Thursday, August 11, 2011

Hari ini, semalam, hari sebelum semalam dan hari sebelum-belum semalam

post kali ini blogger nak bercerita pasal tajuk di atas. minggu ni blogger ada training course RHCSA kat area klcc. lepas sahur tido balik, nak bangun punyalah payah, blogger kuatkan jugak semangat sebab company da bayar ribuan RM untuk membolehkan blogger masuk training course ni. dengan jalan yang sesak sewaktu pergi dan balik, hujan renyai dan kadang-kadang panas menyebabkan blogger mengalami dehidrasi secara mencanak-canak gamaknya. sepatutnya esok blogger ada exam RHCSA ni, tapi blogger dan 2 orang ofismate yang jugak menyertai minta tangguh exam lepas raya untuk membolehkan blogger dan kawan-kawan mengulangkaji chapter yang dipelajari. nak dijadikan cerita ini lebih panjang sikit, pada hari pertama training, blogger dan kawan-kawan nak drop atau tukar course disebabkan pembelajaran secara 'rapid' dan 'too advanced' bagi blogger bertiga. trainer siap suggest kitorang tukar course dan kitorang pun da siap call projek manager dan staff yang dealkan training course ni supaya tukarkan course dengan course lebih basic. unfortunately, projek manager dan staff tu tak dapat buat apa-apa maka dengan tak berapa rela hati, kami pun terus hadir taip hari sampai la hari ni. dalam surat agreement kitorang dengan bos, training 8-12 August 2011, dan dengan sebab itu, blogger dan kawan-kawan mengisytiharkan esok cuti ikut suka hati sendiri. blogger ingat nak gi masjid jamek tak pun jalan tar esok, dan blogger ajak adik angkat blogger teman blogger cari baju raya, namun beliau tidak dapat confirm dan sekarang blogger berbelah bagi esok nak buat apa.lepas buka esok, blogger dengan parents nak balik kampung kemas rumah di sana bagi menghadapi hari raya puasa.blogger ingin mengucapkan selamat berhujung minggu buat semua, arigato terima kasih syukran komawoyo wala wala