Secret Recipe
assalamualaikum semua. terima kasih kerana sudi dan setia membaca blog blogger yang tak ada apa sangat lah ni. pagi ini blogger nak bercerita tentang Jumaat baru ni. sewaktu dalam perjalanan pulang dari keja, blogger mengidam nak makan cis kek. blogger biasa beli kat secret recipe, maka dengan itu, blogger pun singgah la di tempat yang selalu blogger biasa beli cis kek, iaitu secret recipe. tanpa membuang masa sebaik tiba di tempat kejadian, blogger pun mengorak langkah tak berapa bertenaga menuju ke kaunter. tiba di kaunter, staf sana tengah sibuk melayan pelanggan yang lain, jadi blogger terpaksa tunggu kejap. bila staf tu tanya blogger 'order?', blogger pun jawabla, 'takeaway'. pastu staf tu buat muka jap dengan kawan dia, muka pelik then baru nak amik order dari blogger. blogger pelik jugak napa dorang buat muka pelik, maybe blogger tak menjawab soalan atau english blogger tak betul kot. blogger pun order la 4 potong kek yang berlainan, bila da amik order, staf sorang ni pun mulala berkerja. tanpa diduga, berlaku la eksiden di situ, di mana 1 tupperware berisi beberapa pisau pemotong kek yang mengandungi air lebih dari setengah tupperware tersebut, terjatuh di meja, lalu air pun tumpah kena kek yang blogger order. staf yang eksiden tu pun membawa kek tersebut ke belakang dan tidak keluar ke kaunter semula. staf yang lain take over tugasan, dan blogger pun order 1 potong kek jenis lain sebagai ganti order tadi. bila dah bayar, blogger pun pulang ke rumah dengan senang hati. sampai di rumah, blogger bagitau mak blogger, blogger beli kek. mak blogger pun tanya, 'untuk birthday sapa?'. blogger cakapla birthday blogger hari tu, mak blogger pun percaya pastu suh blogger order pizza hut dia belanja. tapi blogger cakap tak yah order, kek je cukup. mak blogger suh abang blogger yang orderkan, maka dia pun terpaksa la order. dipendekkan cerita, kek 4 potong yang blogger beli kelmarin masih belum disentuh mahupun dikeluarkan dari dalam kotak. tah bila agaknya blogger nak makan, blogger pun tak tau. kesimpulan dari cerita secret recipe ini adalah, jangan beli ikut rasa suka hati, kelak nanti membazir duit sendiri. tenung-tenungkan dan selamat berangan. sekian...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home