Wednesday, June 24, 2009

Ahad, 21 Jun 2009

ari Sabtu malam Ahad ari tu aku ada citer pasal aku gi umah abang aku kat Bangi kan? so ni sambungannya. aku bangun kul 10 pagi rasanya, tapi tengok jam macam pukul 12 tengahari, hm entah aku pun tak pasti. masa aku bangun, langit gelap macam nak hujan. aku gi Bangi ni sebab nak gi Al-Ikhsan kat area perumahan depan kawasan umah abang aku. nasib baik, langit cuma gelap, tapi tak de rintik-rintik hujan, kalau tak basah la aku unless aku pinjam kereta abang aku tu. aku bangun terus mandi, siap-siap, tanpa breakfast aku terus gi kedai Al-Ikhsan tu. ada 2 branch kat situ, 1 factoryhouse, 1 lagi kedai biasa, tapi yang pelik, kedai biasa nya yang lagi banyak produk berbanding kat factory house tu. aku tau sebab aku gi check factory house dulu, baru gi kedai biasa, dan kat kedai biasa itu lah aku beli kasut futsal seperti di bawah.



ni la kasut yang aku beli ari Ahad lepas. belum rasmikan lagi, tinggal tunggu masa beraksi je. first aku tengok dalam paper ada iklan pasal sale kat Al-Ikhsan, tu la sebabnya aku sanggup gi Bangi semata-mata nak gi kedai tu. lagi satu sebab, gi Bangi ada anak sedara aku 2 orang, dapat lepaskan rindu kat dorang. dalam iklan tu, kasut futsal sale sampai harga paling rendah RM 99, tapi masa aku gi kedai, tanya salesgirl tu, dia cakap, tu untuk junior, so kecewa jugakla aku,huhu. harga kasut + stokin ni just over Rm 150, pokai jap aku, hm. kalau korang perasan, kasut jenama adidas, tapi stokin jenama nike, apa punya poyo la kan?salah aku sebab main kaut je stokin tu, my bad. persoalannya sekarang, adakah dengan memakai kasut + stokin ni, adakah..aku akan beraksi lebih hebat? aku akan lebih bersemangat? aku akan berlari lebih cepat? makin padu aku merembat? sasaranku menjadi makin tepat? akan lebih merasa lebih nikmat? jawapannya kena tunggu sampai perasmian kasut + stokin ni dulu k. ~end~





Rabu, 24 Jun 2009

ari ni tak de kelas, aku malas nak kuar beli lunch, so as usual masak berger special. pagi semalam aku tido lepas subuh, bangun kul 2 petang tadi. bangun-bangun je terus gi dapur siapkan barang-barang nak masak dan buat air neslo. da siap buat neslo, aku masukkan dalam peti sejuk, bagi sejuk. sambil aku masak berger, aku bakar roti dan gi gosok gigi dan basuh muka jap. 30 minit pastu, semua da tersedia untuk aku bedal. tapi kali ni, aku nak tunjuk gambar pe aku makan tadi, so tak de la korang semua bosan asyik membaca je kat blog aku nih.






gile kan aku ni, makan sekali 3 set sekaligus. bese aku masak 2 keping daging dan satu keping ayam. tapi yang special cuma 2 set je la, tu sebab termasuk telo sekali. so bagi sesapa yang nak tau, terliur pasal post aku yang dulu, ni aku bagi tau lebih kat korang dan bagi air liur korang menjejes, hehehe. aku tulis post ni lepas aku dinner, so nak citer gak pasal lauk dinner aku. biasanya tugas aku kat umah ni setiap hari ialah tanak nasi, akak aku pulak masak lauk. tadi dia masak sotong masak pedas dengan sayur salad + tomato + timun (sori la tak amik gambar). penuh perut aku,huhuhu. besok plan nak gi ampang main futsal, tapi entah la, have to wait until tomorrow. ~chiao~


