jenis ini. disebabkan banyak mengambil makanan ini, blogger hilang selera makan nasi dan lauk-pauk, kuih-muih, pelbagai jenis mee dan makanan lain yang memberi manfaat pada tubuh badan. peliknya, hanya dengan makan makanan ringan ini, berat badan blogger naik mendadak setelah berjaya turun 5 kg, berat ideal blogger sejak di bangku persekolahan menengah lagi. sementara blogger menulis entri ini, blogger sebenarnya sedang mengunyah disebabkan kelaparan. kesimpulan yang dapat blogger simpulkan di sini, jangan makan makanan sampah ini sehingga menyebabkan makanan ruji tak dapat dinikmati lagi. sekian dari blogger di siaran xpresi-diriku ini untuk semua pembaca.

MOTM?

hello all. terdetik hati nak update blog dan juga kerana kawan baik dok buka blog blogger ari2 tapi satu new entry pun tade. pada pagi yang berbahagia ini, blogger ini menceritakan kejadian petang semalam di nilai atau lebih tepat lagi USIM. USIM tu universiti sains islam malaysia kalau para pembca blogger ada yang xtau. blogger ke sana bagi ceramah, da orang jemput, kita datangla kan. tapi sebenarnya, blogger bknla ke sana nak bagi ceramah, tapi ada frenly match dgn guard2 USIM dan berakhir kemenangan kpda team blogger 3-1. team yg blogger join ni, team kwn kepada abg blogger, so blogger hnya kenal sorang je, lain sume xknal. bila ditanya blogger leh main apa, blogger ckp sume posisi kcuali goalkeeper. mka disbbkn dfndr utama team dorang tak hadir, blogger pun ditugaskn sbgi last man a.k.a sweeper cum midfielder, striker nak men mana2 pun leh. mka blogger pn mnjlnkn tgggjwb blogger dgn cmrlang. siap smpat mmbawa bola mngelecek dr posisi brthn ke srgn hinggalah mnjrgkn gol kedua team blogger. sbnrny team blogger leh score byk gol, tp disbbkn striker team tu da agk berumur da xhebat sgt cm blogger (;P), mka hnya 3 gol je yg dpt. actually blogger tensen dek krna missed chances yg team kitorang dpt, rsa cm nk mrh je mreka2 sume, tp xjd sbb tkut blogger xdpt blk uma lak nnti (blogger tmpg keta dorg). blogger nak je men striker td, tnjuk dorg cmne nk skor, tp da tugas blogger kt dfnce, segan la plak nk naik ats melulu skor lg sbiji. tp blogger akui, blogger 'paling' power dlm team tu. sbb dorg sume da pgkat bapak org, blogger bujang lg, bujang dan ensem cam aaron aziz plak tu. mka disbbkn kepoweran blogger, dorg dgn sbulat suara menyelect blogger sbgi MOTM bg frenly match td. blogger bgga jgk la, da la 1st time join main, pstu dorg puji2 plak, rsa hilang selesema dan lendir2 kt hidung blogger. tp as usual, bdn skt2, pnat xtrkata, rsa nk mc pn ada. smpi cni je dpt blogger cite, jmpa lg di msa pd trkh yg brbeza.

Friday, October 7, 2011

First contact

somebody just resurfaced back into my life frame. someone who once not too long time ago left me without proper explanation. she came from nowhere to be heard off, asking me not to make even try contacting her back then, and just now, she did make the first move. asking for my forgiveness she seek and she got what she wants. let me go, let me be, just be happy, that's what i'd said to her hoping that the burden she suffering from leaving me without notice spoof into thin air. truth is, i already forgot almost everything about her and currently living my usual boring life. yes, boring life. hardly hanging out with friends, playing futsal only once, twice a week. when my burden will be lifted, i wonder?

Monday, October 3, 2011

New entry

hai3. new entry blogger setelah sekian lama tak update blog. blogger ingin menceritakan kenapa blogger lama tak update blog. sebabnya blogger tak de idea. sekian terima kasih

Monday, September 26, 2011

Makan-makan di hujung minggu

hai, hai, hai. pada pagi buta yang berbahagia ini, blogger ingin mengentrikan sebuah kisah klasik dari masa lalu untuk santapan mata para pembaca. hujung minggu lepas, sabtu 24 sept 2011 dan ahad 25 sept 2011, blogger dan family telah banyak makan di open houses di seremban dan shah alam. open house di seremban itu, open house rumah kak long blogger. di sana, blogger makan nasi briyani, lauk ayam masak merah, daging kambing kurma' dan beberapa jenis lauk lain termasuk mee bandung. blogger bertolak dari bangi jam 9pagi bersama kak ngah blogger dan juga babynya.sesampai di sana, blogger rileks-rileks sekejap sambil mengisi perut yang kekosongan dengan croissant bread. selepas mengisi, blogger menyusun ampun sepuluh jari jemari menyusun meja kerusi untuk tetamu menyantap menu dihidangkan. setelah siap menyusun, blogger mentelaah new straits times dan metro sementara menunggu catering sampai menghidangkan menu. sesampai je catering, blogger pun memakan apa adanya bersama family blogger sebelum tetamu datang. pagi keesokan harinya, blogger menyental nasi ayam, satay ayam dan daging, blueberry cheese tart, 4 jenis buah-buahan, putu mayam dan kek di rumah jiran sebelah. selepas tu, blogger dan family pun bergegas ke shah alam untuk menghadiri open house sepupu blogger. di sana blogger menjamah sedikit mee bandung kerana kekenyangan. kemudian kami bertolak ke rumah abang sepupu tak de la jauh sangat dari situ. di situ, kami hanya menjamah buah epal hijau dan jambu batu serta kuih-muih. kemudian kami singgah di rumah pak long blogger yang agak jauh tapi tak de la sangat dari situ. last stop, kami ke rumah akak sepupu blogger berhampiran saja dengan rumah pak long blogger. menu kari kepala ikan jenahak, sup daging, daging salai gulai cili padi, sotong dan udang goreng dihambat blogger dengan rakus sekali. dan dengan perut buncit kekenyangan kami bertolak pulang ke rumah pada jam 10 malam, wasalam.

