Thursday, December 1, 2011

Pampers..

hi semua....

berkurun lama rasanya blogger tidak mengemaskini xpresi-diriku ini. entri kali ini berkenaan dengan kejadian yang malang bagi blogger. semenjak petang semalam ketika hampir waktu balik kerja, perut blogger memulas-mulas akibat blogger skip lunch. tapi dengan kadar segera blogger makan roti jagung 2 bungkus dan air barli setin. beberapa minit kemudian, perut blogger beransur pulih, namun begitu, on the way blogger balik dari kerja, perut blogger memulas-mulas lagi. sampai je di rumah blogger tidak pula rasa nak membuang isi perut sebab perut rasa agak okay. kejadian perut memulas ini berlarutan hingga malam tadi dan pagi tadi dan tengahari tadi juga petang dan sampai la ni blogger masih lagi berada di atas mangkuk tandas. petang tadi, kawan baik blogger a.k.a kawan terbaik blogger call sebab nak minta hadiah birthday dia kelmarin. tapi bila blogger cakap blogger sakit perut, kena dyrea (sila ignore sengaja salaheja) beliau pun dengan selamba tanya samaada blogger dah creett kat dalam seluar ke apa, seraya mengoffer beberapa jenis pampers pakai buang seperti mamy pukul, pampers, kotex, sofy dan softlan(sekadar menyatakan beberapa jenis). kawan baik blogger tu selamba je gelakkan blogger yang menahan derita merindu sewaktu blogger sihat-sihat saja, sampai sungguh hati dia. semoga blogger dilimpahi kurnia sebagai orang yang teraniaya. amin...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home