Sunday, December 18, 2011

Melepaskan impian

selamat malam buat semua pembaca. entry kali ini mengisahkan tentang sebuah impian blogger yang blogger terpaksa lepaskan. petang tadi blogger main bola sepak perlawanan persahabatan dekat puchong bersama bekas-bekas pelajar sekolah blogger dulu. keadaan padang becak disebabkan hujan turun lebat sebelum permainan dimulakan. blogger terpaksa bermain di posisi pertahanan tengah akibat lambakan pemain menyerang yang datang. dipendekkan cerita, blogger sebagai kapten pun marah lah pemain-pemain yang tak mencapai prestasi memuaskan. habis babak pertaman permainan, kawan blogger ni marah-marah kat blogger minta jangan marah budak-budak, jangan bagi tekanan. dan disebabkan itu, blogger bertekak mulut dengan kawan blogger ni. kemudian blogger mengambil keputusan untuk balik terus ke rumah tanpa lengah. blogger tahu blogger terlalu emosi dan bersungguh-sungguh meskipun perlawanan persahabatan, jadi blogger rasa blogger dan main perlawanan terakhir blogger dengan mereka. blogger rasa blogger kena cari pasukan lain yang boleh terima cara blogger bermain. buat masa ini, blogger melepaskan impian blogger untuk bermain bola sepak atau futsal dengan kawan-kawan. ada kemungkinan blogger terpaksa menggantung terus but bola blogger disebabkan masalah kesihatan yang berpanjangan. sekian coretan hati blogger kali ini.