Mari belajar

ahlan wasahlan, syukran ya Allah. assalamualaikum warah matullahi wabarakatu.

pada pagi yang mulia ini, blogger (tak tahu sebab apa) tiba-tiba ingin berkongsi sedikit ilmu apa adanya tentang bahasa arab. mari belajar

bahasa arab - bahasa malaysia

hadith - kemalangan
usrah - keluarga
sawa-sawa - yang sama/lebih kurang macam ni
hamam - tandas
tammam - bagus
rijal - lelaki
nisak - perempuan
ana - saya
ila - ke
asir - jus
min - dari
man - siapa?
aina - mana?
ahmar - merah
aswad - hitam
am - pakcik
maktab - pejabat
surah - gambar
kabir - besar
jauh - cuaca
sierra - karate
laham - daging
sakan - tempat tinggal
wahid - 1
isnin - 2
thalasa - 3
arba' ah - 4
homsa - 5
sittah - 6
saba' ah - 7
thama' niah -8
thisa'ah - 9
as' shara -10
sabun - sabun
marak - sup
naum - tidur
sukar - gula
maleh - garam
warak - belakang
samak - ikan
hina - sini

Friday, September 23, 2011

Setahun sudah

assalamualaikum dan salam aidilfitri. masih belum terlambat rasanya untuk blogger mengucapkan salam aidilfitri buat mereka-mereka yang terlepas membaca entri-entri menarik blogger sebelum ini. kelmarin, hari rabu bersamaan dengan 21 September 2011, blogger telah genap setahun berpuasa. alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan limpah dan kurnia-Nya blogger berjaya juga berpuasa selama setahun genap. semalam, khamis 22 september 2011 ada sedikit perubahan cuaca. pagi hujan, petang tak. maka pagi tadi blogger lambat gi keja dan juga basah di beberapa tempat terutamanya di bahagian peha. tanpa membuang masa, blogger menamatkan entri kali ini. sekian

Wednesday, September 21, 2011

Bahaya

assalamualaikum dan salam sejahtera. tajuk entri kali ini adalah tentang bulan. eh bukan, tentang bahaya. sejak beberapa menjak ini, keadaan cuaca very tak menentu. panas terik dan teruk menyebabkan jerebu membuatkan visual kadang-kadang kabur kadang-kadang tak nampak terus. begitu juga hujan yang selalu turun walaupun jarang lebat, tapi masih cukup membuatkan jalan licin. petang ini, seperti semalam hujan turun renyai-renyai, gerimis mengundang sekejap saja hujan lebat. dan juga seperti semalam, blogger balik lewat sikit menyarung jersi kalis air untuk mengelak beg komputer riba dibasahi hujan rahmat. di satu lampu trafik, blogger meluru laju untuk tidak berhenti di situ kerana akan lama lah menunggu lampu bertukar hijau kembali (sambil menyanyi lagu hijau). kerana kelajuan ditambah lagi dengan tayar belakang skuter blogger yang hampir botak,blogger hampir-hampir tergelincir betul-betul di hadapan sebuah kereta honda yang dipandu wanita. mujur blogger sempat menendang jalan raya untuk mengembalikan keseimbangan motor sebelum terlambat. dan mujur juga kereta honda itu tidak mengekori terlalu rapat, jikalau tidak, kemungkinan blogger tak sempat menulis entri ini seraya melengkapkan puasa 6 hari ini. hati-hati di jalan raya, ingat orang tersayang. musuh boleh dicari, tapi kawan baik tiada galang ganti, sekian, iklan...

Tuesday, September 20, 2011

Baju sama

kelmarin, ahad 18 september 2011, kira-kira agak-agak waktu maghrib, blogger sampai di rumah setelah berhujung minggu di kuala kangsar perak, menenangkan jiwa hati nurani perasaan rohani dan jasmani. tanpa diduga, rumah blogger didatangi tetamu senja, pakcik dan makcik blogger dan juga anak saudara sepupu blogger bersama suaminya. saat bersalam-salaman, blogger terperasan yang suami anak saudara sepupu blogger ni, memakai baju yang sama dengan baju yang blogger ada. hush puppies stripes kelabu merah dan hitam.nasib la baik blogger tidak memakai baju yang sama, kalau la tidak tentu tersipu-sipu memasing gegas nak tukar baju tak kasi nampak sama. kesimpulannya, jangan belikan baju hush puppies untuk teman lelaki/ bapa / adik lelaki / abang dan yang sejantina dengannya kerana dikhuatiri akan sama dengan bebaju blogger. mereka pulang lebih kurang jam 9malam, blogger online kejap setelah 3 hari berlalu tanpa internet dan main games sampai pukul 11malam sebelum menyaksikan manchester united mengerdilkan chelsea 3-1 di halaman sendiri, hasil jaringan smalling, nani dan rooney. owh ye, blogger dah hampir cukup puasa 6, hanya tinggal 2 hari lagi, insyaAllah esok dan lusa selesai puasa 6.

Thursday, September 15, 2011

Open hospital

hai hai hai. hari ni blogger nak kasi tau kat semua pembaca pe kisah yang terjadi pada hari ni. pagi tadi blogger ada fisioterapi.blogger bangun lambat tapi nasib baik kat hospital tu tak ramai patient, so cepatlah blogger daftar dan menjalankan fisioterapi. fast forward da kul 12 pm, blogger gerak balik rumah, mandi, dan solat zuhur sebelum gi ke ofis blogger. sampai ofis dalam kul 2pm, blogger lepak jap dalam stor, then blogger pun gi la tempat makan-makan(open hospital) kat tempat parking patient. ramai orang, blogger pulak tak de geng, dengan segan-segan blogger redah sebab kat umah tak makan, cakap dengan mak, makan luar, amik kau, terpaksa tebalkan muka tak kenal orang ramai main bedal pe yang dapat capai. 1st round mee kari air anggur, 2nd round satay + ketupat + kuah kacang air oren, 3rd and last round, rojak buah air apa ntah.tu je lah

Wednesday, September 14, 2011

Diduga dan digoda

hai semua pembaca, terima kasih kerana setia membaca dan memberikan komen-komen membina. hari ini, blogger nak bercerita kisah yang terjadi pada blogger hari ini. hari ini, blogger puasa 6 untuk hari yang ketiga tanpa bersahur. alhamdulillah hari pertama dan kedua dapat blogger harungi dengan baik walaupun perut blogger sakit bermula tengahari semalam. hari ini blogger diduga lagi oleh-Nya. hari ini, blogger start sakit perut awal pagi lagi. sebelum pergi kerja perut blogger berbunyi-bunyi dek masuk angin. blogger cuba bertahan, buang angin tak payah nak cakaplah, sendawa memanjang walaupun tak kenyang. sejam kemudian blogger diserang sakit perut lagi, terpaksa qada hajat dan sekarang ini blogger masih bertahan. insyaAllah dengan izin Allah blogger akan berjaya mengharungi sehari lagi. cerita selanjutnya pulak, blogger saja je nak kasi sedap tajuk didengar dan menarik minat pembaca, tapi sebenarnya tak ada apa-apa yang best pun. blogger baru lepas buat FAT dengan staff IT dan bos blogger, 2 orang. bos blogger dengan staff IT ni goda blogger dengan Kenny's rogers, tu je la ceritanya. sekian

Tuesday, September 13, 2011

Puting beliung dan air jagung

hari kedua blogger puasa 6, tanpa sahur, last minum air kul 1.30 pagi sebelum masuk tidur. alhamdulillah blogger berjaya menahan walaupun dari tengahari perut menyucuk-nyucuk minta diisi. seperti hari semalam, blogger rasa mengantuk kat tempat kerja, namun begitu blogger hanya tidur (kat atas kerusi dalam stor tempat khas untuk blogger)lepas lunch hour. bangun 30minit kemudian, dan terus ke surau solat zuhur sebelem kembali menyambung lena yang diulit mimpi di surau pulak. waktu blogger tidur di stor, blogger bermimpi tentang puting beliung. masa tu blogger balik jb, gi shopping complex namanya holiday plaza. waktu blogger nak kuar plaza tu, blogger dan seorang lagi kawan nampak puting beliung besar dan tak berapa jauh dari kitorang. pada mulanya tak rasa bagai ditarik, tapi bila puting beliung tu semakin hampir, badan tertarik sendiri ke depan tanpa kawalan, mujur blogger sempat menyambar satu tiang dan berpaut kuat hinggalah puting beliung berlalu pergi. lepas je puting beliung tu pergi, kaki blogger pun kejang. rupa-rupanya blogger tersedar dari mimpi. masa blogger balik umah, blogger confuse ari ni ari apa, blogger ingat dan rabu. kalau rabu, ada pasar malam belakang taman blogger. tak semena-mena blogger pun mengidam air jagung, terliur nak minum. dan blogger pun sampai la ke rumah selepas tuang minyak skuter penuh-penuh bagi menghadapi ari-ari yang mendatang. sekian terima kasih.

