BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 4, 2014

Surah At-Taubah 128-129


Pelanduk dua serupa

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. harap dalam keadaan sihat semuanya. blogger masih lagi dalam proses menyiapkan cerita blogger zaman remaja waktu persekolahan menengah, moga-moga dengan izin-Nya blogger dapat menceritakan semuanya. tapi post untuk kali ini, blogger citer pasal lain pulak ye.

nak dijadikan cerita, petang tadi blogger pegi beraya. di mana? biarlah rahsia, agar tiada apa-apa yang buruk berlaku pada yang tidak bersalah itu. di rumah blogger beraya tadi, blogger jumpa seseorang. seseorang ini lah seperti tajuk di atas. wajah dia ada sikit iras-iras, warna kulit dia pun lebih kurang sama, membuatkan blogger teringat pada seseorang.

dulu kalau tak silap, blogger pernah cerita pasal kartun 'brave' yang heroin nya pun mengingatkan blogger pada seseorang. tapi kali ini bukan orang yang sama. blogger tak mau tulis panjang-panjang sebab nanti blogreaderblogblogger ni cepat bosan dengan nukilan-nukilan blogger.

akhir kata. ngok ngek ngok ngek juge, moh kite berame.

Saturday, August 2, 2014

Form 4(2001) and roll back

Sekarang dah lain la pulak sebab abah asyik pressure je, tak lama lagi nak SPM, jangan ber'honeymoon' time form 4 nanti payah time form 5. Hoih, panjang betul cerita aku nih. Dah 3 helai kertas kajang depan belakang penuh. Ada lagi 6 keping nak dihabiskan, moga-moga sempat..

Imbas kembali time form 1 sekejap. Liga bola sepak form 1, aku main striker, score 13 bijik gol. Apa punya ronaldo lah mase tue, da la botak.

Dulu lower form memang aku teruk sikit. Subuh jarang gie. Ada sekali tue, kena sebat beramai-ramai kat sebelah bilik guru. Pergh.. dia punya rasa, menusuk kalbu siot. Lagi, time tue selalu ler jugak aku kena sebat, penampor, sepak, arghh... macam-macam lagi la.

Form 3, ada satu hari tue, aku dengan teammates balik lambat lepas training bola Piala Nike. Kitorang makanla dulu. Masa tu azan dah. Lepas makan, kitorang terus naik dorm, mandi terus solat Maghrib kat dorm. Tengah lepak-lepak kat dorm, tetiba jer At datang. Dia suruh gie surau. Cikgu Aja ada kat surau mase tuh. Masa nie pulak ada la sorang haram jadah nie yang dengki nak mampos kat kitorang. Tak payahlah sebut nama &@&!, &#%$^$, @#&!#& nie. Dia nie memang ramai tak suke. Muke macam baik, tapi hati macam &#%$^$. Geram betul aku dengan dia nie.

Oklah, diteruskan citer, kitorang pun turunlah masa azan Isyak. Tak sangka pulak si &@$#@%^ nie tunggu kat 'white house'. Kena tahan dengan dia. Membebel punya membebel, dia suruh kitorang tunggu kat depan surau. Kononnya denda untuk kitorang. Tapi bala dah datang sebab aku rasa memang dah lain macam. Dia cakap tak tau la kalau Cikgu Aj nampak, tanya kitorang lepas tu buat apa! Lepas jer Isyak, lepas selawat dan salam, Cikgu Aj pun keluarla. Terus gie kat kitorang tanye kenapa. Tau-tau jer, sorang-sorang kena tampar. Berdesing telinge memasing. Sakit bukan main. Tapi hati ini lagi sakit dengan perangai si &@&! tu. Berapa minggu tah, maki hamun kitorang kat dier. Memang tak puas ati betul. Senang citer, sampai sekarang pun maki hamun aku kat dia tak abis-abis.

Kes tu hampir buat kitorang tak gie tournament, tapi nasib baik dapat. Aku pun tak tau kenapa Cikgu Aj masih boleh lagi bagi kitorang gie. Tak de langsung rasa marah aku kat Cikgu Aj sebab memang betul kitorang salah, tapi sebab 'mamat' sorang tu yang dengki nak mampos buat kitorang jadi camni. Wargh.. panjangnya criter aku nih.

