BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 24, 2014

Part time

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blogger buat part time jual double stem cell. Kalau Ada yang berminat tinggalkan komen atau email blogger. InsyaAllah Ada stok blogger jual pada pembaca yang nak cuba. Terima kasih.









Saturday, February 22, 2014

Berdosakah aku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog xpresi-diriku ini. Terlebih dahulu blogger ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang sudi membaca entri, mengikuti blog ini, menulis komen dan menyokong dari belakang dan sisi. Terima kasih blogger ucapkan. Kepada anonymus2 blogger harap dapat hubungi blogger melalui email.

Berbalik pada tajuk di atas:- berdosakah aku?

Hidup ini penuh pancaroba, Ada hilai tawa, Ada perit tangis, Ada saat tenang, dan Ada juga masa kacau. Jika hidup ini mudah, tentu blogger dah masuk syurga. Berdosakah blogger bila mana memutuskan silaturahim sesama insan walaupun niat untuk melihat dia bahagia? Terus terang, blogger bukanlah hakim, bukan utusan tuhan, bukan juga malaikat. Blogger tidak sempurna seperti yang diingini. Blogger naif, nakal dan jahat, dan tidak pernah mencuba berubah walau ramai yang memberi nasihat, panduan dan dorongan. Dan cara yang terbaik blogger fikirkan, dengan memutuskan hubungan agar mereka yang terlibat dapat mencari kawan, teman, sahabat, abang, suami dan sebagainya yang lebih sesuai dan dapat memimpin ke jalan yang benar, tetapi bukan blogger. Berdosakah blogger? Berdosakah blogger memutuskan hubungan walaupun niat blogger baik? Untuk tidak menjerumuskan sesiapa dalam lautan hanyut mimpi blogger. Yang dipenuhi kelalaian dunia, jauh dari mengejar akhirat. Berdosakah blogger? ...

Friday, February 21, 2014

29

Beberapa hari yang lepas blogger 29 tahun, tapi blogger tak sambut pun.

Sunday, February 16, 2014

Andai ada waktu

Andai ada waktu, blogger ingin berkongsi sesuatu dengan semua pembaca. tapi bukanlah sekarang, kerana blogger masih perlu mencari kepastian sama ada betul ataupun tidak. hal ini berkaitan dengan diri blogger, walaupun agak was-was, tapi insyaAllah dengan izin Allah blogger akan ketemui jawapan setelah berjumpa dengan orang-orang yang berkenaan. doakan kejayaan usaha blogger dalam mencari kebenaran.

Panjang ceritanya

Panjang ceritanya...

Wednesday, February 5, 2014

Bantu aku ya Allah

Ya Allah, kenapa berat sangat dugaan yang Kau beri? Adakah aku ini seorang yang sentiasa gagal dalam setiap apa yang aku buat? Aku selalu cuba buat dan menjadi yang terbaik untuk semua orang yang aku sayang, tapi seolah-olah semuanya langsung tidak cukup bagus di mata mereka. Kedai yang aku jaga ini, sejak dari franchise hingga kedai jenama sendiri bagai hidup segan mati tak mahu.