Monday, September 12, 2011

Fast 6

hai all. semua dah tengok cerita Fast 5 tak? haa, kalau belum tengok tak pe, sebab entri kali ini blogger nak bercerita pasal Fast 6 yang tak de kaitan langsung dengan Fast 5. Fast 6 ini sebenarnya bukanlah sambungan cerita Fast 5 yang dibintangi oleh vin 'petrol' diesel, paul 'jalan-jalan' walker, jordana 'bruise' brewster, dan introducing the most wanted person by Indonesians, faujan. Fast 6 yang blogger maksudkan adalah puasa 6. puasa 6 ini hanya boleh dipuasakan bagi Muslimin dan Muslimat yang menepati syarat-syarat sah berpuasa. antara syarat-syarat sah puasa adalah:-

1. Islam.
2. Berakal. tidak sah bagi orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz. tapi sah jika orang itu hanya gila talak dan baca komik gila-gila.
3. Bebas dari haid dan nifas.
4. Bukan 2 hari raya, hari-hari Tasyrik dan hari syak.
5. Tidak mendatangkan mudarat/tidak mampu berpuasa (uzur, orang-orang tua)

maka dengan menepati syarat-syarat sah yang tertera, insyaAllah seseorang itu boleh la berpuasa. berbalik pada cerita Fast 6 tadi, puasa 6 ini hanya boleh dilakukan dalam bulan Syawal pada setiap tahun Hijrah. orang yang berpuasa 6 selepas puasa di bulan Ramadhan seolah-olah dia berpuasa selama satu tahun lengkap, maka dengan ini, sama-samalah kita(bagi yang mampu) untuk berpuasa 6 ini. moga-moga kita mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya. amin ya rabbal alamin.

Spagetti, Ayam dan Nasi Arab

moshi-moshi. da lama tak update blog, blogger kehilangan naluri menulis sekejap dek raya sakan dan makan-makan. banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang blogger tak sempat menyempatkan diri mengupdatekan blog blogger yang tak ceria sepertimana hidup blogger akhir-akhir ini. tapi entri kali ini, blogger nak bercerita pasal makan. raya kali ini, blogger banyak menyental spagetti, ayam dan nasi arab. balik kampung pada petang sebelum hari raya pertama dengan kata lain, puasa hari terakhir, blogger berbuka dengan kari ayam. pada hari raya pertama pulak, ayam masak pedas. hari raya ketiga pulak tatkala blogger beraya ke rumah saudara mara sebelah abah, seraya ingin pulang ke johor bahru, blogger membantai spagetti di selang dengan cornflakes madu. dah balik KL pulak, abah blogger dok sibuk-sibuk ajak blogger gi cyberjaya, cbd perdana nak beli nasi arab(kambing dan ayam). rasanya dalam bulan raya sampai la ni, 3 kali blogger makan nasi arab, 4 kali makan spagetti (kali terakhir semalam, dan ayam almost tiap-tiap hari raya. meskipun begitu, ajaib sekali, blogger tidak tambah berat dadan, malah kurang sekilo dua walaupun melantak tak kira masa, tak kira apa, tak kira siapa punya. malam semalam, blogger melantak 6,7 ketul ayam sewaktu menghadirkan diri di open house kawan sekolah blogger di puchong selepas membedal 4 ketul pada petang tersebut di rumah akak adik angkat blogger di cheras. iktibar yang boleh diambil dari kisah di atas adalah, makan jangan tak makan, rezeki jangan ditolak, musuh tak pasal-pasal mencari. sekian, wasalam

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. sempena hari yang mulia, hari raya aidilfitri ini, blogger ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua umat Islam, muslimin dan muslimat tak kira di mana saja anda berada, di tempat kerja, di kampung halaman mahupun di perantauan. bagi yang mengenali diri ini secara langsung atau hanya di alam maya, blogger ingin mohon ampun dan maaf andai ada tersasul bersiul, tersilap cakap, terkasar bahasa pasar, tercubit sampai rasa sakit, terbuli sampai hilang kenyakinan diri, ter'apa' di mana-mana pada bila-bila masa tak kira siang malam, langit cerah atau mendung dan selain-lainnya. semoga hari raya kali ini disambut dengan lebih meriah tanpa melupakan yang tidak bernasib baik di luar sana. berhati-hati ketika pulang dan kembali di jalan raya, berwaspada pada kamera-kamera yang kerjanya menangkap speed racer, beringatlah pada yang tersayang ketika nak membakar mercun, kerna takut tak dapat jumpa lagi lepas ni, atau ada yang hilang body part sana sini. sekian untuk tatapan buat semua yang pembaca di tanah air tumpah darahku, ikhlas daripada penulis blogger expresi-diriku yang berada berpuluh ribu milimeter dari anda semua.

Sunday, August 28, 2011

27 Ogos 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera. semalam blogger tidur lewat, tak sure pukul berapa, tapi maybe dalam pukul 3 atau 4 pagi. blogger bantai main game ranch rush, pastu game online tak lebih 10 akaun hanya untuk football management game. blogger sahur jam 5.20 pagi, tunggu sampai subuh, bila sudah selesai, blogger sambung tidur. pukul 8.30 pagi abah blogger kejut ajak pergi pasar borong selangor di serdang. blogger dengan tak mandi takat basuh muka, basahkan rambut pun ikut sambil terlentok-lentok dalam kereta yang dipandu abah blogger. memacam abah blogger beli sewaktu di pasar, blogger ikutkan je, jadi tukang angkat barang-barang. buat pengetahuan semua, pengetahuan blogger pasal benda-benda(jenis-jenis ikan, sayur-sayuran etc) yang ada di pasar amatlah terhad sehinggakan peria dan petola pun blogger konfius. bila tanya pasal ikan, lagila blogger blur. nama pun tak tau, nak pilih pun tak tau, harga siling pun tak tau, yang tau makan je. shopping dalam sejam lebih kurang, sampai rumah dalam pukul 10.30.-11 pagi. disebabkan cuaca redup ala-ala nak hujan, blogger mengambil keputusan untuk membasuh skuter kesayangan blogger dan skuter abah blogger yang dah 2 minggu tak mandi sabun. settle membasuh lebih kurang jam 12+ tengahari, blogger pun berehat sebentar sambil baca paper NST. dekat jam 1 petang, blogger masuk bilik dan terlelap waktu azan zuhur berkumandang dan bangun pada pukul 2 petang. blogger kemudian solat zuhur sebelum basuh toilet yang dikongsi bersama abang blogger. siap membasuh, blogger pun mandi dan dok melepak depan tv sambil sambung baca paper di saat siaran iklan. blogger amat mengantuk waktu itu, tapi disebabkan kepenatan blogger tak dapat nak lelap mata hinggalah lepas waktu asar, blogger terlelap akhirnya selama sejam saje sebelum membawa anak-anak buah blogger ke playground. sebelum jam 7 malam, blogger mandi dan bersiap-siap untuk buka puasa. semua adik beradik blogger termasuk suami/isteri dan anak-anak mereka berbuka bersama-sama di rumah abang blogger ini kecuali seorang abang ipar yang tak pasti ke mana perginya. akhirnya sampai saat waktu ini, blogger amat ngantuk sekali, blogger mohon izin permission untuk beradu dulu, wasalam