Nota. Cerita ini di tulis oleh blogger sendiri waktu sekolah menengah asmara. Segala yang berlaku memang berlaku dan benar-benar tidak direka.Tiada niat apa selain kenangan manis memori luka coretan ikhlas dari hati yang masih suci buat bacaan pembaca semua di kala bulan mengambang.

Form 3 (2000)

Cerite punya cerita dengan korang sumer, tau-tau dah masuk form 3. Masa form 3 aku hebat. Ngurat awek tak kene tempat. Masa nie handball johan lagi. Itu pun nasib on goal difference. Kalau tak punah harapan nak kekalkan kejuaraan. Aku score sebijik aje. Masa nie aku kire dah terkenal la jugak. Dah la hensem, tampan lak tu. Hihihii, berlagak tul la aku. Handball dapat wakil daerah ke MSSJ. Sorang jer player lower form. TIme tue, aku tengah form. Hebat giler. Korang bayangkan ler, Ak yang giler babeng shoot on goal pun tak dapat goal jugak. Last-last aku dah geram sangat, score 3 bijik out of 9 metres. Tue masa lawan BP kalah 12-7. Secondly lawan Muar kalah 8-0, tapi aku hampir dapat pecahkan benteng dia yang paling power(keeper dia yang power nak mampos), tapi tiang gol plak halang aku jaringkan sebijik gol. Pastu terus kena marked takut aku shoot macam tue lagi. Lastly, lawan Kulai menang 12-6. Aku score 2 bijik pastu kena tumbuk kat muka. Keluar jap kene treatment jap pastu masuk balik. Gigi dah berdarah pun nak main lagi. Apa la aku nie. Tapi sebab semangat, aku main balik sebab Cikgu Lan ingin sangat aku dapat wakil J ke MSSM. Dia dapat khaboryang coach negeri nak amik aku kalau aku main baik. Tapi aku memang bernasib malang tapi bernasib baik sebab dapat wakil J ke MSSM Piala Nike. Yes!!Taun ni takraw kalah lah pulak.

Bola sepak lak, memang bangga giler. Giler pun tak bangga macam nie tau. Johan MSSD!! Kalahkan SMBP 5-0, kalahkan SMTD 2-1, seri dengan Adela 1-1 dan kalahkan SMKA 2-0. Orang sumer cakap SAKIT dah jadik kuat giler. Paling sadis kalah teruk time MSSJ. Ngan Tangkak 2-3, JB 0-7, Mersing 0-4. Malu siot mase tue.Dah la kena marah/perli dengan Cikgu Lan. Apa punye team daa!!

Masa form 3 nie jugak la aku one step closer to my goal. MSSM at stake. Cikgu Naz suruh aku gie selection Piala Nike untuk MSSJ. Aku gie ler dengan 10 orang kengkawan(student SAKIT) aku. Tak silap aku 9 orang jer dapat, Darm sorang je yang tak dapat. Untuk pengetahuan Piala Nike ni under-15, yang johan MSSD dan kalah teruk MSSJ tu under-18. Masa under-18 tu aku main bek kiri. Tapi disebabkan inersia yang ader kat pala otak aku, aku tukar position main midfield. Dapat lak tu, confirm lagik. Kapten weih.

Training punye training punye training, lawan Pontian. Menang woi, 1-0. Pastu kalahkan Kulai 2-1, akhir sekali Segamat 2-1. Gie semi jumpa BP...nasib tak baik, kalah lah pulak. Tipis jer 1-0. Third and fourth placing jumpa Pontian balik. Aku tak main tapi jadi coach, sebab coach kata bagi peluang kat teammates yang belum dapat main. Menang lagi beb, 3-2. Wa cakap sama lu. First time Penggerang gie semi and dapat medal. Alhamdulillah.

Coach aku cakap, K Sukumaran amik nama aku untuk suad PBNJ. Tak tau ler betul ke tidak? Sebab tak jadi perper pun. Pastu ade ler gosip-gosip yang kata SSBP(sekarang SSTMI) nak amik aku masuk sekolah dier. Pastu confirm, coach cakap aku dengan Man(SSBP) akan gie selection untuk wakil J kat MSSM, tapi lepas PMR.

