Good news, great news, greatest news, not so very bad news, very bad news
hi all, today blogger will tell you all a story blogger kasi bikin sendiri. entry kali ini, berkisarkan pasal news, bukan news di akhbar-akhbar, bukan juga televised-news tapi news dari taipan jari jemari blogger sendiri. well, blogger start dengan bacaan ummul-kitab (boleh di baca dalam hati). good news is blogger's father a.k.a abah telah membeli kereta idamannya (kereta idaman tapi no 3 atau 4) setelah sekian lama memendam rasa gundah gulana ikan gelama mak eloi-eloi, ikan kekek mengekek-ngekek. itupun setelah beliau men'trade in'kan 3 biji kereta terpakai iaitu kereta mainan, keretapi dan juga kereta sorong beliau. great news pulak, blogger telah dikurniakan seorang lagi ahli keluarga baru, seorang baby girl (anak kedua kak ngah blogger) yang baru dilahirkan ke dunia yang fana ini semalam lebih kurang jam 11 pagi dengan berat 2.9kg. ini dijelaskan dalam post bazaar ramadhan sebelum ini, di mana parents dan abang blogger melawat akak blogger di hospital hingga menyebabkan blogger terpaksa membeli makanan/minuman di bazaar ramadhan, maka itulah sebabnya. greatest news pulak, ramadhan dah nak sampai ke penghujung, syawal bakal menjelma. entah kenapa, blogger rasa amat sangat sungguh super excited nak menyambut hari raya tahun ini, wallahualam bishawab. not so very bad news pulak, raya tahun ni, blogger kena kasi duit raya kat 8 orang anak2 buah blogger, kopak la camni, huaaaa. da la bonus tak penah dapat. hmmm sedih betul. blogger tutupi post ini dengan mengisytiharkan very bad news. semenjak beberapa hari sebelum ni, blogger selalu mengalami sakit perut. sebelum ni, puasa blogger ok je walaupun blogger ada gastrik, tapi di akhir-akhir puasa ni, tak tau lah kenapa, perut selalu sangat meragam. harap-harap blogger akan ok menjelang hari raya nanti kerana blogger tak sabar nak balik kampung menyambut hari raya dengan baju pink blogger, yeayyy dah nak raya
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home