Thursday, August 25, 2011

Good news, great news, greatest news, not so very bad news, very bad news

hi all, today blogger will tell you all a story blogger kasi bikin sendiri. entry kali ini, berkisarkan pasal news, bukan news di akhbar-akhbar, bukan juga televised-news tapi news dari taipan jari jemari blogger sendiri. well, blogger start dengan bacaan ummul-kitab (boleh di baca dalam hati). good news is blogger's father a.k.a abah telah membeli kereta idamannya (kereta idaman tapi no 3 atau 4) setelah sekian lama memendam rasa gundah gulana ikan gelama mak eloi-eloi, ikan kekek mengekek-ngekek. itupun setelah beliau men'trade in'kan 3 biji kereta terpakai iaitu kereta mainan, keretapi dan juga kereta sorong beliau. great news pulak, blogger telah dikurniakan seorang lagi ahli keluarga baru, seorang baby girl (anak kedua kak ngah blogger) yang baru dilahirkan ke dunia yang fana ini semalam lebih kurang jam 11 pagi dengan berat 2.9kg. ini dijelaskan dalam post bazaar ramadhan sebelum ini, di mana parents dan abang blogger melawat akak blogger di hospital hingga menyebabkan blogger terpaksa membeli makanan/minuman di bazaar ramadhan, maka itulah sebabnya. greatest news pulak, ramadhan dah nak sampai ke penghujung, syawal bakal menjelma. entah kenapa, blogger rasa amat sangat sungguh super excited nak menyambut hari raya tahun ini, wallahualam bishawab. not so very bad news pulak, raya tahun ni, blogger kena kasi duit raya kat 8 orang anak2 buah blogger, kopak la camni, huaaaa. da la bonus tak penah dapat. hmmm sedih betul. blogger tutupi post ini dengan mengisytiharkan very bad news. semenjak beberapa hari sebelum ni, blogger selalu mengalami sakit perut. sebelum ni, puasa blogger ok je walaupun blogger ada gastrik, tapi di akhir-akhir puasa ni, tak tau lah kenapa, perut selalu sangat meragam. harap-harap blogger akan ok menjelang hari raya nanti kerana blogger tak sabar nak balik kampung menyambut hari raya dengan baju pink blogger, yeayyy dah nak raya

Bazaar ramadhan

hello3, kali ni blogger nak bercerita pasal bazaar ramadhan. semalam blogger pergi bazaar ramadhan hanya untuk kali yang kedua dalam bulan puasa tahun ini. mesti pembaca2 semua agak terkejut kan memandangkan blogger ini seorang yang suka makan. sebenarnya blogger kuranglah suka nak pergi bazaar ramadhan tanpa ada hala tuju, dengan niat nak membazir dok beli macam2 jenis makanan dan minuman yang ada kat situ. tapi disebabkan parents dan abang blogger melawat kak ngah blogger di hospital semalam, tak sempat la mak blogger masak lauk memacam untuk berbuka dan sahur nanti. oleh sebab itu, blogger yang menjadi mangsa keadaan terpaksa pergi beli lauk pekebende kat bazaar ramadhan sebab abang blogger nak buka puasa kat KL. mak blogger pulak tengah masak 2 jenis lauk yang simple tatkala abah blogger jaga syara, anak buah blogger. maka dengan berat tulang blogger pun pergila ke sana lebih kurang jam 6.15pm. ketika itu, tak de la berapa nak sesak dengan orang. tapi seperti biasa, bazaar ramadhan memang akan ada ramai orang. tak nak memanjangkan sangat cerita blogger, blogger beli 2 jenis kuih, ayam rempah madu setengah ekor, dan pedal 2 cucuk beserta dengan air kathira batu pahat 2 bungkus sebelum balik semula ke rumah. sampai kat rumah, mak blogger bising sebab tak beli lauk berkuah dan lauk untuk anak buah blogger. blogger buat dunno je, seraya berkata, blogger tak reti nak pilih lauk, nanti tak sedap pulak, dah tu membazir lagi. tika waktu buka puasa, pe yang blogger beli terbukti memang tak sedap terutama sekali ayam rempah madu. tapi disebabkan dah beli dan tak nak membazir, blogger dan family pun makan la jugak apa adanya. kesimpulan dari cerita di atas blogger malas dan tak suka pergi ke bazaar ramadhan sebab banyak sangat sebab.

1. blogger tak suka tempat hiruk pikuk penuh dengan ramai orang(alasannya rimas, lemas, bising dan takut sesat)
2. blogger tak reti nak pilih barang/lauk-pauk/minuman(alasannya nanti orang dok komplen tak sedap la, mahal la)
3. ramai pemudi/ awek2 usha2 blogger(haa, ni yang blogger paling tak suka, alasannya ramai bebudak kilang dari indon(awek malaysia pun ada jugak) dok tengok blogger, usha2 tapi tak penah mintak no telepon)
4. blogger tak reti nak agak2 berapa banyak kuantiti yang nak dibeli (alasannya takut membazir, takut tak cukup pun iya jugak)
5. kebersihan (blogger takut lauk-pauk, minuman yang blogger beli dari kedai yang tak berapa dijaga kebersihannya, contoh minuman dibuat dari air yang tak dimasak, lauk semalam recycle balik dan sebagainya)

dan ada la beberapa lagi sebab musabab yang blogger tak berapa nak suka ke bazaar ramadhan, sekian terima kasih

