Tuesday, August 30, 2011
assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. sempena hari yang mulia, hari raya aidilfitri ini, blogger ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua umat Islam, muslimin dan muslimat tak kira di mana saja anda berada, di tempat kerja, di kampung halaman mahupun di perantauan. bagi yang mengenali diri ini secara langsung atau hanya di alam maya, blogger ingin mohon ampun dan maaf andai ada tersasul bersiul, tersilap cakap, terkasar bahasa pasar, tercubit sampai rasa sakit, terbuli sampai hilang kenyakinan diri, ter'apa' di mana-mana pada bila-bila masa tak kira siang malam, langit cerah atau mendung dan selain-lainnya. semoga hari raya kali ini disambut dengan lebih meriah tanpa melupakan yang tidak bernasib baik di luar sana. berhati-hati ketika pulang dan kembali di jalan raya, berwaspada pada kamera-kamera yang kerjanya menangkap speed racer, beringatlah pada yang tersayang ketika nak membakar mercun, kerna takut tak dapat jumpa lagi lepas ni, atau ada yang hilang body part sana sini. sekian untuk tatapan buat semua yang pembaca di tanah air tumpah darahku, ikhlas daripada penulis blogger expresi-diriku yang berada berpuluh ribu milimeter dari anda semua.
Sunday, August 28, 2011
27 Ogos 2011
assalamualaikum dan salam sejahtera. semalam blogger tidur lewat, tak sure pukul berapa, tapi maybe dalam pukul 3 atau 4 pagi. blogger bantai main game ranch rush, pastu game online tak lebih 10 akaun hanya untuk football management game. blogger sahur jam 5.20 pagi, tunggu sampai subuh, bila sudah selesai, blogger sambung tidur. pukul 8.30 pagi abah blogger kejut ajak pergi pasar borong selangor di serdang. blogger dengan tak mandi takat basuh muka, basahkan rambut pun ikut sambil terlentok-lentok dalam kereta yang dipandu abah blogger. memacam abah blogger beli sewaktu di pasar, blogger ikutkan je, jadi tukang angkat barang-barang. buat pengetahuan semua, pengetahuan blogger pasal benda-benda(jenis-jenis ikan, sayur-sayuran etc) yang ada di pasar amatlah terhad sehinggakan peria dan petola pun blogger konfius. bila tanya pasal ikan, lagila blogger blur. nama pun tak tau, nak pilih pun tak tau, harga siling pun tak tau, yang tau makan je. shopping dalam sejam lebih kurang, sampai rumah dalam pukul 10.30.-11 pagi. disebabkan cuaca redup ala-ala nak hujan, blogger mengambil keputusan untuk membasuh skuter kesayangan blogger dan skuter abah blogger yang dah 2 minggu tak mandi sabun. settle membasuh lebih kurang jam 12+ tengahari, blogger pun berehat sebentar sambil baca paper NST. dekat jam 1 petang, blogger masuk bilik dan terlelap waktu azan zuhur berkumandang dan bangun pada pukul 2 petang. blogger kemudian solat zuhur sebelum basuh toilet yang dikongsi bersama abang blogger. siap membasuh, blogger pun mandi dan dok melepak depan tv sambil sambung baca paper di saat siaran iklan. blogger amat mengantuk waktu itu, tapi disebabkan kepenatan blogger tak dapat nak lelap mata hinggalah lepas waktu asar, blogger terlelap akhirnya selama sejam saje sebelum membawa anak-anak buah blogger ke playground. sebelum jam 7 malam, blogger mandi dan bersiap-siap untuk buka puasa. semua adik beradik blogger termasuk suami/isteri dan anak-anak mereka berbuka bersama-sama di rumah abang blogger ini kecuali seorang abang ipar yang tak pasti ke mana perginya. akhirnya sampai saat waktu ini, blogger amat ngantuk sekali, blogger mohon izin permission untuk beradu dulu, wasalam
Thursday, August 25, 2011
Good news, great news, greatest news, not so very bad news, very bad news
