Tuesday, August 2, 2011

1 hari di hari puasa

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera buat semua. blogger ingin membuka satu cerita di satu hari di hari puasa. alkisahnya begini, pada 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432 terjadilah satu cerita di satu hari di hari puasa. blogger baru pulang dari tempat kerja pada waktu itu, dan lebih kurang jam 6.30 petang blogger membawa anak saudara blogger yang ke-tujuh dan yang paling kecil tapi comel dan tembam kau memang da bomb ke taman permainan. pada waktu itu, suasana hening sampai tercalar kening kiri blogger. anak saudara blogger yang berumur tujuh dan lima tahun tidak berpuasa kerana tak tahan. maka blogger minta anak-anak saudara blogger itu bertanya pada kawan-kawannya di situ samaada mereka berpuasa atau tidak. tapi anak saudara blogger kemalu-maluan untuk bertanya seraya dengan itu, blogger pun bertanya sendiri. blogger bertanya pada budak berumur 5 tahun pada mulanya... sila ikuti persembangan blogger dengan kawan-kawan anak saudara blogger..

blogger : adik, puasa tak?
adik : puasa
blogger : puasa tu boleh makan tak?
adik : tak boleh
blogger : puasa tu boleh minum tak?
adik : tak boleh
blogger : puasa boleh makan ais krim tak?
adik : tak boleh
blogger : betul ke adik puasa?
adik : betul
blogger : sarapan ke pagi tadi?
adik : tak
blogger : tengahari tadi makan tak?
adik : makan
blogger : aik, tadi kata puasa
adik : *sengih
blogger : makan apa tengahari tadi?
adik : makan nasi
blogger : lauk apa?
adik : *sengih
blogger : ni puasa ke tak ni?
adik : puasa

blogger dah geleng-geleng kepala berdekah-dekah. blogger pun tanya kat abang dia pulak.

blogger : adik, adik puasa tak?
adik : puasa
blogger : tengahari makan nasi tak?
adik : makan..* terus sambung bermain

kesimpulan dari cerita 1 hari di 1 hari puasa ini adalah, jangan tanya budak-budak kecil sama ada mereka berpuasa atau tak, kalau tak tahan lapar. sekian

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home