Monday, September 26, 2011

Makan-makan di hujung minggu

hai, hai, hai. pada pagi buta yang berbahagia ini, blogger ingin mengentrikan sebuah kisah klasik dari masa lalu untuk santapan mata para pembaca. hujung minggu lepas, sabtu 24 sept 2011 dan ahad 25 sept 2011, blogger dan family telah banyak makan di open houses di seremban dan shah alam. open house di seremban itu, open house rumah kak long blogger. di sana, blogger makan nasi briyani, lauk ayam masak merah, daging kambing kurma' dan beberapa jenis lauk lain termasuk mee bandung. blogger bertolak dari bangi jam 9pagi bersama kak ngah blogger dan juga babynya.sesampai di sana, blogger rileks-rileks sekejap sambil mengisi perut yang kekosongan dengan croissant bread. selepas mengisi, blogger menyusun ampun sepuluh jari jemari menyusun meja kerusi untuk tetamu menyantap menu dihidangkan. setelah siap menyusun, blogger mentelaah new straits times dan metro sementara menunggu catering sampai menghidangkan menu. sesampai je catering, blogger pun memakan apa adanya bersama family blogger sebelum tetamu datang. pagi keesokan harinya, blogger menyental nasi ayam, satay ayam dan daging, blueberry cheese tart, 4 jenis buah-buahan, putu mayam dan kek di rumah jiran sebelah. selepas tu, blogger dan family pun bergegas ke shah alam untuk menghadiri open house sepupu blogger. di sana blogger menjamah sedikit mee bandung kerana kekenyangan. kemudian kami bertolak ke rumah abang sepupu tak de la jauh sangat dari situ. di situ, kami hanya menjamah buah epal hijau dan jambu batu serta kuih-muih. kemudian kami singgah di rumah pak long blogger yang agak jauh tapi tak de la sangat dari situ. last stop, kami ke rumah akak sepupu blogger berhampiran saja dengan rumah pak long blogger. menu kari kepala ikan jenahak, sup daging, daging salai gulai cili padi, sotong dan udang goreng dihambat blogger dengan rakus sekali. dan dengan perut buncit kekenyangan kami bertolak pulang ke rumah pada jam 10 malam, wasalam.

Mari belajar

ahlan wasahlan, syukran ya Allah. assalamualaikum warah matullahi wabarakatu.

pada pagi yang mulia ini, blogger (tak tahu sebab apa) tiba-tiba ingin berkongsi sedikit ilmu apa adanya tentang bahasa arab. mari belajar

bahasa arab - bahasa malaysia

hadith - kemalangan
usrah - keluarga
sawa-sawa - yang sama/lebih kurang macam ni
hamam - tandas
tammam - bagus
rijal - lelaki
nisak - perempuan
ana - saya
ila - ke
asir - jus
min - dari
man - siapa?
aina - mana?
ahmar - merah
aswad - hitam
am - pakcik
maktab - pejabat
surah - gambar
kabir - besar
jauh - cuaca
sierra - karate
laham - daging
sakan - tempat tinggal
wahid - 1
isnin - 2
thalasa - 3
arba' ah - 4
homsa - 5
sittah - 6
saba' ah - 7
thama' niah -8
thisa'ah - 9
as' shara -10
sabun - sabun
marak - sup
naum - tidur
sukar - gula
maleh - garam
warak - belakang
samak - ikan
hina - sini

Friday, September 23, 2011

Setahun sudah

assalamualaikum dan salam aidilfitri. masih belum terlambat rasanya untuk blogger mengucapkan salam aidilfitri buat mereka-mereka yang terlepas membaca entri-entri menarik blogger sebelum ini. kelmarin, hari rabu bersamaan dengan 21 September 2011, blogger telah genap setahun berpuasa. alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan limpah dan kurnia-Nya blogger berjaya juga berpuasa selama setahun genap. semalam, khamis 22 september 2011 ada sedikit perubahan cuaca. pagi hujan, petang tak. maka pagi tadi blogger lambat gi keja dan juga basah di beberapa tempat terutamanya di bahagian peha. tanpa membuang masa, blogger menamatkan entri kali ini. sekian

