Tuesday, February 23, 2010

Tak tau nak cerite ape

pagi tadi the blogger bangun sungguh lewat, pukul 8.35am. blogger mandi cepat2, tanpa sarapan pagi, berdesup merempit menuju ofis blogger yang leh sampai dalam masa 10minit je. btw, blogger skip subuh lagi pagi tadi, lepas asar baru sempat tunaikan. tadi pagi ada user training untuk staff yang guna sistem company tempat di mana blogger bekerja. ada 2 session, pagi dan petang, yang bestnya, dapat makan free. lunch mee hoon goreng, minum petang donut dan kuih lopes. esok pun makan free lagi, hihi, bestnya, tak payah kuar duit yang da ciput ni. blogger balik kerja pukul 5pm, otw balik tu, ada eksiden. kereta unser langgar rail pembahagi jalan, remuk separuh enjin dia, tapi tak de pulak darah ke apa, maybe tak de cedera kot. blogger ingat nak ajak anak2 sedara blogger gi playground petang tadi, tapi sorang tido, sorang lagi ikut baba dia so blogger pun masuk bilik, baring2. dinner tadi blogger makan lauk kari ayam, ikan masin, sayur kangkung masak air. nak cerite pasal semalam pulak. semalam blogger kena bertugas di kajang menggantikan senior blogger yang terpaksa gi ke klang. so tercapai la jugak hajat blogger yang rindu sangat site kat kajang tu. blogger sampai kajang pukul 8.45am, terus buat call ke HQ. lepas call, blogger gi breakfast kat cafe. pastu, blogger lepak library baca paper sampai pukul 10am camtu, bila senior blogger call suh install hardware kat department farmasi. blogger pun mula kerja lepas dapat call, tapi masalahnya, user ada yang da transfer, ada yang masuk department lain. so blogger pun refer kat senior blogger tu. nak dipendekkan cerite, blogger pun menyetelkan suma task blogger dan dok melepak main travian. disebabkan mouse yang blogger guna tu mengade-ngade, blogger dengan selambenya hentak kat meja. lalu dengan itu, terus tak berfungsi. terbantut la nafsu blogger yang tengah high dek main travian tadi. maka dengan sakit ati blogger, blogger pun cari pasal kat tempat lain. lepas keja, blogger gi minum petang dengan ex-skoolmate blogger yang also bertugas di kajang. waktu itu, adik angkat blogger sms, bagitau yang bangi hujan lebat, so nasib baik la blogger tak gerak balik terus after work. lepas dapat info yang hujan da berenti, blogger pun merempit balik bangi. unfortunately, hujan lebat di highway di mana blogger tak de tempat mahu berteduh, lalu blogger redahi hujan itu dengan harapan moto blogger tak mati lagi macam kejadian hari dulu. moto blogger semput waktu blogger balik, hampir2 je blogger kena langgar bila nak masuk simpang ke kanan, nasib baik blogger masih hidup. kalau tak, sapa yang nak update blog blogger ni? renung2kan dan selamat membaca

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home