hi all, today blogger will tell you all a story blogger kasi bikin sendiri. entry kali ini, berkisarkan pasal news, bukan news di akhbar-akhbar, bukan juga televised-news tapi news dari taipan jari jemari blogger sendiri. well, blogger start dengan bacaan ummul-kitab (boleh di baca dalam hati). good news is blogger's father a.k.a abah telah membeli kereta idamannya (kereta idaman tapi no 3 atau 4) setelah sekian lama memendam rasa gundah gulana ikan gelama mak eloi-eloi, ikan kekek mengekek-ngekek. itupun setelah beliau men'trade in'kan 3 biji kereta terpakai iaitu kereta mainan, keretapi dan juga kereta sorong beliau. great news pulak, blogger telah dikurniakan seorang lagi ahli keluarga baru, seorang baby girl (anak kedua kak ngah blogger) yang baru dilahirkan ke dunia yang fana ini semalam lebih kurang jam 11 pagi dengan berat 2.9kg. ini dijelaskan dalam post bazaar ramadhan sebelum ini, di mana parents dan abang blogger melawat akak blogger di hospital hingga menyebabkan blogger terpaksa membeli makanan/minuman di bazaar ramadhan, maka itulah sebabnya. greatest news pulak, ramadhan dah nak sampai ke penghujung, syawal bakal menjelma. entah kenapa, blogger rasa amat sangat sungguh super excited nak menyambut hari raya tahun ini, wallahualam bishawab. not so very bad news pulak, raya tahun ni, blogger kena kasi duit raya kat 8 orang anak2 buah blogger, kopak la camni, huaaaa. da la bonus tak penah dapat. hmmm sedih betul. blogger tutupi post ini dengan mengisytiharkan very bad news. semenjak beberapa hari sebelum ni, blogger selalu mengalami sakit perut. sebelum ni, puasa blogger ok je walaupun blogger ada gastrik, tapi di akhir-akhir puasa ni, tak tau lah kenapa, perut selalu sangat meragam. harap-harap blogger akan ok menjelang hari raya nanti kerana blogger tak sabar nak balik kampung menyambut hari raya dengan baju pink blogger, yeayyy dah nak raya
Bazaar ramadhan
hello3, kali ni blogger nak bercerita pasal bazaar ramadhan. semalam blogger pergi bazaar ramadhan hanya untuk kali yang kedua dalam bulan puasa tahun ini. mesti pembaca2 semua agak terkejut kan memandangkan blogger ini seorang yang suka makan. sebenarnya blogger kuranglah suka nak pergi bazaar ramadhan tanpa ada hala tuju, dengan niat nak membazir dok beli macam2 jenis makanan dan minuman yang ada kat situ. tapi disebabkan parents dan abang blogger melawat kak ngah blogger di hospital semalam, tak sempat la mak blogger masak lauk memacam untuk berbuka dan sahur nanti. oleh sebab itu, blogger yang menjadi mangsa keadaan terpaksa pergi beli lauk pekebende kat bazaar ramadhan sebab abang blogger nak buka puasa kat KL. mak blogger pulak tengah masak 2 jenis lauk yang simple tatkala abah blogger jaga syara, anak buah blogger. maka dengan berat tulang blogger pun pergila ke sana lebih kurang jam 6.15pm. ketika itu, tak de la berapa nak sesak dengan orang. tapi seperti biasa, bazaar ramadhan memang akan ada ramai orang. tak nak memanjangkan sangat cerita blogger, blogger beli 2 jenis kuih, ayam rempah madu setengah ekor, dan pedal 2 cucuk beserta dengan air kathira batu pahat 2 bungkus sebelum balik semula ke rumah. sampai kat rumah, mak blogger bising sebab tak beli lauk berkuah dan lauk untuk anak buah blogger. blogger buat dunno je, seraya berkata, blogger tak reti nak pilih lauk, nanti tak sedap pulak, dah tu membazir lagi. tika waktu buka puasa, pe yang blogger beli terbukti memang tak sedap terutama sekali ayam rempah madu. tapi disebabkan dah beli dan tak nak membazir, blogger dan family pun makan la jugak apa adanya. kesimpulan dari cerita di atas blogger malas dan tak suka pergi ke bazaar ramadhan sebab banyak sangat sebab.