Belajo-belajo tapi malas, last-last ngurat awek, aku jatuh ........kat sorang akak tue. Tapi aku senyap jer. Rindu tak abis-abis macam ler aku confirm jadik pakwe dier. Kalaulah.......kan syok.

Lepas pekse PMR, seminggu pas tue, aku gie selection ngan Mo(ganti Man). Training punye training, lepas ler fasa 1, fasa 2 dan Alhamdulillah dapat jugak last 18. Bangga-bangga, jakun, macam-macam kat kepala, hati dan perasaan ini. Rasa cam kat syurga bila last 18 ade nama aku.

Training punya training, sampai ler masa tournament. Kitorang kena grouping yang agak seimbang lah jugak kot, Pahang, Kelantan dan Sabah. Mulenya aku bukan 1st 11. Tapi lepas 1st game, coach try aku lak. Memule lawan Kelantan, aku main sekejap sebab goalkeeper aku kena sent off, so aku yang kene keluar. Main tak sampai 10 minit pun. Cis, tak puas ati betul. Mase tue kalah 0-3. 2nd game lawan Pahang la, aku main full. Ader le try sesekali, tapi yang paling sayang sekali time corner. Sipi betul nak score. Kalah tipis jer, 1-0 terus tak layak gie second round. Lastly lawan Sabah, aku main tapi tak full, sebab aku kena hentak kat lutut. Terus kena keluar. Sedih siot, sadis. Mase tuh Mo main pulak ganti aku, 1st and last game baru nak menang. Menang beso lak tu. 3-0.

Aku dengan Mo jakun betul dapat itu dapat ini sebab biase ler dah lah 1st time wakil J dapat macam-macam lak tue. Kalau wakil D jer, jangan harap dapat T-shirt, tracksuit lagikan pula sponsor set jersi. Alhamdulillah muka aku ngan Mo dapat masuk surat khabor(Metro) taun tu. Cikgu Azh jer yang perasan gambar tue. Gambar tue aku simpan kat umah sebagai kenang-kenangan.

Ramai betul kawan-kawan aku sekarang. Semua sebab main bola, handball, sport la. Best la jugak main dengan budak-budak nie, semuanya handal-handal. Dapat banyak experience. Malam last game gie plaza jap, Plaza Sunway Piramid tak silap aku. Mase aku nak kuar dari plaza, aku dengan Mo sesat. Tak tau nak gie mana. Time kat luar pulak, tak tau bas kat mana. Kitorang pusing satu kali pastu baru la jumpa. Argghh selamat-selamat.

Esoknya kitorang balik rumah masing-masing lepas lunch naik bas. Sedih la jugak time nak berpisah tue. Best tul ada banyak member, tapi da lama siot tak jumpa. Aku balik umah naik van saing Mo naik Cikgu Adn sampai rumah malam kul 9pm tak silap.

Cuti macam bese, banyak main game, makan, gie kebun, tengok tv dan apa-apa tah lagi. Tunggu punya tunggu, keluarla result PMR. Gie saing Mam, tunggu budak-budak ni kat BP tak datang-datang. So aku gie terus sekolah. Sampai jer sana terus amik result. 6A 2B jer!! Mam dapat 5A jer. Hampe la jugak. Balik awal, tak balik umah. Dok jalan-jalan kat bandor, main game, kacau awek. Pastu terus chow balik umah. Kat umah, mak dah bimbang lah pulak. Ingat aku frust terus nak bunuh diri. Takde ler macam tue sekali, aku waras lagi dong! Amir datang nak jumpa abah, tak tau sebab per, aku dok lek jek. Cuti cam biase ler, tak tido, tengok tv, makan, minum, main game. Ini ler rutin hidup aku dulu.

Nota. Cerita ini di tulis oleh blogger sendiri waktu sekolah menengah asmara. Segala yang berlaku memang berlaku dan benar-benar tidak direka.Tiada niat apa selain kenangan manis memori luka coretan ikhlas dari hati yang masih suci buat bacaan pembaca semua di kala bulan mengambang.