Tuesday, June 23, 2009

TGI Friday's

Sabtu, 20 Jun 2009 - aku bangun tido kul 9.30 pagi, sebab anak-anak sedara aku ajak gi swimming. tapi aku sambung tido balik, dorang pukul aku, sepak aku, tarik rambut aku sampai la aku betul-betul bangun. bangun-bangun je, basuh muka, gosok gigi, breakfast sambil suap 3 orang budak-budak nakal tu. aku cakap, kalau dorang tak makan, tak leh ikut gi swimming, so dengan muka sedih + sayu, dorang terpaksa la makan roti taruk peanut butter yang aku buatkan. aku pulak makan burger. da siap breakfast, aku bawak la budak-budak ni gi swimming. sejam dorang berkubang kat dalam pool tu. jenuh gak menunggu, tapi aku sempat celup kaki sampai lutut je kejap. fast forward, sejam berlalu, sorang ni da bosan mandi + sejuk, ajak balik, tapi aku tanya 2 orang lagi, dorang cakap tak cukup, so tunggu la lagi beberapa minit. da swimming, aku bawak dorang balik, terus aku dok lepak depan tv tanpa mandikan dorang. tengahari aku mandi, lunch, tengok tv, baca paper, tido sampai petang. kul 4.30 bangun, coz akak aku yang lagi sorang da sampai. malam ni plan nak dinner sama-sama kat TGI Friday's. by the way, korang tau tak maksud TGI Friday's tu apa?kalau tak tau, tak pe, tapi pandai-pandai la cari maknanya sendiri ye. fast forward sampai lepas maghrib, aku da siap mandi, solat semua la,tinggal tunggu gerak je. kitorang beramai-ramai pun gerak gi sana, dalam 20 minit da sampai. ramai jugak orang, tapi nasib baik akak aku da reserved kan untuk kitorang, so ada la tempatnya untuk kitorang duduk. sambil tunggu abang aku yang sulung datang dengan family dia, kitorang pesan la food + drinks. aku order jack daniel's glazed ribs dengan mango juice. tunggu 30 minit, baru la abang aku tu sampai, terus je order. 10 minit pas tu, makanan pun start sampai, tapi yang pelik, akak ipar aku yang datang lewat tu dapat dulu. musykil tul, tapi rupa-rupanya order tu sepatutnya untuk abah aku. da nasib..bila order aku sampai, aku pun sliced-sliced kan, bagi semua orang rasa sikit. ribs tu ada 6 tulang, so aku amik 3, 3 lagi aku passed kat dorang. kalau korang tau la kan, ribs tu daging batang pinang, kira yang paling lembut + best la. pada aku memang berbaloi la makan ribs tu, sedap siot, menyesal bagi dorang rasa pun ada.huhu. seperti biasa, aku akan menghabiskan sisa-sisa makanan orang lain, macam tong sampah la gamaknya.da settle makan, ada suprise la pulak. rupa-rupanya staff TGI Friday's tu datang bawak kek untuk mak aku. mak aku da la semput, nasib baik tak terkejut, kalau tak, tak pasal-pasal sambut birthday kat hospital. mak aku tak pandai cakap english, staff TGI Friday's ni pulak ramai bukan orang malaysia, cakap english je tau. so mak aku just senyum-senyum malu, cakap no, ok, yes, apa-apa je la yang dia tau. staff TGIF suh buat short speech, tapi mak aku geleng-geleng je, last-last dia suh mak aku tutup mata, buat wish dan tiup candle. dorang pun tinggalkan kek tu, kecik je, ais krim kek untuk kitorang. bagi semua rasa sikit-sikit, lepak bagi makanan turun then buat payment. then aku ikut parents aku gi bangi, tido umah abang aku pulak. akak-akak aku, balik umah dorang. end