Tuesday, August 23, 2011

PICC

assalamualaikum dan selamat tengahari semua. hari ni blogger nak bercerita pasal berbuka semalam. blogger dan ahli keluarga berbuka di PICC atas dasar jemputan abang blogger yang mengajak kami semua berbuka bersama-sama staff-staff company dia. blogger balik kerja agak awal semalam(awal 10 minit dari kebiasaan) iaitu pada pukul 5.05pm. sampai saja di rumah, blogger disuruh bersiap-siap untuk bergerak ke PICC jam 6pm. tapi kepala blogger sangat pening dan mengantuk, gara-gara hujan di tengahari semalam. petang itu pun blogger terlelap di meja kerja di office, tapi nasib baik bos blogger tak berapa amik kisah. blogger lelap sejam, di antara pukul 3-4pm camtu. tersedar dari lelap pun sebab ada call dari maybank. balik rumah pun, blogger sempat melelapkan mata hingga mak blogger kejut 5 minit lagi jam 6pm. maka blogger dengan pantas pun bersiap ala kadar, spray perfume kasi lebih agar tak bau masam dan bergegas ke pintu masuk rumah. rupa-rupanya masih ada ahlil keluarga yang belum siap lagi, maka blogger pun berdisko raggae jap kat rumah jiran blogger bersama-sama anak buah blogger syara. tak lama kemudian, kami bertolak ke PICC dan sampai-sampai aje, orang dan agak penuh memenuhi segenap ruang restoran tergantung di situ. blogger makan apa adanya tapi walaupun dengan kuantiti yang tak seberapa, blogger rasa bagai penuh tank blogger sampai asyik sendawa aje. solat maghrib di PICC, dan kemudian sambung makan lagi. selesai makan, kami pun bertolak pulang dan sampai di rumah kurang tak lebih pukul 10pm. blogger pun mandi membersihkan diri menunaikan solat isyak dan tarawih sebelum online sekejap dan seterusnya beradu domba di atas katil single blogger. blogger bangun jam 4pg untuk menonton perlawanan bola sepak BPL antara manchester united dengan totthenham hotspurs yang berkesudahan 3-0 untuk united hasil jaringan welbeck, anderson dan rooney. selesai menonton bola, blogger pun terus bersahur dan menunggu waktu subuh sebelum kembali beradu. hari ini blogger pergi kerja lambat, disebabkan hujan(alasan) tapi lebih disebabkan oleh kenikmatan tidur waktu hujan. sekian, cerita blogger untuk semua pembaca.

Monday, August 22, 2011

Mee bandung dan coke

assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca. semalam hari ahad, 21 Ogos 2011 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1432 Hijrah blogger dan beberapa ahli keluarga berbuka puasa di rumah kak long blogger yang bertempat di seremban 2. kak long blogger masak mee bandung dan soto, so disebabkan blogger kurang menggemari soto, blogger pun berbuka puasa dengan mee bandung aje. tapi sebelum tu, blogger meneguk ice coke segelas besar. sebenarnya blogger dah agak lama tak minum minuman bergas, walaupun kelmarin selepas blogger memutsal dengan kengkawan selama 2 jam, blogger meneguk 100+ setengah botol dengan kadar yang segera. tapi entahlah, tiba2 aje blogger mengidam nak minum coke yang ada kat umah kak long blogger tu, blogger pun meneguk coke 2 gelas besar semasa buka puasa. natijahnya, balik umah blogger sakit perut dan jeng2, blogger malas nak cerita scene selanjutnya. selamat berpuasa dan selamat membaca.

Buka puasa dan futsal

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. today blogger mau kasi story about yesterday, Saturday, hey3x 20th August 2011. yesterday kan, blogger's secondary schoolmates had a breaking fast together gether. we ate at village view bangi not very far away from blogger's house, instead it was very2 close blogger could walk if blogger want to. blogger ate some much more than the capacity blogger probably should have consume. while breaking fast, we watched arsenal vs liverpool match with blogger rooting for arsenal because blogger dislike liverpool plus some of blogger's friends are liverpool's fans. unfortunately, liverpool won that game, and they pun happyla. blogger went back home around 9.30pm camtu and after Isyak and Tarawih + Witir prayers blogger main game online kejap, before heading for futsal at 11pm. blogger arrived 20 minutes later, and they just about to start the game. blogger had a very nice hanging out time with friends and the match as we won every short game (which team score 3 goals first is the winner). i just thought that i played better when not under pressure and i really had great time and just can't stopped smiling. it ends around 1.15am and went back shortly after. now i'm trying to get myself fit and have some games before maybe entering another football tournament after hari raya.

Friday, August 19, 2011

Jakel

sambungan kisah siri yang lepas..

barang yang lepas jangan dikenang, blogger beli barang baru. bersempena cuti nuzul Al-Quran, blogger mengambil kesempatan dalam kesempitan masa untuk membeli barang yang baru. blogger dan parents menuju ke shah alam ke rumah akak blogger yang bekerja di sana untuk membeli dan belah di Jakel' shah alamanda. sampai di shah alam, blogger disajikan dengan alunan radio sebab rumah akak blogger tak ada tv. tidak lama kemudian, rumah akak blogger pun didatangi oleh 3 orang kanak-kanak, anak kepada kawan akak blogger yang sama-sama bertugas di Yaman dan terpaksa pulang ke tanah air disebabkan kekacauan huru hara di sana. unfortunately, the 3 stooges didn't memorize uncle pojan. it's ok, neverland. then came their parents with her younger sister who studying in polytechnic shah alam kot. we talk a little then they took off saying that they want to go to subang jaya for a while. after zuhur prayer, we went to the Jakel with my friend on board looking for barang baru. took a while choosing size and colour and got a pair of barang baru just below rm200 to wear during hari raya aidilfitri. my dad wanted to buy me another pair of barang baru but unfortunately, the size isn't suitable for me, and other, colour isn't much to my liking. after beliing barang baru, we book places for break fast at sekinchan and went back to my sister's place. after asar prayer and nap, we then went to break fast and the rest, u read 'Tertinggal 1 lagi waktu' la.

Tertinggal 1 lagi waktu

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. alhamdulillah, ibadah puasa dah hampir 2/3 lengkap dan malam esok bermulalah pencarian malam Lailatul Qadr. untuk tidak jauh menyimpang dari tajuk dan membuatkan pembaca-pembaca tertentu memerli blogger kerana selalu lari tajuk, blogger akan meneruskan cerita blogger. seperti yang pembaca semua tau, dalam bulan puasa ini, blogger hanya tertinggal sekali waktu solat iaitu subuh disebabkan kepenatan dan kengantukan yang amat terlampau. maka kali ini, blogger telah berjaya memecahkan rekod ini sekali waktu lagi, tetapi kali ini berbeza kerana, blogger meninggalkan waktu maghrib pada malam nuzul Al-Quran. ini gara-gara blogger, parents, akak dan kawan blogger berbuka puasa di luar kawasan yang sewaktu dengannya. walhal blogger sempat untuk tidak meninggalkan waktu maghrib, tetapi disebabkan sebab-sebab yang tidak berapa nak munasabah, blogger meninggalkan juga. barang yang lepas jangan dikenang, blogger beli barang baru, post lepas ni blogger cerita, tunggu..

