Yang pelik-pelik
semenjak dua menjak ni, the blogger selalu mimpi yang pelik-pelik. walaupun the blogger basuh kaki dan baca doa sebelum tidur, the blogger tetap bermimpi, yang pelik-pelik pulak tu. yang blogger ingat blogger mimpi yang blogger naik bas menuju ke tempat tinggal blogger sewaktu kecil-kecil dahulu. naik bas tak pelik, tapi yang pelik, bas tu siap buat bungee jumping terjun masuk dalam takungan air yang dalam pastu bergerak macam bot. blogger dah la gayat dengan ketinggian, nasib baik tak terpancut dalam seluar. mimpi kedua lak, blogger kat atas katil, katil hospital. rupanya blogger akan masuk operation theater(OT) nak buat pembedahan. kat dalam OT tu, perut blogger kena belah, pastu entah apa dorang buat kat blogger, blogger pun tak tau, ye lah, blogger kan dalam bius waktu tu, mana la sedar. mimpi ketiga yang paling pelik, blogger tak ingat langsung pasal mimpi tu, pelik kan? hm, tengah blogger syok-syok nak mengupdate blog ni, ada pulak isu yang menimpa, blogger sambung cerita nanti ye.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home