Friday, August 1, 2014

Form 1 (Tahun1998)

Inilah salah satu kisah yang benar-benar aku reka sendiri dan pernah terjadi padaku sebelum ini. Kisahnya bermula sementelah aku memasuki satu sekolah berasmara penuh yang terceruk sedikit kedudukannya. Nama singkatan sekolah ialah SAKIT. SAKIT merupakan sebuah sekolah yang masih baru dan belum lagi mencipta nama dalam pencapaian akademik mahupun ko-kurikulum.

Ketika pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan 1, mataku melilau-lilau mencari kelibat seseorang yang kukenali. Nasib aku baik, Abij, kawan sekolah rendahku juga bakal menjadi warga sekolah ini.'Masuk sekolah aje mesti kau jadi perhatian. Tau ler kau ni tampan. Kau tak rasa tertekan?', Abij berseloroh apabila menangkap biji-biji matayang mencuri pandang ke arahku. 'Takkanlah aku yang botak ni, budak-budak ni nak? Ni mesti kau yang nak kenakan aku!', kataku samil tersengih. 'Lantakkaulah, aku cakap yang betul', kata Abij lagi. Aku tersenyum. Memang aku akui wajahku memang tampan. Ada yang kata mukaku macam Hrithik Roshan. Dengan mataku yang berwarna kecoklat-coklatan, aku mampu meruntuhkan benteng iman dengan sekali jelingan. Betapa hebatnya aku.

Minggu itu, orientasi dijalankan. Hari-hari dirasakan bagai neraka. Sungguh terseksa, sengsara. Beberapa hari kemudian, satu pertandingan bola sepak antara rumah sukan telah dijalankan. Hanya pelajar-pelajar tingkatan satu aje yang terlibat.Aku yang menjadi kapten serta 'star' dalam pasukanku telah berjaya merangkul kejuaraan.

Hari-hariku selepas itu seperti biasa. Tapi kadangkala 'roll call', gotong royong yang diadakan mengajar aku kehidupan asmara yang sebenar. Rembatan padu dan tamparan masih kekal dalam ingatan. Cikgu Lan dan Cikgu Min betul-betul macam singa bila marah. Cikgu Aj pun lebih kurang jek. Sekali rembat berpusing, sekali tampar berdesing. Nasib le aku ni jenis budak baik. Kalau tak, tak pasal-pasal kena balun. Tinggalkan sprint spike sepah-sepah pun muka terus berdarah. Parah, parah.

Time ni aku kire kamceng jugakla dengan Form 3 mase tue. Kira-kira tiga minggu tue, ada pemilihan untuk wakil sekolah dalam permainan sepak takraw. Aku pun pergi le. Last-last dapat gak, tapi yang tak best tu reserve la pulak. Nasib baik team pertama. Cikgu cakap 'first ball' aku bagus, control and clear pun bagus gak. Cuma yang tak perfect sangat time servis. Bola lemau jer aku bagi, asalkan lepas. Tak macam Pad, bola pergi cam peluru tapi tak nak masuk-masuk. Hampeh tul.

Aku ada dengo-dengo bebudak pompuan senior cakap aku hensem. Aku buat bodo jer. Aku pun ngaku aku bukan ler pandai mana. Ada si malang ni pulak cakap aku suka dia. Tapi pada hal dia yang gila-gilakan aku. Nie budak form 1 la nie. Dulu aku pernah becinta dua tiga kali. Dua tiga kali jugakle aku frust. Nasib baik aku tak tension sampai nak mampos. Nie ler yang buat aku berhati-hati nie. Pastu aku ada le minat kat sorang budak pompuan nie(budak kelas aku tu). Aku bagi Bite surat. Punye la bengang aku bace reply letter Bite. Ada ke Bite boleh tolak pinangan aku. Nie yang aku tak puas hati nie.

Time ni aku belajar memain. Time main memain. Time table je tak. Apa punya bertuah le nasib aku, dapat wakil daerah lepas cuti pertengahan tahun. Main handball ngan senior...rasa beruntung giler, lagi-lagi terus wakil daerah. Tapi yang malu aku jugak. Main tak sampai setengah minit terus kena keluar balik. Terus tak main lak tu. Sebab tue ler game last. Buat malu jer

Bulan Julai plak ada Liga Integrasi Bola Sepak. Aku join ler team budak form 4 dengan Dam. First game aku tak main sebab aku gie India. Second dengan third game pulak aku main full tapi kena belasah 7-0 ke 8-0. Gitu-gitu ler. Malu memang malu, tapi aku puas hati bile 'but' aku jaringkan sebijik gol time final. Bangga, bangga.

Time nie aku ader ler terpikat kat sorang akak form 2. Nama dia Sai Ad. Cun ler juger. Memule tue aku kirim salam jer. Tang camner, tiba-tiba jer kantoi. Aku cakap le nak jadikkan dia akak angkat aku. Dia pun terima. Dia ader citer kat aku, dia ngan sorang lagi kawan dier bergaduh nakkan aku. Last-last dia ngalah sebab kawan dia kata aku dier yang punyer. Wahh... mahal juger bursa saham aku. Tang kelentung aku kelentong, aku suarakan ler hasrat aku nak jadikkan dia awek angkat aku. Dia pun setuju tak banyak citer. Sedang dilamun ombak, macam-macam ler dia bagi kat aku... request, penanda buku, gula-gula, cam cam la. Sayang betul dia kat aku masa tue. Time persembahan hari kebangsaan plak kelas aku gabung ngan kelas dia. Tu yang best tue. Aku kacau dier, dier kacau aku balik. Pendek kata aku ngan dia main kacau-kacau wa cakap sama lu.Aku jadi watak sampingan. Kalau korang nak tau, dia la yang settlekan costume aku. Pergh.. da macam hus and wife. Tapu relationship aku ngan dia tak lama, awal tahun 1999 aku cakap nak clash. Sebab apa? Check arr.. rahsia sampai ke tua. Hehehe

Hush..hush! Tahun tu aku idup macam biase, kena ragging, basuh baju, kena 'tarik' aaaa... macam-macam la. Gaduh, pekse, ujian, riadah, sembahyang semua ler.

Bersambung....

Nota. Cerita ini di tulis oleh blogger sendiri waktu sekolah menengah asmara. Segala yang berlaku memang berlaku dan benar-benar tidak direka.Tiada niat apa selain kenangan manis memori luka coretan ikhlas dari hati yang masih suci buat bacaan pembaca semua di kala bulan mengambang.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home