Tertinggal 1 waktu
assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. sepanjang ramadhan kali ini, alhamdulillah blogger tidak pernah tinggal walaupun 1 waktu solat sehinggalah blogger memecahkan rekod tersebut secara tidak sengaja pada sabtu yang lalu. kisahnya bermula begini..
sepanjang minggu lepas blogger menghadiri training RHCSA di KL kecuali pada hari Jumaat (hari yang sepatutnya blogger dan ofismate amik exam, namun telah ditangguhkan pada bulan hadapan. blogger mengambil cuti suka hati sendiri pada Jumaat itu. selepas berbuka puasa, lebih kurang jam 8.40mlm, blogger, dan beberapa ahli keluarga bertolak pulang ke kampung halaman di Johor Bahru. sampai di sana, tepat jam 12 tengah malam. disebabkan keletihan, kesemua ahli keluarga blogger sahur pada tengah malam itu kecuali blogger. untuk tidak terlepas sahur sebelum subuh, blogger cuba bersengkang mata menahan dari tidur dengan menonton televisyen, tetapi blogger terlelap lebih kurang jam 2.45 pagi. lebih kurang jam 5.25pagi, abah blogger bangun kerana terdengar bunyi televisyen (yang blogger tak sempat tutup sebab tertidur). nasib baiklah, abah blogger kejut blogger bangun makan sahur. dengan mata yang kelat pelat tak larat nak buka, blogger pun sahur la apa lagi. lepas sahur, blogger terus masuk bilik, nak tunggu waktu subuh, sebelum kembali sambung tidur. blogger dah siap amik wuduk, tapi dek menunggu azan yang macam tak sampai-sampai, blogger pun berbaring la sekejap, lalu blogger terbabas sampai pukul 9pagi. blogger rasa down sungguh kerana blogger telah memecahkan rekod sendiri tanpa sengaja, sungguh anti klimaks betul. alhamdulillah, blogger hanya tertinggal waktu solat hanya sekali pada ramadhan ini. tapi blogger selalu tinggal subuh kalau bukan bulan ramadhan.huhuu, sampai sini, coretan blogger, ikuti lagi edisi pada masa akan datang

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home