1. blogger tak suka tempat hiruk pikuk penuh dengan ramai orang(alasannya rimas, lemas, bising dan takut sesat)
2. blogger tak reti nak pilih barang/lauk-pauk/minuman(alasannya nanti orang dok komplen tak sedap la, mahal la)
3. ramai pemudi/ awek2 usha2 blogger(haa, ni yang blogger paling tak suka, alasannya ramai bebudak kilang dari indon(awek malaysia pun ada jugak) dok tengok blogger, usha2 tapi tak penah mintak no telepon)
4. blogger tak reti nak agak2 berapa banyak kuantiti yang nak dibeli (alasannya takut membazir, takut tak cukup pun iya jugak)
5. kebersihan (blogger takut lauk-pauk, minuman yang blogger beli dari kedai yang tak berapa dijaga kebersihannya, contoh minuman dibuat dari air yang tak dimasak, lauk semalam recycle balik dan sebagainya)
dan ada la beberapa lagi sebab musabab yang blogger tak berapa nak suka ke bazaar ramadhan, sekian terima kasih

Tuesday, August 23, 2011
PICC
assalamualaikum dan selamat tengahari semua. hari ni blogger nak bercerita pasal berbuka semalam. blogger dan ahli keluarga berbuka di PICC atas dasar jemputan abang blogger yang mengajak kami semua berbuka bersama-sama staff-staff company dia. blogger balik kerja agak awal semalam(awal 10 minit dari kebiasaan) iaitu pada pukul 5.05pm. sampai saja di rumah, blogger disuruh bersiap-siap untuk bergerak ke PICC jam 6pm. tapi kepala blogger sangat pening dan mengantuk, gara-gara hujan di tengahari semalam. petang itu pun blogger terlelap di meja kerja di office, tapi nasib baik bos blogger tak berapa amik kisah. blogger lelap sejam, di antara pukul 3-4pm camtu. tersedar dari lelap pun sebab ada call dari maybank. balik rumah pun, blogger sempat melelapkan mata hingga mak blogger kejut 5 minit lagi jam 6pm. maka blogger dengan pantas pun bersiap ala kadar, spray perfume kasi lebih agar tak bau masam dan bergegas ke pintu masuk rumah. rupa-rupanya masih ada ahlil keluarga yang belum siap lagi, maka blogger pun berdisko raggae jap kat rumah jiran blogger bersama-sama anak buah blogger syara. tak lama kemudian, kami bertolak ke PICC dan sampai-sampai aje, orang dan agak penuh memenuhi segenap ruang restoran tergantung di situ. blogger makan apa adanya tapi walaupun dengan kuantiti yang tak seberapa, blogger rasa bagai penuh tank blogger sampai asyik sendawa aje. solat maghrib di PICC, dan kemudian sambung makan lagi. selesai makan, kami pun bertolak pulang dan sampai di rumah kurang tak lebih pukul 10pm. blogger pun mandi membersihkan diri menunaikan solat isyak dan tarawih sebelum online sekejap dan seterusnya beradu domba di atas katil single blogger. blogger bangun jam 4pg untuk menonton perlawanan bola sepak BPL antara manchester united dengan totthenham hotspurs yang berkesudahan 3-0 untuk united hasil jaringan welbeck, anderson dan rooney. selesai menonton bola, blogger pun terus bersahur dan menunggu waktu subuh sebelum kembali beradu. hari ini blogger pergi kerja lambat, disebabkan hujan(alasan) tapi lebih disebabkan oleh kenikmatan tidur waktu hujan. sekian, cerita blogger untuk semua pembaca.
Monday, August 22, 2011
Mee bandung dan coke
assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca. semalam hari ahad, 21 Ogos 2011 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1432 Hijrah blogger dan beberapa ahli keluarga berbuka puasa di rumah kak long blogger yang bertempat di seremban 2. kak long blogger masak mee bandung dan soto, so disebabkan blogger kurang menggemari soto, blogger pun berbuka puasa dengan mee bandung aje. tapi sebelum tu, blogger meneguk ice coke segelas besar. sebenarnya blogger dah agak lama tak minum minuman bergas, walaupun kelmarin selepas blogger memutsal dengan kengkawan selama 2 jam, blogger meneguk 100+ setengah botol dengan kadar yang segera. tapi entahlah, tiba2 aje blogger mengidam nak minum coke yang ada kat umah kak long blogger tu, blogger pun meneguk coke 2 gelas besar semasa buka puasa. natijahnya, balik umah blogger sakit perut dan jeng2, blogger malas nak cerita scene selanjutnya. selamat berpuasa dan selamat membaca.
