BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 31, 2009

A story to tell

Kali ni aku nak ceritakan serba sedikit pasal love life aku. Well, sebelum ni aku dah banyak kali jugak bercinta, but somehow everything when wrong. Sama ada sebab aku, sebab diorang dan sebab-sebab lain. Kalau nak dikira dari zaman tadika, rasa-rasanya dalam 12-13 girls yang aku dah jatuh cinta. Tapi kalau ditolak sebab zaman kecik, tak paham maksud sebenar couple, aku rasa dalam 5 orang je la. Nak dijadikan cerita, aku cerita kat korang. Ramai orang yang tak kenal aku, cakap aku ni sombong, tapi kalau diorang dah kenal aku, mesti diorang tarik balik, wa gerenti sama lu. Kawan-kawan aku cakap, masa aku skola dan sekarang jugak, aku ni playboy. Aku tak tau la dari mana sudut pandangan diorang sampai kata aku camtu. But dari sudut pandangan aku, diorang cakap camtu, mungkin sebab layanan aku kat girls, even friends yang baru kenal seminit but macam dah kenal lama, dan ada jugak yang nampak or ingat aku dah fall in love kat diorang or certain girls. To be honest, aku penah fall in love at the very first sight, so aku tak nafikan, ada di antara girls tu yang aku sayang, more than just a friend. But nak cakap aku playboy, aku tak penah lagi couple dengan 2 or lebih girls pada waktu yang sama, tapi kalau skandal, aku rasa memang wujud. Tapi apa sebenarnya maksud playboy? Setahu aku, playboy ni jenis yang ada spare tyre or pasang ramai girlfriend, so adakah aku tergolong dalam golongan itu?Leh korang tolong jawabkan untuk aku?

Red eye

Red eye, bukan seperti cerita Red Eye yang ditayangkan di pawagam, tapi mata aku yang merah semacam disebabkan sakit mata atau nama saintifiknya conjunctivitis. Pagi tadi aku gi kelas, sebab ada presentation, Alhamdullilah, selesai tugas aku walaupun gagap sikit tadi. Lepas presentatation, aku terus gi klinik, doc bagi aku cuti 3 hari, so kalau sambung sabtu ahad, maka aku dapat cuti seminggu. Happy ke tak, aku berbelah bagi, coz 1st aku tak suka miss lecture, 2nd aku bosan dok umah sorang-sorang, 3rd sebab aku rasa letih semacam, tak larat nak buat keja apa, or gi main futsal. Aku happy sebab aku leh lepak-lepak kat umah sambul tengok TV, main internet, main games dan bla bla bla.But hopefully, aku kan cepat sembuh, coz kalau aku asyik miss lecture, susah aku nak catch up balik, dengan assignment lagi nanti, presentation dan macam-macam lagi. Banyak perkara yang bermain di fikiranku sekarang, cuma aku tak tau camne nak terjemahkan kat korang.

Monday, March 30, 2009

Sakit mata

Adoi, sakit mata. Tah tiba-tiba je leh kena sakit mata lak, dah la esok ada presentation. Hopefully, esok aku dapat buat dengan baik. Nak cakap pasal sakit mata, 3 minggu lepas, anak sedara aku dan bapanya dah kena, 2 minggu baru baik. Ni tiba-tiba berjangkit kat aku lak, walaupun dorang tak de dekat dengan aku. Pelik lah pulak. Mungkin aku tertengok benda-benda yang tak baik kot. Mungkin jugak aku memang suka tengok benda yang pelik-pelik, hehehe. Apa-apa pun,hope aku cepat baik, coz nanti jatuh lak saham aku kat kolej dengan mata merah semacam ni. Korang doakan la aku cepat baik tau.

Aku Malas

Malas... satu perkataan yang sering bermain bukan saja di bibirku, tapi juga mencerminkan diriku. Aku malas, memang itu lah aku, walaupun aku cuba berubah, namun sikap itu masih menghantui aku. Bukan aku nak cakap aku dah jadi hantu, tapi hantu malas dah sebati dalam diriku, mungkin sebab tu aku jadi pemalas. Dah ramai orang yang nasihat aku, perli aku, tapi aku masih juga begitu. Aku malas buat assignment, aku malas kemaskan diri, aku malas buat kerja, aku malas segala-galanya. Tidak, aku masih ada sikap rajin, rajin apa? Rajin main futsal, games, tido & makan. Setan, kau betul-betul dah berjaya pujuk aku, congrats to you. Semalam aku baru je buat blog ni, tapi idea yang dulu ada semuanya dah hilang sampaikan aku pun tak tau apa nak aku katakan lagi kat sini. So, moga aku dapat idea cepat, leh aku luahkan kat korang.

Sunday, March 29, 2009

xpresi diriku

Salam & selamat sejahtera buat semua pembaca. Ini adalah kali pertama aku menulis dalam blog xpresi-diriku, blog yang pertama bagi diriku. Sebelum aku menulis dengan lebih lanjut, aku nak memperkenalkan diriku kepada korang semua. Korang boleh panggil aku Apau. Aku lahir pada bulan Februari 1985, bintang Aquarius, asal Johor Bahru, masih menuntut di sebuah kolej di Kuala Lumpur, single & masih mencari, suka warna hitam & putih. Hobi aku pada masa lapang ialah main futsal & yang sewaktu dengannya, main online games & Championship Manager, tido, makan, chatting, main dengan rakun aku dan lastly buang masa. aku buat blog ni untuk luahkan isi hati, perasaan & jiwa aku, mencari kenalan dan selanjutnya aku bagi tau bila korang dah baca blog aku ni. Bagi mereka yang dah baca & rasa kecik hati dengan blog aku ni, terlebih dahulu aku minta maaf banyak-banyak, aku tak ada niat nak lukakan hati sesiapa, aku just nak cerita kisah hidup aku & berkenalan dengan korang semua yang sudi menjadi kawan aku. Dan dengan ini, aku dengan bangganya merasmikan blog aku sendiri.