Saturday, January 1, 2011

Permulaan yang baru

Sewaktu post ini diterbitkan di blog ini, blogger masih lagi berada di Johor Bahru, kampung halaman blogger. blogger ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pembaca terutamanya semua pembaca blog blogger ini secara aktif dan secara endah tak endah kepada mereka yang mengikuti 'ikut suka hati aku lah' mahupun yang terbaca, dipaksa tanpa rela, tengok tajuk aje dan yang sewaktu dengannya. blogger mengucapkan terima kasih banyak-banyak lagi tak terhingga kepada semua kerana sudi melawat, menjenguk, membaca walaupun pengomen-pengomen tegar blog ini yang dahulunya sudah menghilangkan diri, menyepi, memencilkan diri, memendam rasa, mau komen tapi malu, nak komen tapi tak tau nak komen apa dan sebagainya. blogger harap dapat menginjak diri blogger ke dimensi yang baru, yang lebih baik itu pun jika hayat masih dikandung badan. akhir kata majulah blog ini demi blogger.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home