Buka puasa dan futsal
assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. today blogger mau kasi story about yesterday, Saturday, hey3x 20th August 2011. yesterday kan, blogger's secondary schoolmates had a breaking fast together gether. we ate at village view bangi not very far away from blogger's house, instead it was very2 close blogger could walk if blogger want to. blogger ate some much more than the capacity blogger probably should have consume. while breaking fast, we watched arsenal vs liverpool match with blogger rooting for arsenal because blogger dislike liverpool plus some of blogger's friends are liverpool's fans. unfortunately, liverpool won that game, and they pun happyla. blogger went back home around 9.30pm camtu and after Isyak and Tarawih + Witir prayers blogger main game online kejap, before heading for futsal at 11pm. blogger arrived 20 minutes later, and they just about to start the game. blogger had a very nice hanging out time with friends and the match as we won every short game (which team score 3 goals first is the winner). i just thought that i played better when not under pressure and i really had great time and just can't stopped smiling. it ends around 1.15am and went back shortly after. now i'm trying to get myself fit and have some games before maybe entering another football tournament after hari raya.
Friday, August 19, 2011
Jakel
sambungan kisah siri yang lepas..
barang yang lepas jangan dikenang, blogger beli barang baru. bersempena cuti nuzul Al-Quran, blogger mengambil kesempatan dalam kesempitan masa untuk membeli barang yang baru. blogger dan parents menuju ke shah alam ke rumah akak blogger yang bekerja di sana untuk membeli dan belah di Jakel' shah alamanda. sampai di shah alam, blogger disajikan dengan alunan radio sebab rumah akak blogger tak ada tv. tidak lama kemudian, rumah akak blogger pun didatangi oleh 3 orang kanak-kanak, anak kepada kawan akak blogger yang sama-sama bertugas di Yaman dan terpaksa pulang ke tanah air disebabkan kekacauan huru hara di sana. unfortunately, the 3 stooges didn't memorize uncle pojan. it's ok, neverland. then came their parents with her younger sister who studying in polytechnic shah alam kot. we talk a little then they took off saying that they want to go to subang jaya for a while. after zuhur prayer, we went to the Jakel with my friend on board looking for barang baru. took a while choosing size and colour and got a pair of barang baru just below rm200 to wear during hari raya aidilfitri. my dad wanted to buy me another pair of barang baru but unfortunately, the size isn't suitable for me, and other, colour isn't much to my liking. after beliing barang baru, we book places for break fast at sekinchan and went back to my sister's place. after asar prayer and nap, we then went to break fast and the rest, u read 'Tertinggal 1 lagi waktu' la.

Tertinggal 1 lagi waktu
assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. alhamdulillah, ibadah puasa dah hampir 2/3 lengkap dan malam esok bermulalah pencarian malam Lailatul Qadr. untuk tidak jauh menyimpang dari tajuk dan membuatkan pembaca-pembaca tertentu memerli blogger kerana selalu lari tajuk, blogger akan meneruskan cerita blogger. seperti yang pembaca semua tau, dalam bulan puasa ini, blogger hanya tertinggal sekali waktu solat iaitu subuh disebabkan kepenatan dan kengantukan yang amat terlampau. maka kali ini, blogger telah berjaya memecahkan rekod ini sekali waktu lagi, tetapi kali ini berbeza kerana, blogger meninggalkan waktu maghrib pada malam nuzul Al-Quran. ini gara-gara blogger, parents, akak dan kawan blogger berbuka puasa di luar kawasan yang sewaktu dengannya. walhal blogger sempat untuk tidak meninggalkan waktu maghrib, tetapi disebabkan sebab-sebab yang tidak berapa nak munasabah, blogger meninggalkan juga. barang yang lepas jangan dikenang, blogger beli barang baru, post lepas ni blogger cerita, tunggu..
SPRM
sprm, suruhanjaya pilihan raya malaysia, tapi sebenarnya suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia. cerita ini berkaitan dengan hidup blogger. beberapa minggu yang lepas, sprm telah membuat inquiry ke atas company, tempat di mana blogger bekerja sekarang.sprm siap datang setiap site di mana projek company blogger beroperasi termasuklah site yang blogger jaga tidak terkecuali. sewaktu sprm menjalankan tugas mereka, blogger menjalani rhcsa training di kl. maka dengan itu, blogger tidak tahu menahu apa yang sprm inginkan pada waktu itu. setelah blogger kembali bertugas, blogger mendapat arahan supaya cari balik, dan mengesahkan barang-barang yang telah digunapakai dan yang berada di stor. maka blogger pun terpaksa, dipaksa, memaksa diri untuk memberikan kerjasama seraya menjalankan modus operandi sendiri untuk melengkapkan permintaan pihak sprm. alhamdulillah, blogger telah berjaya menyiapkan kerja-kerja tersebut dalam masa 2 hari, tidak termasuk cuti nuzul Al-Quran. blogger harap, segala urusan akan berjalan dengan lancar hendaknya. amin...
