BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 27, 2014

The bird & the worm

Fireflies

Thursday, January 23, 2014

kadang-kadang cerah, selalunya hujan, jarang nampak pelangi

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatu dan selamat sejahtera pada semua pembaca. tujuan blogger menulis blog ini pada awalnya adalah semata-mata sebagai tempat luahan hati merangkap diari elektronik blogger sendiri. tapi langit tak selalunya cerah, hujan saje, kadang-kadang baru nampak pelangi. begitulah nasib blog blogger yang terbiar sepi, menangisi diri dilupakan bak habis madu sepah dibuang, dan diingati saat tiada lagi tempat luahan hati lain yan sudi menemani. blogger merindui hari muda yang bagus (the good young days). blogger merindui zaman persekolahan menengah, masa blogger kuat main daripada menghabiskan masa menelaah pelajaran, zaman kegemilangan karier bola sepak blogger yang singkat. blogger ingin kembali ke zaman sekolah rendah bila blogger jadi ketua pengawas, ketua pengakap, kapten bola sepak,bola baling dan takraw, atlit olahraga dan bintang sekolah dikenali sekolah-sekolah jiran lain dalam daerah. blogger merindui masa pra sekolah waktu belum akil baligh tapi dah ada girlfriend. blogger merindui zaman blogger memenuhi masa dengan bermain dan gelak ketawa, zaman terejal gila-gila. blogger rindu nak mengulangi kenangan manis dulu. tapi sayang, langit selalu mendung, matahari tak memancar cahaya, hanya lampu jalan menerangi perjalanan hidup blogger yang sunyi dan sepi. walaupun karangan blogger sudah jauh lari dari tajuk, dan mungkin juga disebabkan mengantuk, blogger harapkan ada pelangi muncul lagi di lain hari untuk menceriakan hidup ini walaupun untuk beberapa saat saje. nukilan ikhlas luahan hati blogger yang sunyi sepi dan selalu sendiri.