BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 28, 2013

Cerita pasal demam denggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. di sini blogger ingin menceritakan kisah blogger yang dijangkiti demam denggi. pada hari jumaat 2 minggu lepas, iaitu 18 October 2013, blogger telah diserang demam panas pada awal pagi, tetapi setelah makan panadol blogger pun pergi kerja macam biasa.masa nak solat jumaat, blogger diserang gigil di masjid. balik rumah selepas solat, blogger inform abang blogger yang penah kena denggi yang blogger pun suspek denggi. dia pun suruh blogger makan panadol dan minum 100 plus banyak untuk lawan balik kuman tu dari betul- betul mengjangkiti. blogger mintak akak blogger, seorang doktor untuk bawak balik drip air untuk masuk badan nanti bila dia balik keja. tapi setelah masuk 2 pain drip tetap jugak tak turun demam blogger sehinggalah pada pukul 1 atau 2 pagi, suhu badan blogger turun ke 36.6 celcius. blogger ingat blogger terlepas dari denggi tapi tidak. pagi subuhnya blogger terbangun nak buang air, suhu badan blogger melonjak hampir 39 celcius. tahap tinggi paling 39.8 celcius. blogger pun siap-siap untuk ke hospital check darah, dan kesudahannya blogger di admitted selama lebih kurang 6 hari sebelum blogger kuar at your own risk pada khamis petang minggu berikutnya. sepanjang blogger di hospital, kalau tak silap 8 pain drip masuk badan berpuluh-puluh kali darah di ambil, dan sepanjang malam tak dapat tidur nyenyak akibat sakit badan dan buang air kecil.moga selepas ini blogger atau family blogger tak kena demam denggi yang blogger rasa paling panjang dan mencabar kesabaran ini. sekian dulu dari hujung pena elektronik blogger. salam semua.