SPRM

sprm, suruhanjaya pilihan raya malaysia, tapi sebenarnya suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia. cerita ini berkaitan dengan hidup blogger. beberapa minggu yang lepas, sprm telah membuat inquiry ke atas company, tempat di mana blogger bekerja sekarang.sprm siap datang setiap site di mana projek company blogger beroperasi termasuklah site yang blogger jaga tidak terkecuali. sewaktu sprm menjalankan tugas mereka, blogger menjalani rhcsa training di kl. maka dengan itu, blogger tidak tahu menahu apa yang sprm inginkan pada waktu itu. setelah blogger kembali bertugas, blogger mendapat arahan supaya cari balik, dan mengesahkan barang-barang yang telah digunapakai dan yang berada di stor. maka blogger pun terpaksa, dipaksa, memaksa diri untuk memberikan kerjasama seraya menjalankan modus operandi sendiri untuk melengkapkan permintaan pihak sprm. alhamdulillah, blogger telah berjaya menyiapkan kerja-kerja tersebut dalam masa 2 hari, tidak termasuk cuti nuzul Al-Quran. blogger harap, segala urusan akan berjalan dengan lancar hendaknya. amin...

Monday, August 15, 2011

Hampir pengsan...tapi tak

sambungan kisah mimpi...

selepas mimpi blogger diganggu dek panggilan abah blogger suh blogger bangun kemas umah, blogger pun terus mandi dan *sarapan pagi. lepas je *sarapan pagi, blogger memotong rumput di bahagian depan dapur. kawasanny tak lah luas, tapi taklah kecik jugak. waktu itu lebih kurang jam 9.30 pagi tapi redup dek panahan matahari dilindungi awan nano. lepas abis potong bahagian tu, pekerja abah blogger seorang warganegara indon pun sampai dan mengambil alih tugas memotong rumput daripada blogger. blogger pulak ditukarkan ke bahagian pruning pepokok yang ada kat halaman umah tu, sambil abah blogger dok menyapu rumput yang da blogger potong tadi untuk dibuang.walaupun bukan kerja berat, tapi disebabkan bulan posa yang tidak membolehkan minum air, blogger pun kepenatan dan kehausan, tapi blogger gagahkan diri selesaikan mana yang patut sebelum azan zuhur berkumandang. dalam waktu itu, blogger kerap jugak berehat di tangga melepaskan lelah dan melarikan diri dari terik mentari. bila azan berkumandang, kami bertiga masuk ke umah untuk berehat, mandi dan solat zuhur(blogger jamak qasar). sebelum mandi, blogger cam nak pitam jap sebab over-exhausted. tepat jam 3ptg, kami pun kembali ke padang bukan untuk bermain bola, tp untuk menyelesaikan keja yang masih belum siap. semua keja siap pada pukul 6ptg, dan pada itu, blogger betul2 dah tak larat lagi. blogger terus mandi(kali ni lama sikit) dan rasa segar semula, kecuali tekak blogger dah kering susah nk telan air liur. lepas mandi, blogger pn terjongkang depan tv, dengan kipas tala tepat ke blogger dengan halaju kedua akhir paling laju. blogger dok tengok jam kat dinding tak sabar nk berbuka puasa. siap amik air letak ais pastu masuk esbok lagi.akhirnya, penantian blogger pn berakhir, blogger tak pengsan, tapi hampir2.blogger telah pecahkan rekod minum air paling banyak dalam ramadhan ni iaitu 4 gelas cawan panjang, rasanya lebih dari sebotol besar 1.5liter tu kot. dan bila nak solat pastu, air rasa sampai kat tekak je bila blogger sujud. sekian, cerita blogger yang suka memecahkan rekod waktu bulan puasa.

Mimpi

helo2, hai2, pekaba semua? post kali ini, blogger nak bercerita pasal mimpi. orang2 tua kata mimpi itu mainan tidur/ syaitan, tapi kalau kita mimpi dalam bulan ramadhan, saat syaitan dirantai, camne plak tu? masih ingatkah lagi post blogger yang 'tertinggal 1 waktu' tu? ni adalah sambungan kisah itu.saat blogger terbabas ketika menunggu waktu subuh, blogger pun bermimpi. blogger mimpi pasal bekas kekasih blogger. tapi dalam mimpi itu, dia anak orang kenamaan, nama dah berubah, penampilan semua pun berubah jugak. watak blogger dalam mimpi tu, ialah sebagai seorang pak turut yang menurut permintaan orang kenamaan tu a.k.a mak bekas kekasih blogger. dia bersolek tebal, pakai spec, dan bila mak dia tanya blogger, anak dia cantik ke tak, blogger cakap cantik(tanpa rela). oh ye, pada waktu itu, dia keja sebagai doktor. kisah kami sampai ke pengetahuan mak nya dan apabila kami berpisah, dia tak dapat menerima. jadi mak ny bawak dia jumpa doktor untuk padamkan memori dia dengan blogger sebelum kami bertemu kembali(lepas dia tukar nama dan penampilan). mak dia minta blogger temankan dia untuk seketika waktu dan bagitau blogger, dia sudah takde memori pasal blogger. mak ny minta blogger tak lukakan hati dia lagi. blogger pada mulanya tak percaya apa yang mak ny cakapkan namun blogger dapat terima setelah dia betul2 seperti tak kenal blogger sapa. jadi blogger pun bersetuju dengan permintaan mak ny. setelah berapa ketika, blogger dapat tau kenapa mak ny minta blogger menemankan dia. sebabnya, dia da tak punyai banyak masa lagi. nak ditambahkan perisa, rupa2ny dia sebenarny tidak hilang akal/memori tentang blogger tapi dia berlakon depan mak ny, untuk sedapkan hati mak ny. blogger da berbelah bagi, sebab blogger terima permintaan mak ny setelah sahih blogger rasa dia tak ingat kenangan tentang kami dulu2, tapi bila dapat tau perkara sebenarny, blogger serba salah. nak terus temankan dia sampai penamat waktu atau pergi dari situ. mimpi blogger terhenti beberapa scene selepas itu, scene yang blogger rasa tak sesuai nak bercerita di sini. tapi apa yang blogger musykilkan, kenapa tiba2 setelah sekian lama, blogger mimpikan dia? mimpi mainan syaitan mana yang buat blogger mimpi camtu skali?blogger tiada jawapanny....

Tertinggal 1 waktu

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. sepanjang ramadhan kali ini, alhamdulillah blogger tidak pernah tinggal walaupun 1 waktu solat sehinggalah blogger memecahkan rekod tersebut secara tidak sengaja pada sabtu yang lalu. kisahnya bermula begini..

sepanjang minggu lepas blogger menghadiri training RHCSA di KL kecuali pada hari Jumaat (hari yang sepatutnya blogger dan ofismate amik exam, namun telah ditangguhkan pada bulan hadapan. blogger mengambil cuti suka hati sendiri pada Jumaat itu. selepas berbuka puasa, lebih kurang jam 8.40mlm, blogger, dan beberapa ahli keluarga bertolak pulang ke kampung halaman di Johor Bahru. sampai di sana, tepat jam 12 tengah malam. disebabkan keletihan, kesemua ahli keluarga blogger sahur pada tengah malam itu kecuali blogger. untuk tidak terlepas sahur sebelum subuh, blogger cuba bersengkang mata menahan dari tidur dengan menonton televisyen, tetapi blogger terlelap lebih kurang jam 2.45 pagi. lebih kurang jam 5.25pagi, abah blogger bangun kerana terdengar bunyi televisyen (yang blogger tak sempat tutup sebab tertidur). nasib baiklah, abah blogger kejut blogger bangun makan sahur. dengan mata yang kelat pelat tak larat nak buka, blogger pun sahur la apa lagi. lepas sahur, blogger terus masuk bilik, nak tunggu waktu subuh, sebelum kembali sambung tidur. blogger dah siap amik wuduk, tapi dek menunggu azan yang macam tak sampai-sampai, blogger pun berbaring la sekejap, lalu blogger terbabas sampai pukul 9pagi. blogger rasa down sungguh kerana blogger telah memecahkan rekod sendiri tanpa sengaja, sungguh anti klimaks betul. alhamdulillah, blogger hanya tertinggal waktu solat hanya sekali pada ramadhan ini. tapi blogger selalu tinggal subuh kalau bukan bulan ramadhan.huhuu, sampai sini, coretan blogger, ikuti lagi edisi pada masa akan datang

