BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. di sini, blogger ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam tak kira la di Malaysia mahupun di luar negara. moga Syawal kali ini akan lebih meriah dan dilimpahi kurnia-Nya insyaAllah. sebelum blogger menamatkan post kali ini, blogger ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, andaikata ada yang tersilap kata, terkasar bahasa, terpukul kat mana-mana, termakan terminum dengan sengaja, ternoda ke apa-apa je la dosa-dosa blogger pada pembaca semua, blogger minta ampun dan maaf. sampai sini saje coretan blogger yang sekarang berada di luar kawasan perkhidmatan celcom dan maxis. salam


p/s blogger cuti sampai 19 Sept 2010

Thursday, September 2, 2010

Tak tau pe nak citer

sesuai dengan tajuk post blogger kali ini, blogger tak tau nak citer apa, tapi blogger tulis je la pe yang terlintas di minda. sepanjang bulan ramadhan ni, blogger batuk tak henti2, tinggal subuh sekali, tarawih dah dua kali lepas. blogger pun makin lama makin lambat datang keja, makin malas buat keja, makin rajin jenguk library dok curi tulang baca paper. keja2 blogger pun makin lama makin tak accurate, tah apa2 tah yang blogger dok pikirkan sampai keja pun tunggang terbalik. blogger jugak dah kehilangan bukan takat sorang, tapi 2 orang yang dulunya blogger rapat, sekarang dah jauh sangat2. tu blogger punya pasal, blogger buat hal. tahun ni, 1st time blogger raya sementelah bekerja, so happy ada, sedih pun ada. happy sebab blogger beli barang2 yang blogger nak guna duit sendiri, ada baju raya baru nak pakai tahun ni yang sebenarnya dah lama. sedih pulak sebab ramai sangat anak sedara, abis duit blogger di kitai dek budak2 nakal tu suma. blogger da tak tau pe nak citer, so sampai sini aje post blogger kali ni. salam

Tak ape

tak nak jawab call, tak ape,

tak nak balas sms, tak ape,
tak nak cakap lagi dah, tak ape,
tak nak kawan lagi dah, tak ape,
tak nak balas message kat ym dan facebook, tak ape,
tak nak reply emel, tak ape,
tak nak ucap selamat hari raya, tak ape,
tak nak maafkan, tak ape,
tak ape lah kalau camtu,
kalau esok lusa kita mati,
tak ape lah datang kubur kita lagi,
sebab kita tau, dosa kita ini..
tak ape lah awak, kita cuba maafkan diri kita dulu