Friday, August 1, 2014

Form 2 (1999)

Form 2 pulak aku dah one step closer. Second time wakil takraw ngan handball. Takraw team aku dapat no 2. Handball pulak johan bila aku jadi assistant hero. Takraw MSSJ menang satu game kalah satu game. Menang lawan Muar, kalah lawan Pontian. Handball pulak tak antor. 10 cent betul aku. First time main bola wakil sekolah, kena balun cukup-cukup. Olahraga da tinggal.

Sibuk-sibuk aku belajo, aku jadik AJK Suria@Sukan dan riadah. Time tu, punyer la syok...dapat ngurat si Dah wa cakap sama lu. Tapi aku tak gentlemen, sebab aku takut bengang lagi. Tak nak malu lagi siot. Pekse macam biase, teruk.. luar biase, buruk. Hei apa nak jadik dengan aku nih.

Tahun ni Liga Intergrasi Bola Sepak team aku juara tau!! Kalahkan team cikgu 6-1, aku buat hatrik. Tournament tu aku score 7 gol kot

Bersambung.......

Nota. Cerita ini di tulis oleh blogger sendiri waktu sekolah menengah asmara. Segala yang berlaku memang berlaku dan benar-benar tidak direka.Tiada niat apa selain kenangan manis memori luka coretan ikhlas dari hati yang masih suci buat bacaan pembaca semua di kala bulan mengambang.

Form 1 (Tahun1998)


Inilah salah satu kisah yang benar-benar aku reka sendiri dan pernah terjadi padaku sebelum ini. Kisahnya bermula sementelah aku memasuki satu sekolah berasmara penuh yang terceruk sedikit kedudukannya. Nama singkatan sekolah ialah SAKIT. SAKIT merupakan sebuah sekolah yang masih baru dan belum lagi mencipta nama dalam pencapaian akademik mahupun ko-kurikulum.

Ketika pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan 1, mataku melilau-lilau mencari kelibat seseorang yang kukenali. Nasib aku baik, Abij, kawan sekolah rendahku juga bakal menjadi warga sekolah ini.'Masuk sekolah aje mesti kau jadi perhatian. Tau ler kau ni tampan. Kau tak rasa tertekan?', Abij berseloroh apabila menangkap biji-biji matayang mencuri pandang ke arahku. 'Takkanlah aku yang botak ni, budak-budak ni nak? Ni mesti kau yang nak kenakan aku!', kataku samil tersengih. 'Lantakkaulah, aku cakap yang betul', kata Abij lagi. Aku tersenyum. Memang aku akui wajahku memang tampan. Ada yang kata mukaku macam Hrithik Roshan. Dengan mataku yang berwarna kecoklat-coklatan, aku mampu meruntuhkan benteng iman dengan sekali jelingan. Betapa hebatnya aku.

Minggu itu, orientasi dijalankan. Hari-hari dirasakan bagai neraka. Sungguh terseksa, sengsara. Beberapa hari kemudian, satu pertandingan bola sepak antara rumah sukan telah dijalankan. Hanya pelajar-pelajar tingkatan satu aje yang terlibat.Aku yang menjadi kapten serta 'star' dalam pasukanku telah berjaya merangkul kejuaraan.

Hari-hariku selepas itu seperti biasa. Tapi kadangkala 'roll call', gotong royong yang diadakan mengajar aku kehidupan asmara yang sebenar. Rembatan padu dan tamparan masih kekal dalam ingatan. Cikgu Lan dan Cikgu Min betul-betul macam singa bila marah. Cikgu Aj pun lebih kurang jek. Sekali rembat berpusing, sekali tampar berdesing. Nasib le aku ni jenis budak baik. Kalau tak, tak pasal-pasal kena balun. Tinggalkan sprint spike sepah-sepah pun muka terus berdarah. Parah, parah.

Time ni aku kire kamceng jugakla dengan Form 3 mase tue. Kira-kira tiga minggu tue, ada pemilihan untuk wakil sekolah dalam permainan sepak takraw. Aku pun pergi le. Last-last dapat gak, tapi yang tak best tu reserve la pulak. Nasib baik team pertama. Cikgu cakap 'first ball' aku bagus, control and clear pun bagus gak. Cuma yang tak perfect sangat time servis. Bola lemau jer aku bagi, asalkan lepas. Tak macam Pad, bola pergi cam peluru tapi tak nak masuk-masuk. Hampeh tul.

