Sepetang di taman permainan
hai semua..
kali ini blogger nak menceritakan tentang sepetang di taman permainan. semenjak kak ngah blogger berpindah ke rumah baru berdekatan (tapi tak de lah dekat macam jalan kaki 5 minit dah sampai), blogger pun kuranglah menghabiskan petang membawa anak buah blogger Ara bermain-main di situ, tambahan lagi cuaca bulan ini tak menentu dengan hujan selalu saja menurunkan dirinya bila tiba waktu blogger nak pulang kerja menyebabkan blogger dibasahi hujan sehingga nak demam saja selalu. berbalik pada cerita mengenai tajuk diatas dan untuk mengelakkan dari diperli salah/lari tajuk, kisahnya berbunyi camni. petang semalam blogger membawa Ara ke taman setelah menolak motosikal abang blogger yang tersadai akibat bateri kong. ramai kekanak bermain di situ, sehinggalah seorang budak lelaki dalam umur 6,7 tahun bergayut macam ahli gimnastik terjatuh punggung dahulu dengan disaksikan blogger, abang blogger dan beberapa amah yang membawa anak-anak majikan mereka ke taman. budak tu tercarap macam bersujud menahan sakit, tapi tak de sapa pun yang datang menolong, maka blogger pun datang bertanya kat budak tu samaada dia ok ke tak. lepas suh dia duduk kat kerusi berehat blogger pun terus la perhatikan Ara. tak lama kemudian, kedengaran suara budak menjerit bergaduh-gaduh. rupa-rupanya 2 orang budak perempuan pra-sekolah terselit kat satu tempat seperti tangga.susah blogger nak gambarkan sebab blogger try cari kat internet pun malas nak cari sampai jumpa. bentuk tangga tu macam cincin(4 cincin) ke atas, di sokong dengan satu tiang. budak berdua ni bijak sebab dua-dua pun masuk dalam lubang cincin tu menyebabkan dua-dua tersepit. budak-budak ni mana la reti fikir lagi, terus panik sebab tersepit dan cuba paksa nak keluar dari situ, sambil menangis. dua-dua nak turun badan ke bawah tapi kepala diorang tersangkut kat lubang cincin tu. blogger pun cuba la nak keluarkan diorang tapi bila blogger angkat sorang budak ni, dia meronta-ronta sampai budak lagi sorang terhantuk kat besi tu. da seru dua-dua galak menangis, menjerit-jerit, barulah abang blogger yang agak jauh dari situ datang tolong. blogger angkat sorang, abang blogger bawak turun lagi sorang. blogger nak je sekeh dua-dua budak tu sebab blogger nak tolong keluarkan diorang tapi dua-dua degil meronta-ronta, menangis menjerit macam blogger nak pukul diorang. tapi lepas diorang dapat keluar dari keadaan tu, blogger memang rasa nak smack je dua-dua.. begitula ceritanya sepetang di taman permainan di akhir bulan september sehari selepas hari lahir ke 23 kawan baik terbaik blogger

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home