Sunday, January 16, 2011

Sabtu, 15 Jan 2011

hari ni, blogger bangun lewat, da dekat tengahari baru blogger bangun, walaupun blogger tersedar jam 8pagi tadi. bangun je, blogger terus mandi, main game, pastu terus makan dan tengok tv sambil melayan anak-anak sedara blogger yang datang dari seremban malam sabtu. sebelum kul 4pm, blogger kuar beli barang-barang untuk menjalankan aktiviti hujung minggu, iaitu car wash semasa blogger kuar membeli barang keperluan, blogger hampir-hampir je eksiden nak dilanggar kereta honda dipandu wanita lebih kurang dalam lewat 30an. tapi dalam kes tu, memang blogger yang salah, sebab blogger tak fokus kat jalanraya, fikiran blogger merewang- rewang ke angkasa lepas memikirkan perkara yang lepas-lepas. lebih kurang jam 4pm, blogger memulakan sesi membasuh dengan menyucikan motosikal blogger(dipinjam daripada abang blogger) dari najis-najis mutawasitah. setelah selesai menyucikan motosikal itu, blogger solat fardu Asar dulu, sebelum menyambung sesi car wash. kali ini, blogger menyucikan motosikal ayahanda blogger. lepas je siap settle motosikal dia, blogger berserta ayahanda menyucikan pula bagero (pajero) dia.sewaktu itu, blogger hanya menyucikan tayarnya sahaja. dah siap menyuci, blogger rehat sekejap, sambil membuli anak sedara blogger (baby syara) dengan mengigit kuat-kuat sampai merah pipinya. sementara blogger mengigit, ayahanda sedang mengelap badan bagero nya. sementelah ayahanda mengelap, blogger menyucikan pula kereta akak blogger. selesai menyuci kereta tersebut, ayahanda dengan semena-mena menjirus air ke kereta akak blogger, nak bilas badannya, sementara blogger menyucikan tayar kereta. dah siap membilas, blogger dan ayahanda mengelap kereta ketika awan-awan mengumpul zarah-zarah negatif dan positif membentuk kepul-kepulan awan hitam menandakan hari mau hujan. settle sesi car wash, blogger membersihkan rumah mana yang patut, buang sampah mana yang perlu, membaca surat khabar NST tiap-tiap hari, sebelum mandi membersihkan diri. lepas mandi, sempat blogger main game sekejap sebelum membasuh pakaian dan solat Maghrib dan sambung baca paper sekejap. lepas tu blogger terus ke meja makan mencekik. siap makan, blogger menyidai pakaian yang siap dibasuh. da siap menyidai, blogger menunggu sampai masuk waktu Isyak sebelum menunaikan solat Isyak. lepas siap, blogger terus ke ruang tamu berkumpul beramai-ramai bersama seisi keluarga menonton tv sambil-sambil blogger mengigit kuat-kuat anak-anak sedara blogger. tik tok, tik tok, bunyi jam, flush, bunyi jamban. blogger online sekejap, main FB, game, pastu chat sebelum tengok bola EPL. chelsea menang 2-0, manchester city menang 4-3 dan stoke menang 2-0, sementara arsenal tengah beraksi tak ingat lawan sapa. kesimpulannya di sini, blogger tak ada idea, sampai jumpa lagi. sekian

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home