Hilang
semenjak seminggu dua kebelakangan ni, blogger hilang selera makan. mungkin sebab blogger masih tak sihat sepenuhnya dari tonsil, batuk kering dan demam sejak 10 Disember yang lalu. makanan yang mak blogger masak pun, yang dulunya blogger makan sampai dua pinggan pun sekarang separuh pinggan pun susah blogger nak habiskan semuanya. kenapa ye? blogger tak ada jawapannya. semalam mak blogger masak sambal telur, udang masak lemak dan sayur campur pun tak membangkitkan selera nafsu makan blogger. masa blogger menulis post ini, blogger bertugas kat hospital putrajaya, yang sejuk, dan Jabatan Teknologi Maklumat nya tak ada mobile coverage. tangan blogger dah kaku, blogger nak keluar memanaskan badan kejap. jumpa lagi semua
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home