Monday, August 15, 2011

Hampir pengsan...tapi tak

sambungan kisah mimpi...

selepas mimpi blogger diganggu dek panggilan abah blogger suh blogger bangun kemas umah, blogger pun terus mandi dan *sarapan pagi. lepas je *sarapan pagi, blogger memotong rumput di bahagian depan dapur. kawasanny tak lah luas, tapi taklah kecik jugak. waktu itu lebih kurang jam 9.30 pagi tapi redup dek panahan matahari dilindungi awan nano. lepas abis potong bahagian tu, pekerja abah blogger seorang warganegara indon pun sampai dan mengambil alih tugas memotong rumput daripada blogger. blogger pulak ditukarkan ke bahagian pruning pepokok yang ada kat halaman umah tu, sambil abah blogger dok menyapu rumput yang da blogger potong tadi untuk dibuang.walaupun bukan kerja berat, tapi disebabkan bulan posa yang tidak membolehkan minum air, blogger pun kepenatan dan kehausan, tapi blogger gagahkan diri selesaikan mana yang patut sebelum azan zuhur berkumandang. dalam waktu itu, blogger kerap jugak berehat di tangga melepaskan lelah dan melarikan diri dari terik mentari. bila azan berkumandang, kami bertiga masuk ke umah untuk berehat, mandi dan solat zuhur(blogger jamak qasar). sebelum mandi, blogger cam nak pitam jap sebab over-exhausted. tepat jam 3ptg, kami pun kembali ke padang bukan untuk bermain bola, tp untuk menyelesaikan keja yang masih belum siap. semua keja siap pada pukul 6ptg, dan pada itu, blogger betul2 dah tak larat lagi. blogger terus mandi(kali ni lama sikit) dan rasa segar semula, kecuali tekak blogger dah kering susah nk telan air liur. lepas mandi, blogger pn terjongkang depan tv, dengan kipas tala tepat ke blogger dengan halaju kedua akhir paling laju. blogger dok tengok jam kat dinding tak sabar nk berbuka puasa. siap amik air letak ais pastu masuk esbok lagi.akhirnya, penantian blogger pn berakhir, blogger tak pengsan, tapi hampir2.blogger telah pecahkan rekod minum air paling banyak dalam ramadhan ni iaitu 4 gelas cawan panjang, rasanya lebih dari sebotol besar 1.5liter tu kot. dan bila nak solat pastu, air rasa sampai kat tekak je bila blogger sujud. sekian, cerita blogger yang suka memecahkan rekod waktu bulan puasa.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home