Saturday, June 13, 2009

Semalam

Jumaat,12 Jun 2009 - ari ni tak de kelas, so aku leh tido sampai tengahari. tapi disebabkan Khamis malam Jumaat aku tido awal, tetibe je ari ni aku terbangun pagi. kul 6 aku da bangun, Subuh jap, sambung tido balik. 10.30 baru betul-betul bangun. nak dijadikan cerita, aku malas nak beli sarapan kat luar, so aku kena la masak. aku masak burger special, dan special tu sebab aku yang la masak (main-main aje). burger special siap dengan telo, so jadi la burger special. mungkin bukan rezeki aku, sebijik telo yang aku da siap goreng tu leh jatuh ke lantai pulak. namun aku tak putus asa, aku amik lagi sebijik telo sebagai ganti, aku basuh dan goreng. da siap goreng telo 2 bijik, aku masak burger lak. sambil-sambil tu aku buat air, bakar roti dan tengok tv. leka tengok tv, aku lupa pasal burger kat dapur. hangus la sikit, tapi tak pe, sebab bila aku yang masak, gerenti sedap. bubuh burger atas roti bakar disapu marjerin, atas burger letak telo, atas telo letak sos banyak-banyak,huhu. aku tau air liur korang gerenti da meleleh kan?kalau tak meleleh pun, mesti menjilat je bibir tu. dipendekkan citer, aku pun makan sampai abis.fast forward, da petang. gi masjid,solat jumaat, then balik. sambung tengok tv, abg aku call. da settle hal dengan dia, sambung tengok tv lagi. petang sikit, group member untuk project management message, kata aku discussion pasal projek, tapi aku lak ada program malam tu, so 50-50. maghrib pulak, sorang lagi group member message pasal discussion, so aku cakap, aku ada program, terus je senyap. tunggu punya tunggu punya tunggu, aku jadi tunggul. program cancel. parents aku suh balik kampung, akak aku pulak ajak gi ipoh, aku cakap 50-50. pas midnite tadi, group member untuk subjek lain pulak message, suh datang esok ada discussion, aku cakap 50-50. aii, banyak betul 50-50. nak dijadikan citer, aku sebenarnya da tak de idea, so aku citer apa-apa aje.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home