Monday, September 12, 2011

Spagetti, Ayam dan Nasi Arab

moshi-moshi. da lama tak update blog, blogger kehilangan naluri menulis sekejap dek raya sakan dan makan-makan. banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang blogger tak sempat menyempatkan diri mengupdatekan blog blogger yang tak ceria sepertimana hidup blogger akhir-akhir ini. tapi entri kali ini, blogger nak bercerita pasal makan. raya kali ini, blogger banyak menyental spagetti, ayam dan nasi arab. balik kampung pada petang sebelum hari raya pertama dengan kata lain, puasa hari terakhir, blogger berbuka dengan kari ayam. pada hari raya pertama pulak, ayam masak pedas. hari raya ketiga pulak tatkala blogger beraya ke rumah saudara mara sebelah abah, seraya ingin pulang ke johor bahru, blogger membantai spagetti di selang dengan cornflakes madu. dah balik KL pulak, abah blogger dok sibuk-sibuk ajak blogger gi cyberjaya, cbd perdana nak beli nasi arab(kambing dan ayam). rasanya dalam bulan raya sampai la ni, 3 kali blogger makan nasi arab, 4 kali makan spagetti (kali terakhir semalam, dan ayam almost tiap-tiap hari raya. meskipun begitu, ajaib sekali, blogger tidak tambah berat dadan, malah kurang sekilo dua walaupun melantak tak kira masa, tak kira apa, tak kira siapa punya. malam semalam, blogger melantak 6,7 ketul ayam sewaktu menghadirkan diri di open house kawan sekolah blogger di puchong selepas membedal 4 ketul pada petang tersebut di rumah akak adik angkat blogger di cheras. iktibar yang boleh diambil dari kisah di atas adalah, makan jangan tak makan, rezeki jangan ditolak, musuh tak pasal-pasal mencari. sekian, wasalam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home