Saturday, December 21, 2013
Monday, October 28, 2013
Cerita pasal demam denggi
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. di sini blogger ingin menceritakan kisah blogger yang dijangkiti demam denggi. pada hari jumaat 2 minggu lepas, iaitu 18 October 2013, blogger telah diserang demam panas pada awal pagi, tetapi setelah makan panadol blogger pun pergi kerja macam biasa.masa nak solat jumaat, blogger diserang gigil di masjid. balik rumah selepas solat, blogger inform abang blogger yang penah kena denggi yang blogger pun suspek denggi. dia pun suruh blogger makan panadol dan minum 100 plus banyak untuk lawan balik kuman tu dari betul- betul mengjangkiti. blogger mintak akak blogger, seorang doktor untuk bawak balik drip air untuk masuk badan nanti bila dia balik keja. tapi setelah masuk 2 pain drip tetap jugak tak turun demam blogger sehinggalah pada pukul 1 atau 2 pagi, suhu badan blogger turun ke 36.6 celcius. blogger ingat blogger terlepas dari denggi tapi tidak. pagi subuhnya blogger terbangun nak buang air, suhu badan blogger melonjak hampir 39 celcius. tahap tinggi paling 39.8 celcius. blogger pun siap-siap untuk ke hospital check darah, dan kesudahannya blogger di admitted selama lebih kurang 6 hari sebelum blogger kuar at your own risk pada khamis petang minggu berikutnya. sepanjang blogger di hospital, kalau tak silap 8 pain drip masuk badan berpuluh-puluh kali darah di ambil, dan sepanjang malam tak dapat tidur nyenyak akibat sakit badan dan buang air kecil.moga selepas ini blogger atau family blogger tak kena demam denggi yang blogger rasa paling panjang dan mencabar kesabaran ini. sekian dulu dari hujung pena elektronik blogger. salam semua.
Tuesday, July 16, 2013
X
alhamdulillah tiada lagi gangguan dari insan bernama X. mungkin dia berehat dalam bulan Ramadhan ini, atau mungkin juga dia sudah bosan buat apa yang dia buat. wallahualam
Salam Ramadhan al-Mubarak
Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera buat semua pembaca.
sempena bulan Ramadhan yang barakah ini, blogger mengucapkan selamat berpuasa, bertarawih dan beramal buat semua umat Islam di Malaysia terutamanya dan seluruh dunia. semoga kita dapat banyak faedah dan berkat dalam bulan yang mulia ini. amiin.
sempena bulan Ramadhan yang barakah ini, blogger mengucapkan selamat berpuasa, bertarawih dan beramal buat semua umat Islam di Malaysia terutamanya dan seluruh dunia. semoga kita dapat banyak faedah dan berkat dalam bulan yang mulia ini. amiin.
Friday, June 21, 2013
Monday, May 20, 2013
Thursday, May 16, 2013
Monday, May 6, 2013
PRU 13
Assalamualaikum,
semoga selepas PRU 13 ini, blogger tidak tergolong dalam golongan munafik. dah tak boleh nak ubah kecuali dengan pertolongan Allah. insyaAllah, bila terbuka mata hati, Allah tunjukkan yang mana benar dan yang mana salah. Allahu akbar!!!
semoga selepas PRU 13 ini, blogger tidak tergolong dalam golongan munafik. dah tak boleh nak ubah kecuali dengan pertolongan Allah. insyaAllah, bila terbuka mata hati, Allah tunjukkan yang mana benar dan yang mana salah. Allahu akbar!!!
Tuesday, April 30, 2013
Newly bought football boot for sale
Errr.. assalamualaikum to all Muslim readers and good day to whom who are not. it's been so long since i wrote anything in english so here it goes. i just bought a football cleats last sunday and used it once in the evening but later that day i felt like it doesn't suit my style of play. i want to sell my newly bought football boot, any buyers? call me maybe (leave a comment). below is the picture of what my football boot looks alike.
Friday, April 26, 2013
Aku yang tersakit hati
kita sering memikirkan tentang hati kita yang tersakiti, namun pernahkah kita memikirkan hati-hati yang telah kita sakiti? nampak mudah kan? hakikatnya memang mudah. logik akalnya payah. sudah penat lelah mencuba menjaga hati-hati orang yang kita sayangi, tapi hati seseorang yang sayangi kita inilah yang paling sukar untuk tidak disakiti. mungkin ada setan atau hantu raya dalam diri kita ini yang suka sangat menyakiti hati itu. bak kata pepatah moden, 'kecil-kecil tak nak mati, da besar suka sangat menyakitkan hati'. sekian untuk renungan belogger dan pembaca.
hasil nukilan yang ikhlas dari hati yang telah tersakiti