Malam hujung minggu

Jumaat, 19 Jun 2009 - First final exam paper english, alhamdulillah dapat buat dengan jayanya. lepas exam ada meeting nak anjurkan futsal competition. aku diberi tugas teknikal, buat schedule etc. 20 teams semuanya, tapi sebab budak-budak course aku nak main jugak, so hanya 19 teams yang register awal je la yang dapat main nanti. fast forward sampai tengahari, lunch, solat jumaat terus balik umah. melepak-lepak jap tengok tv, tiba-tiba telefon berdering. akak aku call, cakap parents aku nak datang tido sini dengan anak-anak sedara aku 3 orang. kul 5 petang akak aku call lagi, suh teman dia gi Hilton kat KL sentral. masa dalam keta aku tido coz ngantuk. sampai sana, gi beli kek untuk sambut birthday mak aku. kat dalam tu, 99% foreigner tak temasuk staff la kan. ada sorang mamat ni, besa nak mampos, mampos pun tak besa cam dia. da beli kek, balik umah, tanak nasi, aku gi mandi. lepas maghrib abah aku call, da sampai. 3o minit pastu lak, abang aku sampai, so umah jadi meriah + sempit.sebelum abang aku sampai, aku basuh baju dalam mesin, so lepas abang aku sampai, aku sidai baju sementara dorang dinner. kalau nak tunggu sorang makhluk tuhan yang dok sini nak tolong, jangan harap la. da siap sidai, aku pun dinner, aku habiskan semua lauk, yang tinggal cebis-cebis je. tapi tak pe asal aku kenyang. anak-anak sedara aku semua tido kat depan, dengan aku dan abang aku.zzzzz

Monday, June 15, 2009

Kelmarin

Sabtu, 13 Jun 2009 - hai all. nak citer pasal kelmarin ni. well, for start kelmarin ari sabtu. aku tinggal sorang. tido kul 6 pagi kot, bangun kul 12 tengahari camtu. bangun-bangun je abang aku call. ada hal nak settle, so aku cakap ok, dia suh aku tunggu kat bangi kul 4 petang. eh jap, aku rasa aku bangun kul 1.30 petang la,haha. tah la, ignore je eh. then aku mandi, solat tengok tv jap. aku makan 4 keping roti bakar taruk peanut butter lady's choice. da tu, aku terus makan je la kan. tiba-tiba aku sambung tengok tv lagi sampai leka, jeng jeng jeng da nak kul 3, so tanpa membuang masa, aku terus siap, and start enjin keta.vroommm bunyinya. dipendekkan citer, aku pun drive gi bangi. bayar tol rm 1.80 then tunggu abang aku. tengah tunggu tu, perut aku berlagu, nak memerut. aku da panik, tapi stil buat macho. tak lama lepas tu, abang aku pun sampai. dah sampai, kitaorang kena tunggu abang aku yang sulung pulak. masa tunggu tu, abang aku ni siap sempat basuh moto dia, jadi aku yang tengah pakai jin pun terpaksa la jugak tolong basuh moto. by the way, moto tu jenis yahama r1, 1000cc, moto besa. aku tak penah try bawak moto tu, coz aku tak de lesen moto klas b full. abang aku paksa gak aku try, aku rasa dia da giler suh aku bawak moto tu, tapi aku try bawak jugak. da la sakit perut, tambah lagi cuak bawak moto besa dia tu, makin memulas-mulas(bukan 'helas' aaa) isi perut aku. vroom,vroom aku bawak, tersenggut-senggut. maklumla, tak berapa pandai bawak moto besa guna clutch. first time aku bawak moto clutch pun time aku 21, moto jaguh kawan aku. tapi jaguh senang sikit nak bawak coz ringan. moto abang aku tu da la berat, tak stabil lak tu, tambah dengan inexperienced aku ni, jadi macam moto nak abis minyak. tapi nasib baik la tak ekseden walaupun aku terpusing throttle banyak, huhu. nanti-nanti la aku practice bawak moto clutch lagi. abang aku yang sulung pun datang, then settle keja, aku pun balik. sampai umah kul 8.30. penat giler tak tau napa, padahal tak wat keja apa pun. aku tido awal 10.30 da mimpi indah, mimpi apa? hanya aku dan Dia yang tahu.tengah wat S.A.D, entre & leadership, tapi otak blank.~out~

