Thursday, August 4, 2011

Blur..

salam buat semua pembaca blog ini. ari ni blog ada ceritera lagi. semenjak blogger kena pindah site ofis baru-baru ini, keja blogger tetiba aje dapat melambak macam kedai-kedai kat bazaar ramadhan. lepas ni pulak, blogger akan di'pulangkan' semula ke site ofis lama tempat yang blogger tak leh berapa nak tahan tensennya. cerita blur ari ni bermula lebih kurang pada pukul 2 petang tadi selepas waktu makan tengahari. blogger telah ditugaskan atau dengan lebih tepat lagi, dibuli untuk membuat site inventory site ofis blogger sekarang ini. blogger telah menyetelkan segala mala serial merial perkakas dan alatan yang digunapakai untuk projek company blogger ini kecuali network switch. 'switch yang blogger maksudkan bukanlah switch untuk on/off lampu kipas yang biasa dilihat dirumah, dipejabat mahupun di masjid tapi 'network switch' (sila rujuk google earth). switches yang dah di'up'kan dan di'connect' ke core switch telah berjaya blogger amik segala mala detailnya, cuma switch yang 'up' tapi tak connect je blogger terpaksa memaksa diri untuk check dari segi fizikal. blogger telah diberi console cable, cable untuk men'connect' switch ke laptop blogger. blogger menggunakan 'telnet' untuk retrieve detail dari switches yang 'up' and connected dan blogger dengan yakin ala-ala selambaje terus ke tempat dimana blogger amik detail switch secara manual. dipendekkan cerita dan untuk tidak membuang masa serta memalukan blogger secara besar-besaran, blogger blur selama 2 jam di situ kerana tidak jugak berjaya amik detail switch walaupun dibantu dua senior (seorang bekas senior dan satu lagi masih senior). rupa-rupanya cara (telnet) yang blogger gunakan hanya boleh digunapakai jika switch dapat di'ping'. cara yang sepatutnya blogger gunakan adalah dengan menggunakan hyper terminal. kesimpulannya disini ialah blogger BLUR selama dua jam akibat malu bertanya sesat carakerja. blogger down sangat-sangat lepas ditolong solved kan oleh pembuli blogger tadi. sekian cerita blogger.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home