Wednesday, September 14, 2011

Diduga dan digoda

hai semua pembaca, terima kasih kerana setia membaca dan memberikan komen-komen membina. hari ini, blogger nak bercerita kisah yang terjadi pada blogger hari ini. hari ini, blogger puasa 6 untuk hari yang ketiga tanpa bersahur. alhamdulillah hari pertama dan kedua dapat blogger harungi dengan baik walaupun perut blogger sakit bermula tengahari semalam. hari ini blogger diduga lagi oleh-Nya. hari ini, blogger start sakit perut awal pagi lagi. sebelum pergi kerja perut blogger berbunyi-bunyi dek masuk angin. blogger cuba bertahan, buang angin tak payah nak cakaplah, sendawa memanjang walaupun tak kenyang. sejam kemudian blogger diserang sakit perut lagi, terpaksa qada hajat dan sekarang ini blogger masih bertahan. insyaAllah dengan izin Allah blogger akan berjaya mengharungi sehari lagi. cerita selanjutnya pulak, blogger saja je nak kasi sedap tajuk didengar dan menarik minat pembaca, tapi sebenarnya tak ada apa-apa yang best pun. blogger baru lepas buat FAT dengan staff IT dan bos blogger, 2 orang. bos blogger dengan staff IT ni goda blogger dengan Kenny's rogers, tu je la ceritanya. sekian

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home