Bahaya
assalamualaikum dan salam sejahtera. tajuk entri kali ini adalah tentang bulan. eh bukan, tentang bahaya. sejak beberapa menjak ini, keadaan cuaca very tak menentu. panas terik dan teruk menyebabkan jerebu membuatkan visual kadang-kadang kabur kadang-kadang tak nampak terus. begitu juga hujan yang selalu turun walaupun jarang lebat, tapi masih cukup membuatkan jalan licin. petang ini, seperti semalam hujan turun renyai-renyai, gerimis mengundang sekejap saja hujan lebat. dan juga seperti semalam, blogger balik lewat sikit menyarung jersi kalis air untuk mengelak beg komputer riba dibasahi hujan rahmat. di satu lampu trafik, blogger meluru laju untuk tidak berhenti di situ kerana akan lama lah menunggu lampu bertukar hijau kembali (sambil menyanyi lagu hijau). kerana kelajuan ditambah lagi dengan tayar belakang skuter blogger yang hampir botak,blogger hampir-hampir tergelincir betul-betul di hadapan sebuah kereta honda yang dipandu wanita. mujur blogger sempat menendang jalan raya untuk mengembalikan keseimbangan motor sebelum terlambat. dan mujur juga kereta honda itu tidak mengekori terlalu rapat, jikalau tidak, kemungkinan blogger tak sempat menulis entri ini seraya melengkapkan puasa 6 hari ini. hati-hati di jalan raya, ingat orang tersayang. musuh boleh dicari, tapi kawan baik tiada galang ganti, sekian, iklan...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home