Wednesday, September 21, 2011

Bahaya

assalamualaikum dan salam sejahtera. tajuk entri kali ini adalah tentang bulan. eh bukan, tentang bahaya. sejak beberapa menjak ini, keadaan cuaca very tak menentu. panas terik dan teruk menyebabkan jerebu membuatkan visual kadang-kadang kabur kadang-kadang tak nampak terus. begitu juga hujan yang selalu turun walaupun jarang lebat, tapi masih cukup membuatkan jalan licin. petang ini, seperti semalam hujan turun renyai-renyai, gerimis mengundang sekejap saja hujan lebat. dan juga seperti semalam, blogger balik lewat sikit menyarung jersi kalis air untuk mengelak beg komputer riba dibasahi hujan rahmat. di satu lampu trafik, blogger meluru laju untuk tidak berhenti di situ kerana akan lama lah menunggu lampu bertukar hijau kembali (sambil menyanyi lagu hijau). kerana kelajuan ditambah lagi dengan tayar belakang skuter blogger yang hampir botak,blogger hampir-hampir tergelincir betul-betul di hadapan sebuah kereta honda yang dipandu wanita. mujur blogger sempat menendang jalan raya untuk mengembalikan keseimbangan motor sebelum terlambat. dan mujur juga kereta honda itu tidak mengekori terlalu rapat, jikalau tidak, kemungkinan blogger tak sempat menulis entri ini seraya melengkapkan puasa 6 hari ini. hati-hati di jalan raya, ingat orang tersayang. musuh boleh dicari, tapi kawan baik tiada galang ganti, sekian, iklan...

Tuesday, September 20, 2011

Baju sama

kelmarin, ahad 18 september 2011, kira-kira agak-agak waktu maghrib, blogger sampai di rumah setelah berhujung minggu di kuala kangsar perak, menenangkan jiwa hati nurani perasaan rohani dan jasmani. tanpa diduga, rumah blogger didatangi tetamu senja, pakcik dan makcik blogger dan juga anak saudara sepupu blogger bersama suaminya. saat bersalam-salaman, blogger terperasan yang suami anak saudara sepupu blogger ni, memakai baju yang sama dengan baju yang blogger ada. hush puppies stripes kelabu merah dan hitam.nasib la baik blogger tidak memakai baju yang sama, kalau la tidak tentu tersipu-sipu memasing gegas nak tukar baju tak kasi nampak sama. kesimpulannya, jangan belikan baju hush puppies untuk teman lelaki/ bapa / adik lelaki / abang dan yang sejantina dengannya kerana dikhuatiri akan sama dengan bebaju blogger. mereka pulang lebih kurang jam 9malam, blogger online kejap setelah 3 hari berlalu tanpa internet dan main games sampai pukul 11malam sebelum menyaksikan manchester united mengerdilkan chelsea 3-1 di halaman sendiri, hasil jaringan smalling, nani dan rooney. owh ye, blogger dah hampir cukup puasa 6, hanya tinggal 2 hari lagi, insyaAllah esok dan lusa selesai puasa 6.

Thursday, September 15, 2011

Open hospital

hai hai hai. hari ni blogger nak kasi tau kat semua pembaca pe kisah yang terjadi pada hari ni. pagi tadi blogger ada fisioterapi.blogger bangun lambat tapi nasib baik kat hospital tu tak ramai patient, so cepatlah blogger daftar dan menjalankan fisioterapi. fast forward da kul 12 pm, blogger gerak balik rumah, mandi, dan solat zuhur sebelum gi ke ofis blogger. sampai ofis dalam kul 2pm, blogger lepak jap dalam stor, then blogger pun gi la tempat makan-makan(open hospital) kat tempat parking patient. ramai orang, blogger pulak tak de geng, dengan segan-segan blogger redah sebab kat umah tak makan, cakap dengan mak, makan luar, amik kau, terpaksa tebalkan muka tak kenal orang ramai main bedal pe yang dapat capai. 1st round mee kari air anggur, 2nd round satay + ketupat + kuah kacang air oren, 3rd and last round, rojak buah air apa ntah.tu je lah

Wednesday, September 14, 2011

Diduga dan digoda

hai semua pembaca, terima kasih kerana setia membaca dan memberikan komen-komen membina. hari ini, blogger nak bercerita kisah yang terjadi pada blogger hari ini. hari ini, blogger puasa 6 untuk hari yang ketiga tanpa bersahur. alhamdulillah hari pertama dan kedua dapat blogger harungi dengan baik walaupun perut blogger sakit bermula tengahari semalam. hari ini blogger diduga lagi oleh-Nya. hari ini, blogger start sakit perut awal pagi lagi. sebelum pergi kerja perut blogger berbunyi-bunyi dek masuk angin. blogger cuba bertahan, buang angin tak payah nak cakaplah, sendawa memanjang walaupun tak kenyang. sejam kemudian blogger diserang sakit perut lagi, terpaksa qada hajat dan sekarang ini blogger masih bertahan. insyaAllah dengan izin Allah blogger akan berjaya mengharungi sehari lagi. cerita selanjutnya pulak, blogger saja je nak kasi sedap tajuk didengar dan menarik minat pembaca, tapi sebenarnya tak ada apa-apa yang best pun. blogger baru lepas buat FAT dengan staff IT dan bos blogger, 2 orang. bos blogger dengan staff IT ni goda blogger dengan Kenny's rogers, tu je la ceritanya. sekian

