Saturday, August 2, 2014

Form 4(2001) and roll back

Sekarang dah lain la pulak sebab abah asyik pressure je, tak lama lagi nak SPM, jangan ber'honeymoon' time form 4 nanti payah time form 5. Hoih, panjang betul cerita aku nih. Dah 3 helai kertas kajang depan belakang penuh. Ada lagi 6 keping nak dihabiskan, moga-moga sempat..

Imbas kembali time form 1 sekejap. Liga bola sepak form 1, aku main striker, score 13 bijik gol. Apa punya ronaldo lah mase tue, da la botak.

Dulu lower form memang aku teruk sikit. Subuh jarang gie. Ada sekali tue, kena sebat beramai-ramai kat sebelah bilik guru. Pergh.. dia punya rasa, menusuk kalbu siot. Lagi, time tue selalu ler jugak aku kena sebat, penampor, sepak, arghh... macam-macam lagi la.

Form 3, ada satu hari tue, aku dengan teammates balik lambat lepas training bola Piala Nike. Kitorang makanla dulu. Masa tu azan dah. Lepas makan, kitorang terus naik dorm, mandi terus solat Maghrib kat dorm. Tengah lepak-lepak kat dorm, tetiba jer At datang. Dia suruh gie surau. Cikgu Aja ada kat surau mase tuh. Masa nie pulak ada la sorang haram jadah nie yang dengki nak mampos kat kitorang. Tak payahlah sebut nama &@&!, &#%$^$, @#&!#& nie. Dia nie memang ramai tak suke. Muke macam baik, tapi hati macam &#%$^$. Geram betul aku dengan dia nie.

Oklah, diteruskan citer, kitorang pun turunlah masa azan Isyak. Tak sangka pulak si &@$#@%^ nie tunggu kat 'white house'. Kena tahan dengan dia. Membebel punya membebel, dia suruh kitorang tunggu kat depan surau. Kononnya denda untuk kitorang. Tapi bala dah datang sebab aku rasa memang dah lain macam. Dia cakap tak tau la kalau Cikgu Aj nampak, tanya kitorang lepas tu buat apa! Lepas jer Isyak, lepas selawat dan salam, Cikgu Aj pun keluarla. Terus gie kat kitorang tanye kenapa. Tau-tau jer, sorang-sorang kena tampar. Berdesing telinge memasing. Sakit bukan main. Tapi hati ini lagi sakit dengan perangai si &@&! tu. Berapa minggu tah, maki hamun kitorang kat dier. Memang tak puas ati betul. Senang citer, sampai sekarang pun maki hamun aku kat dia tak abis-abis.

Kes tu hampir buat kitorang tak gie tournament, tapi nasib baik dapat. Aku pun tak tau kenapa Cikgu Aj masih boleh lagi bagi kitorang gie. Tak de langsung rasa marah aku kat Cikgu Aj sebab memang betul kitorang salah, tapi sebab 'mamat' sorang tu yang dengki nak mampos buat kitorang jadi camni. Wargh.. panjangnya criter aku nih.

Nota. Cerita ini di tulis oleh blogger sendiri waktu sekolah menengah asmara. Segala yang berlaku memang berlaku dan benar-benar tidak direka.Tiada niat apa selain kenangan manis memori luka coretan ikhlas dari hati yang masih suci buat bacaan pembaca semua di kala bulan mengambang.