Saturday, June 13, 2009

Semalam

Jumaat,12 Jun 2009 - ari ni tak de kelas, so aku leh tido sampai tengahari. tapi disebabkan Khamis malam Jumaat aku tido awal, tetibe je ari ni aku terbangun pagi. kul 6 aku da bangun, Subuh jap, sambung tido balik. 10.30 baru betul-betul bangun. nak dijadikan cerita, aku malas nak beli sarapan kat luar, so aku kena la masak. aku masak burger special, dan special tu sebab aku yang la masak (main-main aje). burger special siap dengan telo, so jadi la burger special. mungkin bukan rezeki aku, sebijik telo yang aku da siap goreng tu leh jatuh ke lantai pulak. namun aku tak putus asa, aku amik lagi sebijik telo sebagai ganti, aku basuh dan goreng. da siap goreng telo 2 bijik, aku masak burger lak. sambil-sambil tu aku buat air, bakar roti dan tengok tv. leka tengok tv, aku lupa pasal burger kat dapur. hangus la sikit, tapi tak pe, sebab bila aku yang masak, gerenti sedap. bubuh burger atas roti bakar disapu marjerin, atas burger letak telo, atas telo letak sos banyak-banyak,huhu. aku tau air liur korang gerenti da meleleh kan?kalau tak meleleh pun, mesti menjilat je bibir tu. dipendekkan citer, aku pun makan sampai abis.fast forward, da petang. gi masjid,solat jumaat, then balik. sambung tengok tv, abg aku call. da settle hal dengan dia, sambung tengok tv lagi. petang sikit, group member untuk project management message, kata aku discussion pasal projek, tapi aku lak ada program malam tu, so 50-50. maghrib pulak, sorang lagi group member message pasal discussion, so aku cakap, aku ada program, terus je senyap. tunggu punya tunggu punya tunggu, aku jadi tunggul. program cancel. parents aku suh balik kampung, akak aku pulak ajak gi ipoh, aku cakap 50-50. pas midnite tadi, group member untuk subjek lain pulak message, suh datang esok ada discussion, aku cakap 50-50. aii, banyak betul 50-50. nak dijadikan citer, aku sebenarnya da tak de idea, so aku citer apa-apa aje.

4YI

Thanks for all my loyal readers, thanks for the comments. I really appreciate your thoughts for all my posts. I haven’t been here lately to update my blog. Got this thorough and thorough mental block in mind couldn’t write anything at all. Most of you probably think that my English is good but it isn’t a fact. Honestly I wrote all my posts (in English language) using Microsoft word, so any mistakes or grammar whatsoever I can correct it before posting here. I have few foreigners friend, here and overseas that sometimes I chatted with. They told me that, my English is good as average foreigners. So for me, that’s an achievement even I didn’t get a certificate for that (kidding). What to tell? I don’t have any idea. Will be back soon, sooner or later maybe…we’ll see.

Dah lebih 2 minggu

merujuk kepada perkara di atas, eh, macam menulis surat rasmi pulak aku ni,haha. by the way, da lebih 2 minggu aku tak update blog aku ni. dengan tak idea + malas + bad mood telah menyebabkan blog ni terbengkalai buat sementara waktu. bad mood sebab aku marah kat seorang colleague aku, tapi semuanya dah settled. semuanya disebabkan oleh anasir luar yang merasuk diri aku untuk jadi marah kat colleague aku ni. pasal malas, tak payah la aku cerita, gerenti korang da tau camne aku ni. tak idea, ni la problem aku. bila aku ada idea, melambak-lambak nak cerita, bila tak de idea, satu haram pun tarak. tapi kan, aku selalu ada idea bila malam, malam macam lagu shades. masalah problem aku lak, idea datang bila aku da tutup laptop, guling-guling kat katil nak tido, so nak buka laptop balik surely da malas, nak bangun tulis dalam notebook pun malas, so dengan malasnya aku terus buat-buat tido sampai aku tido.ni nasib baik la, aku tak dapat tido, eh aku da merepek.~out~