Sunday, January 9, 2011

Making my comeback

semalam, sabtu, lebih kurang jam 5.30 pm, bertempat di padang stadium mini shah alam, blogger telah membuat kemunculan kembali di atas padang. walaupun keputusan akhir pasukan blogger kalah 2-6, blogger rasa bersyukur kerana impian blogger untuk kembali bermain bola sepak telah termakbul. kecederaan yang menyisihkan blogger selama 3 bulan tidak berulang cuma blogger mengalami swollen ankle akibat terjahan keras pemain pasukan lawan. blogger rasa terkilan kerana tak berjaya menaikkan semangat teammate blogger untuk mencapai kemenangan, walaupun ada jaringan pihak lawan yang boleh dipertikaikan selain keputusan pengadil yang terang2 memihak pasukan lawan. blogger cuba menyembunyikan kekecewaan kalah besar walaupun hati blogger sebenarnya perit menerima kekalahan. minggu depan insyaAllah, kalau ankle blogger tak bengkak dan kesihatan blogger mengizinkan, blogger akan turun padang lagi bermain bersama2 teman seperjuangan sewaktu sekolah menengah dahulu. sampai sini dulu coretan blogger, jumpa di lain post di lain waktu

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home