BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 12, 2011

Selamat Hari Lahir .... versi gambar











Penat, ngantuk dan ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog blogger yang biasa-biasa saja ni.dah lama tak mengupdate blog ini, rasa bersalah pulak mengabaikan xpresi-diriku yang setia menunggu. buat pengetahuan semua, blogger baru saja balik dari tanah haram Ahad (3 April 2011) yang lalu.blogger masih lagi cuba menyesuaikan semula diri blogger di tanah air sendiri setelah 3 minggu berada di luar negara. sewaktu blogger berada di sana, waktu tempatan awal 5 jam, bermakna blogger di sana pukul 12 pm, di Malaysia pukul 5 am. sementelah itu, blogger terpaksa meng'adjust' semula waktu tido, waktu bermain, waktu makan, dan yang sewaktu dengannya. minggu lepas, minggu pertama setelah blogger selamat pulang ke Malaysia, blogger telah mula bekerja sejak hari Isnin, kerana cuti tahunan sudah abis. maka dengan itu, kedatangan blogger ke pejabat adalah dilewatkan sejam dua kerana secara tidak sengaja akibat merasakan diri ini masih lagi berada di negara orang.(alasan....). blogger akan cuba meng'upload' sedikit sebanyak gambar yang blogger amik sewaktu disana dengan kamera murah blogger untuk tatapan pembaca semua. sekian dulu laporan blogger dari putrajaya, wasalam.