Thursday, August 11, 2011

Hari ini, semalam, hari sebelum semalam dan hari sebelum-belum semalam

post kali ini blogger nak bercerita pasal tajuk di atas. minggu ni blogger ada training course RHCSA kat area klcc. lepas sahur tido balik, nak bangun punyalah payah, blogger kuatkan jugak semangat sebab company da bayar ribuan RM untuk membolehkan blogger masuk training course ni. dengan jalan yang sesak sewaktu pergi dan balik, hujan renyai dan kadang-kadang panas menyebabkan blogger mengalami dehidrasi secara mencanak-canak gamaknya. sepatutnya esok blogger ada exam RHCSA ni, tapi blogger dan 2 orang ofismate yang jugak menyertai minta tangguh exam lepas raya untuk membolehkan blogger dan kawan-kawan mengulangkaji chapter yang dipelajari. nak dijadikan cerita ini lebih panjang sikit, pada hari pertama training, blogger dan kawan-kawan nak drop atau tukar course disebabkan pembelajaran secara 'rapid' dan 'too advanced' bagi blogger bertiga. trainer siap suggest kitorang tukar course dan kitorang pun da siap call projek manager dan staff yang dealkan training course ni supaya tukarkan course dengan course lebih basic. unfortunately, projek manager dan staff tu tak dapat buat apa-apa maka dengan tak berapa rela hati, kami pun terus hadir taip hari sampai la hari ni. dalam surat agreement kitorang dengan bos, training 8-12 August 2011, dan dengan sebab itu, blogger dan kawan-kawan mengisytiharkan esok cuti ikut suka hati sendiri. blogger ingat nak gi masjid jamek tak pun jalan tar esok, dan blogger ajak adik angkat blogger teman blogger cari baju raya, namun beliau tidak dapat confirm dan sekarang blogger berbelah bagi esok nak buat apa.lepas buka esok, blogger dengan parents nak balik kampung kemas rumah di sana bagi menghadapi hari raya puasa.blogger ingin mengucapkan selamat berhujung minggu buat semua, arigato terima kasih syukran komawoyo wala wala

Wednesday, August 10, 2011

EPL season has begun

last sunday marks the start of a new EPL season. sunday's match which served as season opener between manchester rivals, united and city is such a cracker, much better than jacob's cream crackers to be exact. city while leading at half time by two goals to nil, couldn't hold on to their advantage to a very determined young,fresh and upcoming future stars of united to lose 2-3 after final whistle. it was a difficult first half for both as united control the pace of the game but couldn't seem to find shooting boots to convert most of the first half chances, whilst city lead by poor goalkeeping and defending from a new look united defence. rio while having tonnes of games and experience couldn't prevent lescott to nick in front of him to steer the ball into the goal. de gea, new young spanish goalie who can't speak or understand english yet, seem nervous at times and was at fault for the second goal conceded. smalling excels at right back position, welbeck and cleverly will be the ones for the future, berbatov seems to run his contract out until the end of this season, sneijder might come in but if he's not there's no problem for the gaffer to win 20th BPL. can't wait for the first EPL match to kick-off will be rooting for of course the red devils.

Saturday, August 6, 2011

Hari ini tapi untuk semalam

post blogger pada hari ini adalah sebenarnya untuk hari semalam. semalam blogger pun tak sure kenapa tak post, mungkin juga blogger terlupa ataupun tak berapa ingat. semalam blogger meneruskan keja-keja amik details switch dan alhamdulillah semuanya telahpun berjaya blogger setelkan. lepas solat Jumaat pulak, blogger pi ke KWSP branch untuk mengaktifkan i-akaun blogger. banyak jugak duit blogger dalam simpanan KWSP tu, rasa-rasanya setahun setengah lagi cukup untuk beli rumah kos rendah. minggu depan ni pulak blogger ada training RHCSA tapi tempat training cam konfius skit sebab dalam agreement letter yang blogger signed kat tempat lain, tapi dalam emel yang blogger dapat dari trainer tempatnya lain. tapi takpe, blogger saing ofismate blogger nanti pi training. azan Subuh sudahpun abis berkumandang, blogger nak sembahyang..salam

Thursday, August 4, 2011

Blur..

salam buat semua pembaca blog ini. ari ni blog ada ceritera lagi. semenjak blogger kena pindah site ofis baru-baru ini, keja blogger tetiba aje dapat melambak macam kedai-kedai kat bazaar ramadhan. lepas ni pulak, blogger akan di'pulangkan' semula ke site ofis lama tempat yang blogger tak leh berapa nak tahan tensennya. cerita blur ari ni bermula lebih kurang pada pukul 2 petang tadi selepas waktu makan tengahari. blogger telah ditugaskan atau dengan lebih tepat lagi, dibuli untuk membuat site inventory site ofis blogger sekarang ini. blogger telah menyetelkan segala mala serial merial perkakas dan alatan yang digunapakai untuk projek company blogger ini kecuali network switch. 'switch yang blogger maksudkan bukanlah switch untuk on/off lampu kipas yang biasa dilihat dirumah, dipejabat mahupun di masjid tapi 'network switch' (sila rujuk google earth). switches yang dah di'up'kan dan di'connect' ke core switch telah berjaya blogger amik segala mala detailnya, cuma switch yang 'up' tapi tak connect je blogger terpaksa memaksa diri untuk check dari segi fizikal. blogger telah diberi console cable, cable untuk men'connect' switch ke laptop blogger. blogger menggunakan 'telnet' untuk retrieve detail dari switches yang 'up' and connected dan blogger dengan yakin ala-ala selambaje terus ke tempat dimana blogger amik detail switch secara manual. dipendekkan cerita dan untuk tidak membuang masa serta memalukan blogger secara besar-besaran, blogger blur selama 2 jam di situ kerana tidak jugak berjaya amik detail switch walaupun dibantu dua senior (seorang bekas senior dan satu lagi masih senior). rupa-rupanya cara (telnet) yang blogger gunakan hanya boleh digunapakai jika switch dapat di'ping'. cara yang sepatutnya blogger gunakan adalah dengan menggunakan hyper terminal. kesimpulannya disini ialah blogger BLUR selama dua jam akibat malu bertanya sesat carakerja. blogger down sangat-sangat lepas ditolong solved kan oleh pembuli blogger tadi. sekian cerita blogger.

