Wednesday, June 24, 2009

Ahad, 21 Jun 2009

ari Sabtu malam Ahad ari tu aku ada citer pasal aku gi umah abang aku kat Bangi kan? so ni sambungannya. aku bangun kul 10 pagi rasanya, tapi tengok jam macam pukul 12 tengahari, hm entah aku pun tak pasti. masa aku bangun, langit gelap macam nak hujan. aku gi Bangi ni sebab nak gi Al-Ikhsan kat area perumahan depan kawasan umah abang aku. nasib baik, langit cuma gelap, tapi tak de rintik-rintik hujan, kalau tak basah la aku unless aku pinjam kereta abang aku tu. aku bangun terus mandi, siap-siap, tanpa breakfast aku terus gi kedai Al-Ikhsan tu. ada 2 branch kat situ, 1 factoryhouse, 1 lagi kedai biasa, tapi yang pelik, kedai biasa nya yang lagi banyak produk berbanding kat factory house tu. aku tau sebab aku gi check factory house dulu, baru gi kedai biasa, dan kat kedai biasa itu lah aku beli kasut futsal seperti di bawah.



ni la kasut yang aku beli ari Ahad lepas. belum rasmikan lagi, tinggal tunggu masa beraksi je. first aku tengok dalam paper ada iklan pasal sale kat Al-Ikhsan, tu la sebabnya aku sanggup gi Bangi semata-mata nak gi kedai tu. lagi satu sebab, gi Bangi ada anak sedara aku 2 orang, dapat lepaskan rindu kat dorang. dalam iklan tu, kasut futsal sale sampai harga paling rendah RM 99, tapi masa aku gi kedai, tanya salesgirl tu, dia cakap, tu untuk junior, so kecewa jugakla aku,huhu. harga kasut + stokin ni just over Rm 150, pokai jap aku, hm. kalau korang perasan, kasut jenama adidas, tapi stokin jenama nike, apa punya poyo la kan?salah aku sebab main kaut je stokin tu, my bad. persoalannya sekarang, adakah dengan memakai kasut + stokin ni, adakah..aku akan beraksi lebih hebat? aku akan lebih bersemangat? aku akan berlari lebih cepat? makin padu aku merembat? sasaranku menjadi makin tepat? akan lebih merasa lebih nikmat? jawapannya kena tunggu sampai perasmian kasut + stokin ni dulu k. ~end~





0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home