Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. sempena hari yang mulia, hari raya aidilfitri ini, blogger ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua umat Islam, muslimin dan muslimat tak kira di mana saja anda berada, di tempat kerja, di kampung halaman mahupun di perantauan. bagi yang mengenali diri ini secara langsung atau hanya di alam maya, blogger ingin mohon ampun dan maaf andai ada tersasul bersiul, tersilap cakap, terkasar bahasa pasar, tercubit sampai rasa sakit, terbuli sampai hilang kenyakinan diri, ter'apa' di mana-mana pada bila-bila masa tak kira siang malam, langit cerah atau mendung dan selain-lainnya. semoga hari raya kali ini disambut dengan lebih meriah tanpa melupakan yang tidak bernasib baik di luar sana. berhati-hati ketika pulang dan kembali di jalan raya, berwaspada pada kamera-kamera yang kerjanya menangkap speed racer, beringatlah pada yang tersayang ketika nak membakar mercun, kerna takut tak dapat jumpa lagi lepas ni, atau ada yang hilang body part sana sini. sekian untuk tatapan buat semua yang pembaca di tanah air tumpah darahku, ikhlas daripada penulis blogger expresi-diriku yang berada berpuluh ribu milimeter dari anda semua.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home