Wednesday, August 3, 2011

Hari ke-tiga puasa

hari ini blogger rasa sangat malas, especially sebab bos blogger tak datang site ofis yang blogger jaga, so hari ini blogger manghabiskan masa untuk dihabiskan begitu saja. tapi yang tak sedapnya blogger dapat khabar berita yang kawan blogger a.k.a abang besar blogger site ofis lama nak berenti keja sebab dah dapat keja baru. tahniah untuk dia, bad luck untuk blogger, sebab kena ganti tempat dia kat site ofis yang penuh pancaroba itu. start 15 Ogos 2011 ni, blogger terpaksa pulang bekerja di putrajaya. tak dapat la blogger main game, melayari internet dengan hati yang lega lagi. sigh*.ada ura-ura yang menyatakan blogger bakal naik pangkat menggantikan abang besar itu, tapi naik pangkat tanpa naik gaji apalah gunanya. waktu blogger balik keja pulak, blogger diuji dan diduga lagi. langit gelap menandakan nak hujan, tapi blogger rasa setakat renyai-renyai saja. nak dijadikan cerita, di pertengahan jalan, hujan tetibe aje turun dengan agak lebatnya menyebabkan blogger tidak sempat berhenti dimana-mana untuk menyarung jersi hujan blogger. dan ditambah lagi bad luck blogger, minyak motor tetibe juga abis walhal, indicator tak kurang 3/4 tangki minyak pun. sungguh agak malang tapi nasib baik ada seorang mamat motor ni tolong tolak motor blogger sampai petrol walaupun dengan susah payah, jalan licin, hujan turun agak lebat, kereta laju menyusuri jalan, mamat tersebut tolong jugak blogger. terima kasih ye mat. sampai sini dulu coretan nukilan hati nurani blogger, jumpa lagi di lain kali. salam

Tuesday, August 2, 2011

1 hari di hari puasa

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera buat semua. blogger ingin membuka satu cerita di satu hari di hari puasa. alkisahnya begini, pada 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432 terjadilah satu cerita di satu hari di hari puasa. blogger baru pulang dari tempat kerja pada waktu itu, dan lebih kurang jam 6.30 petang blogger membawa anak saudara blogger yang ke-tujuh dan yang paling kecil tapi comel dan tembam kau memang da bomb ke taman permainan. pada waktu itu, suasana hening sampai tercalar kening kiri blogger. anak saudara blogger yang berumur tujuh dan lima tahun tidak berpuasa kerana tak tahan. maka blogger minta anak-anak saudara blogger itu bertanya pada kawan-kawannya di situ samaada mereka berpuasa atau tidak. tapi anak saudara blogger kemalu-maluan untuk bertanya seraya dengan itu, blogger pun bertanya sendiri. blogger bertanya pada budak berumur 5 tahun pada mulanya... sila ikuti persembangan blogger dengan kawan-kawan anak saudara blogger..

blogger : adik, puasa tak?
adik : puasa
blogger : puasa tu boleh makan tak?
adik : tak boleh
blogger : puasa tu boleh minum tak?
adik : tak boleh
blogger : puasa boleh makan ais krim tak?
adik : tak boleh
blogger : betul ke adik puasa?
adik : betul
blogger : sarapan ke pagi tadi?
adik : tak
blogger : tengahari tadi makan tak?
adik : makan
blogger : aik, tadi kata puasa
adik : *sengih
blogger : makan apa tengahari tadi?
adik : makan nasi
blogger : lauk apa?
adik : *sengih
blogger : ni puasa ke tak ni?
adik : puasa

blogger dah geleng-geleng kepala berdekah-dekah. blogger pun tanya kat abang dia pulak.

blogger : adik, adik puasa tak?
adik : puasa
blogger : tengahari makan nasi tak?
adik : makan..* terus sambung bermain

kesimpulan dari cerita 1 hari di 1 hari puasa ini adalah, jangan tanya budak-budak kecil sama ada mereka berpuasa atau tak, kalau tak tahan lapar. sekian

Sunday, July 31, 2011

Comeback

hi to all fellow bloggers and readers. it has been a while since i last post something on my blog. i just came back from 'makan-makan' with my family before going through holy fasting month. we ate at Saba Restaurant in Cyberjaya, a Yemeni-owned restaurant serving arabian food. oh my God, this has nothing to do with the title, nothing at all. the good news i wanted to share with you all is that i have been successful in making my football comeback, which was two weeks ago. i went to a futsal game the night before my friends and i entered a 9-aside football tournament to test my knee. it went well and i did have a good time except that we lose semi final and 3/4 placing. but it was actually a good result as we were playing our first tournament plus we had few problems with line-up and substitutes. i need to get back my fitness level and lose weight a bit and be at my old self before i was out for almost 4 months. Godspeed me

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. di sini blogger ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak buat semua muslimin dan muslimat yang akan menjalani ibadah puasa moga-moga dapat keberkatan yang melimpah ruah hendaknya di bulan yang mulia ini. blogger juga ingin meminta maaf andai ada salah kata tutur bicara perbuatan dan segala yang mungkin yang berlaku secara sengaja atau tidak sengaja.

Friday, June 17, 2011

Asfan - Terhenti Disini

Antara cinta dan cita-cita

hai all, lama sudah tak update blog ni, rasa cam da lebih setahun je walaupun baru hanya sebulan lebih je.pe yang di citerkan kat sini, tak kena mengena dengan tajuk sebenarnya, mungkin ada sikit-sikit je kot tersasul kata. tak tau camne nak mula, tak tau camne nk bercerita, tak tau mana pangkal mana hujung, tak tau pe yang aku rasa ini dia pun rasa, tak berani nak bersuara, tak terdaya nak meluah pada empunya diri, hanya mampu tertulis di sini. semalam bos ajak staff lunch sesama, tah apa mimpi dia ajak lunch sesama last-last tau jugak yang lunch tu last untuk kitorang sebab dia nak resign. gerak dari putrajaya dengan ofismate kul 10 pagi sampai ofis kul 11 pagi. tunggu staf-staf lain dari site ofis lain sebelum gerak sesama gi hotel kul 12.30 tengahari. kat sana blogger makan 2 kali tambah, makan ketam, sotong, ayam, daging, nasi briyani, pasta, kek dan buah hinggakan balik umah terus sakit lutut. padahal kelmarin baru je di warning jaga berat badan oleh akak fisioterapist supaya lutut tak terbeban dek berat badan blogger yang dah naik melampau. blogger terpaksa melupakan bola sepak buat seketika untuk pulih kembali dari kecederaan. kemungkinan awal tahun depan baru blogger dapat beraksi kembali. sementara itu, blogger manage team member-member sekolah blogger

Tuesday, May 10, 2011

Kerna diriku tak sempurna..

saya bukan malaikat, bukan rasul,
juga bukan nabi, saya ada banyak kelemahan diri,
saya tak tau kalau saya boleh jaga hati awak,
tapi kalau diberi peluang, saya akan cuba

Friday, May 6, 2011

Masjid Nabawi



































Di tempat nak amik air Zam-Zam