Monday, September 12, 2011

Fast 6

hai all. semua dah tengok cerita Fast 5 tak? haa, kalau belum tengok tak pe, sebab entri kali ini blogger nak bercerita pasal Fast 6 yang tak de kaitan langsung dengan Fast 5. Fast 6 ini sebenarnya bukanlah sambungan cerita Fast 5 yang dibintangi oleh vin 'petrol' diesel, paul 'jalan-jalan' walker, jordana 'bruise' brewster, dan introducing the most wanted person by Indonesians, faujan. Fast 6 yang blogger maksudkan adalah puasa 6. puasa 6 ini hanya boleh dipuasakan bagi Muslimin dan Muslimat yang menepati syarat-syarat sah berpuasa. antara syarat-syarat sah puasa adalah:-

1. Islam.
2. Berakal. tidak sah bagi orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz. tapi sah jika orang itu hanya gila talak dan baca komik gila-gila.
3. Bebas dari haid dan nifas.
4. Bukan 2 hari raya, hari-hari Tasyrik dan hari syak.
5. Tidak mendatangkan mudarat/tidak mampu berpuasa (uzur, orang-orang tua)

maka dengan menepati syarat-syarat sah yang tertera, insyaAllah seseorang itu boleh la berpuasa. berbalik pada cerita Fast 6 tadi, puasa 6 ini hanya boleh dilakukan dalam bulan Syawal pada setiap tahun Hijrah. orang yang berpuasa 6 selepas puasa di bulan Ramadhan seolah-olah dia berpuasa selama satu tahun lengkap, maka dengan ini, sama-samalah kita(bagi yang mampu) untuk berpuasa 6 ini. moga-moga kita mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya. amin ya rabbal alamin.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home