Tuesday, September 13, 2011

Puting beliung dan air jagung

hari kedua blogger puasa 6, tanpa sahur, last minum air kul 1.30 pagi sebelum masuk tidur. alhamdulillah blogger berjaya menahan walaupun dari tengahari perut menyucuk-nyucuk minta diisi. seperti hari semalam, blogger rasa mengantuk kat tempat kerja, namun begitu blogger hanya tidur (kat atas kerusi dalam stor tempat khas untuk blogger)lepas lunch hour. bangun 30minit kemudian, dan terus ke surau solat zuhur sebelem kembali menyambung lena yang diulit mimpi di surau pulak. waktu blogger tidur di stor, blogger bermimpi tentang puting beliung. masa tu blogger balik jb, gi shopping complex namanya holiday plaza. waktu blogger nak kuar plaza tu, blogger dan seorang lagi kawan nampak puting beliung besar dan tak berapa jauh dari kitorang. pada mulanya tak rasa bagai ditarik, tapi bila puting beliung tu semakin hampir, badan tertarik sendiri ke depan tanpa kawalan, mujur blogger sempat menyambar satu tiang dan berpaut kuat hinggalah puting beliung berlalu pergi. lepas je puting beliung tu pergi, kaki blogger pun kejang. rupa-rupanya blogger tersedar dari mimpi. masa blogger balik umah, blogger confuse ari ni ari apa, blogger ingat dan rabu. kalau rabu, ada pasar malam belakang taman blogger. tak semena-mena blogger pun mengidam air jagung, terliur nak minum. dan blogger pun sampai la ke rumah selepas tuang minyak skuter penuh-penuh bagi menghadapi ari-ari yang mendatang. sekian terima kasih.

Monday, September 12, 2011

Fast 6

hai all. semua dah tengok cerita Fast 5 tak? haa, kalau belum tengok tak pe, sebab entri kali ini blogger nak bercerita pasal Fast 6 yang tak de kaitan langsung dengan Fast 5. Fast 6 ini sebenarnya bukanlah sambungan cerita Fast 5 yang dibintangi oleh vin 'petrol' diesel, paul 'jalan-jalan' walker, jordana 'bruise' brewster, dan introducing the most wanted person by Indonesians, faujan. Fast 6 yang blogger maksudkan adalah puasa 6. puasa 6 ini hanya boleh dipuasakan bagi Muslimin dan Muslimat yang menepati syarat-syarat sah berpuasa. antara syarat-syarat sah puasa adalah:-

1. Islam.
2. Berakal. tidak sah bagi orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz. tapi sah jika orang itu hanya gila talak dan baca komik gila-gila.
3. Bebas dari haid dan nifas.
4. Bukan 2 hari raya, hari-hari Tasyrik dan hari syak.
5. Tidak mendatangkan mudarat/tidak mampu berpuasa (uzur, orang-orang tua)

maka dengan menepati syarat-syarat sah yang tertera, insyaAllah seseorang itu boleh la berpuasa. berbalik pada cerita Fast 6 tadi, puasa 6 ini hanya boleh dilakukan dalam bulan Syawal pada setiap tahun Hijrah. orang yang berpuasa 6 selepas puasa di bulan Ramadhan seolah-olah dia berpuasa selama satu tahun lengkap, maka dengan ini, sama-samalah kita(bagi yang mampu) untuk berpuasa 6 ini. moga-moga kita mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya. amin ya rabbal alamin.

Spagetti, Ayam dan Nasi Arab

moshi-moshi. da lama tak update blog, blogger kehilangan naluri menulis sekejap dek raya sakan dan makan-makan. banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang blogger tak sempat menyempatkan diri mengupdatekan blog blogger yang tak ceria sepertimana hidup blogger akhir-akhir ini. tapi entri kali ini, blogger nak bercerita pasal makan. raya kali ini, blogger banyak menyental spagetti, ayam dan nasi arab. balik kampung pada petang sebelum hari raya pertama dengan kata lain, puasa hari terakhir, blogger berbuka dengan kari ayam. pada hari raya pertama pulak, ayam masak pedas. hari raya ketiga pulak tatkala blogger beraya ke rumah saudara mara sebelah abah, seraya ingin pulang ke johor bahru, blogger membantai spagetti di selang dengan cornflakes madu. dah balik KL pulak, abah blogger dok sibuk-sibuk ajak blogger gi cyberjaya, cbd perdana nak beli nasi arab(kambing dan ayam). rasanya dalam bulan raya sampai la ni, 3 kali blogger makan nasi arab, 4 kali makan spagetti (kali terakhir semalam, dan ayam almost tiap-tiap hari raya. meskipun begitu, ajaib sekali, blogger tidak tambah berat dadan, malah kurang sekilo dua walaupun melantak tak kira masa, tak kira apa, tak kira siapa punya. malam semalam, blogger melantak 6,7 ketul ayam sewaktu menghadirkan diri di open house kawan sekolah blogger di puchong selepas membedal 4 ketul pada petang tersebut di rumah akak adik angkat blogger di cheras. iktibar yang boleh diambil dari kisah di atas adalah, makan jangan tak makan, rezeki jangan ditolak, musuh tak pasal-pasal mencari. sekian, wasalam