Tuesday, October 18, 2011

Luka

luka, melukai dan dilukai. terjadi pada diri sendiri dan juga orang lain yang disayangi. sengaja mahupun tidak sengaja. boleh dilihat kadangkala tak dapat dilihat dengan mata kasar. yang boleh dilihat, lutut blogger yang berdarah akibat jatuh main bola, tangan blogger berbekas dicengkam pemain lawan dan kaki blogger yang tertimpa ais sewaktu nak dipecahkan. yang tak dapat dilihat tapi diketahui, hati nurani mak abah blogger, adik beradik blogger, kawan baik blogger, adik-adik angkat blogger, serta sesiapa saja yang terasa hati dek lontaran kata-kata dari mulut blogger ini. tak lupa juga kepada gadis-gadis yang blogger telah kecewakan, dan yang mengecewakan. selamat tinggal dunia persekolahan (tiada kena mengena dengan tajuk). banyak movie yang belum blogger tontoni lagi (pun tiada kena mengena dengan tajuk). semoga luka dan luki ini sembuh sendiri...