Monday, September 26, 2011

Makan-makan di hujung minggu

hai, hai, hai. pada pagi buta yang berbahagia ini, blogger ingin mengentrikan sebuah kisah klasik dari masa lalu untuk santapan mata para pembaca. hujung minggu lepas, sabtu 24 sept 2011 dan ahad 25 sept 2011, blogger dan family telah banyak makan di open houses di seremban dan shah alam. open house di seremban itu, open house rumah kak long blogger. di sana, blogger makan nasi briyani, lauk ayam masak merah, daging kambing kurma' dan beberapa jenis lauk lain termasuk mee bandung. blogger bertolak dari bangi jam 9pagi bersama kak ngah blogger dan juga babynya.sesampai di sana, blogger rileks-rileks sekejap sambil mengisi perut yang kekosongan dengan croissant bread. selepas mengisi, blogger menyusun ampun sepuluh jari jemari menyusun meja kerusi untuk tetamu menyantap menu dihidangkan. setelah siap menyusun, blogger mentelaah new straits times dan metro sementara menunggu catering sampai menghidangkan menu. sesampai je catering, blogger pun memakan apa adanya bersama family blogger sebelum tetamu datang. pagi keesokan harinya, blogger menyental nasi ayam, satay ayam dan daging, blueberry cheese tart, 4 jenis buah-buahan, putu mayam dan kek di rumah jiran sebelah. selepas tu, blogger dan family pun bergegas ke shah alam untuk menghadiri open house sepupu blogger. di sana blogger menjamah sedikit mee bandung kerana kekenyangan. kemudian kami bertolak ke rumah abang sepupu tak de la jauh sangat dari situ. di situ, kami hanya menjamah buah epal hijau dan jambu batu serta kuih-muih. kemudian kami singgah di rumah pak long blogger yang agak jauh tapi tak de la sangat dari situ. last stop, kami ke rumah akak sepupu blogger berhampiran saja dengan rumah pak long blogger. menu kari kepala ikan jenahak, sup daging, daging salai gulai cili padi, sotong dan udang goreng dihambat blogger dengan rakus sekali. dan dengan perut buncit kekenyangan kami bertolak pulang ke rumah pada jam 10 malam, wasalam.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home