Puting beliung dan air jagung
hari kedua blogger puasa 6, tanpa sahur, last minum air kul 1.30 pagi sebelum masuk tidur. alhamdulillah blogger berjaya menahan walaupun dari tengahari perut menyucuk-nyucuk minta diisi. seperti hari semalam, blogger rasa mengantuk kat tempat kerja, namun begitu blogger hanya tidur (kat atas kerusi dalam stor tempat khas untuk blogger)lepas lunch hour. bangun 30minit kemudian, dan terus ke surau solat zuhur sebelem kembali menyambung lena yang diulit mimpi di surau pulak. waktu blogger tidur di stor, blogger bermimpi tentang puting beliung. masa tu blogger balik jb, gi shopping complex namanya holiday plaza. waktu blogger nak kuar plaza tu, blogger dan seorang lagi kawan nampak puting beliung besar dan tak berapa jauh dari kitorang. pada mulanya tak rasa bagai ditarik, tapi bila puting beliung tu semakin hampir, badan tertarik sendiri ke depan tanpa kawalan, mujur blogger sempat menyambar satu tiang dan berpaut kuat hinggalah puting beliung berlalu pergi. lepas je puting beliung tu pergi, kaki blogger pun kejang. rupa-rupanya blogger tersedar dari mimpi. masa blogger balik umah, blogger confuse ari ni ari apa, blogger ingat dan rabu. kalau rabu, ada pasar malam belakang taman blogger. tak semena-mena blogger pun mengidam air jagung, terliur nak minum. dan blogger pun sampai la ke rumah selepas tuang minyak skuter penuh-penuh bagi menghadapi ari-ari yang mendatang. sekian terima kasih.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home