Friday, August 19, 2011

SPRM

sprm, suruhanjaya pilihan raya malaysia, tapi sebenarnya suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia. cerita ini berkaitan dengan hidup blogger. beberapa minggu yang lepas, sprm telah membuat inquiry ke atas company, tempat di mana blogger bekerja sekarang.sprm siap datang setiap site di mana projek company blogger beroperasi termasuklah site yang blogger jaga tidak terkecuali. sewaktu sprm menjalankan tugas mereka, blogger menjalani rhcsa training di kl. maka dengan itu, blogger tidak tahu menahu apa yang sprm inginkan pada waktu itu. setelah blogger kembali bertugas, blogger mendapat arahan supaya cari balik, dan mengesahkan barang-barang yang telah digunapakai dan yang berada di stor. maka blogger pun terpaksa, dipaksa, memaksa diri untuk memberikan kerjasama seraya menjalankan modus operandi sendiri untuk melengkapkan permintaan pihak sprm. alhamdulillah, blogger telah berjaya menyiapkan kerja-kerja tersebut dalam masa 2 hari, tidak termasuk cuti nuzul Al-Quran. blogger harap, segala urusan akan berjalan dengan lancar hendaknya. amin...