Aku ada dengo-dengo bebudak pompuan senior cakap aku hensem. Aku buat bodo jer. Aku pun ngaku aku bukan ler pandai mana. Ada si malang ni pulak cakap aku suka dia. Tapi pada hal dia yang gila-gilakan aku. Nie budak form 1 la nie. Dulu aku pernah becinta dua tiga kali. Dua tiga kali jugakle aku frust. Nasib baik aku tak tension sampai nak mampos. Nie ler yang buat aku berhati-hati nie. Pastu aku ada le minat kat sorang budak pompuan nie(budak kelas aku tu). Aku bagi Bite surat. Punye la bengang aku bace reply letter Bite. Ada ke Bite boleh tolak pinangan aku. Nie yang aku tak puas hati nie.

Time ni aku belajar memain. Time main memain. Time table je tak. Apa punya bertuah le nasib aku, dapat wakil daerah lepas cuti pertengahan tahun. Main handball ngan senior...rasa beruntung giler, lagi-lagi terus wakil daerah. Tapi yang malu aku jugak. Main tak sampai setengah minit terus kena keluar balik. Terus tak main lak tu. Sebab tue ler game last. Buat malu jer

Bulan Julai plak ada Liga Integrasi Bola Sepak. Aku join ler team budak form 4 dengan Dam. First game aku tak main sebab aku gie India. Second dengan third game pulak aku main full tapi kena belasah 7-0 ke 8-0. Gitu-gitu ler. Malu memang malu, tapi aku puas hati bile 'but' aku jaringkan sebijik gol time final. Bangga, bangga.

Time nie aku ader ler terpikat kat sorang akak form 2. Nama dia Sai Ad. Cun ler juger. Memule tue aku kirim salam jer. Tang camner, tiba-tiba jer kantoi. Aku cakap le nak jadikkan dia akak angkat aku. Dia pun terima. Dia ader citer kat aku, dia ngan sorang lagi kawan dier bergaduh nakkan aku. Last-last dia ngalah sebab kawan dia kata aku dier yang punyer. Wahh... mahal juger bursa saham aku. Tang kelentung aku kelentong, aku suarakan ler hasrat aku nak jadikkan dia awek angkat aku. Dia pun setuju tak banyak citer. Sedang dilamun ombak, macam-macam ler dia bagi kat aku... request, penanda buku, gula-gula, cam cam la. Sayang betul dia kat aku masa tue. Time persembahan hari kebangsaan plak kelas aku gabung ngan kelas dia. Tu yang best tue. Aku kacau dier, dier kacau aku balik. Pendek kata aku ngan dia main kacau-kacau wa cakap sama lu.Aku jadi watak sampingan. Kalau korang nak tau, dia la yang settlekan costume aku. Pergh.. da macam hus and wife. Tapu relationship aku ngan dia tak lama, awal tahun 1999 aku cakap nak clash. Sebab apa? Check arr.. rahsia sampai ke tua. Hehehe

Hush..hush! Tahun tu aku idup macam biase, kena ragging, basuh baju, kena 'tarik' aaaa... macam-macam la. Gaduh, pekse, ujian, riadah, sembahyang semua ler.

Bersambung....

Nota. Cerita ini di tulis oleh blogger sendiri waktu sekolah menengah asmara. Segala yang berlaku memang berlaku dan benar-benar tidak direka.Tiada niat apa selain kenangan manis memori luka coretan ikhlas dari hati yang masih suci buat bacaan pembaca semua di kala bulan mengambang.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman. Di sini blogger ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri buat semua muslimin dan muslimat sama ada di Malaysia mahupun di luar negara. Sedikit pantun copy paste dari rakan buat tatapan.

Pancut dalam-dalam, jangan di luar!!

Burung berdiri di atas dahan,
Lihat si dara buka seluar,
Lubang kehausan mau dilayan,
Sebelum cucuk perlu dibayar.

Batangnya keras sebesar genggam,
Setia berdiri biarpun malam,
Lubang dicucuk biarlah dalam,
Agar memancut masuk ke dalam.

Si batang keras hendak keluar,
Cabut perlahan jangan di biar,
Jangan ada melimpah di luar,
Sayang, harganya mahal rugi membayar.

Terima kasih dari Petronas.

Salam Aidil Fitri!!!