Monday, August 15, 2011
Hampir pengsan...tapi tak
sambungan kisah mimpi...
selepas mimpi blogger diganggu dek panggilan abah blogger suh blogger bangun kemas umah, blogger pun terus mandi dan *sarapan pagi. lepas je *sarapan pagi, blogger memotong rumput di bahagian depan dapur. kawasanny tak lah luas, tapi taklah kecik jugak. waktu itu lebih kurang jam 9.30 pagi tapi redup dek panahan matahari dilindungi awan nano. lepas abis potong bahagian tu, pekerja abah blogger seorang warganegara indon pun sampai dan mengambil alih tugas memotong rumput daripada blogger. blogger pulak ditukarkan ke bahagian pruning pepokok yang ada kat halaman umah tu, sambil abah blogger dok menyapu rumput yang da blogger potong tadi untuk dibuang.walaupun bukan kerja berat, tapi disebabkan bulan posa yang tidak membolehkan minum air, blogger pun kepenatan dan kehausan, tapi blogger gagahkan diri selesaikan mana yang patut sebelum azan zuhur berkumandang. dalam waktu itu, blogger kerap jugak berehat di tangga melepaskan lelah dan melarikan diri dari terik mentari. bila azan berkumandang, kami bertiga masuk ke umah untuk berehat, mandi dan solat zuhur(blogger jamak qasar). sebelum mandi, blogger cam nak pitam jap sebab over-exhausted. tepat jam 3ptg, kami pun kembali ke padang bukan untuk bermain bola, tp untuk menyelesaikan keja yang masih belum siap. semua keja siap pada pukul 6ptg, dan pada itu, blogger betul2 dah tak larat lagi. blogger terus mandi(kali ni lama sikit) dan rasa segar semula, kecuali tekak blogger dah kering susah nk telan air liur. lepas mandi, blogger pn terjongkang depan tv, dengan kipas tala tepat ke blogger dengan halaju kedua akhir paling laju. blogger dok tengok jam kat dinding tak sabar nk berbuka puasa. siap amik air letak ais pastu masuk esbok lagi.akhirnya, penantian blogger pn berakhir, blogger tak pengsan, tapi hampir2.blogger telah pecahkan rekod minum air paling banyak dalam ramadhan ni iaitu 4 gelas cawan panjang, rasanya lebih dari sebotol besar 1.5liter tu kot. dan bila nak solat pastu, air rasa sampai kat tekak je bila blogger sujud. sekian, cerita blogger yang suka memecahkan rekod waktu bulan puasa.

Mimpi
helo2, hai2, pekaba semua? post kali ini, blogger nak bercerita pasal mimpi. orang2 tua kata mimpi itu mainan tidur/ syaitan, tapi kalau kita mimpi dalam bulan ramadhan, saat syaitan dirantai, camne plak tu? masih ingatkah lagi post blogger yang 'tertinggal 1 waktu' tu? ni adalah sambungan kisah itu.saat blogger terbabas ketika menunggu waktu subuh, blogger pun bermimpi. blogger mimpi pasal bekas kekasih blogger. tapi dalam mimpi itu, dia anak orang kenamaan, nama dah berubah, penampilan semua pun berubah jugak. watak blogger dalam mimpi tu, ialah sebagai seorang pak turut yang menurut permintaan orang kenamaan tu a.k.a mak bekas kekasih blogger. dia bersolek tebal, pakai spec, dan bila mak dia tanya blogger, anak dia cantik ke tak, blogger cakap cantik(tanpa rela). oh ye, pada waktu itu, dia keja sebagai doktor. kisah kami sampai ke pengetahuan mak nya dan apabila kami berpisah, dia tak dapat menerima. jadi mak ny bawak dia jumpa doktor untuk padamkan memori dia dengan blogger sebelum kami bertemu kembali(lepas dia tukar nama dan penampilan). mak dia minta blogger temankan dia untuk seketika waktu dan bagitau blogger, dia sudah takde memori pasal blogger. mak ny minta blogger tak lukakan hati dia lagi. blogger pada mulanya tak percaya apa yang mak ny cakapkan namun blogger dapat terima setelah dia betul2 seperti tak kenal blogger sapa. jadi blogger pun bersetuju dengan permintaan mak ny. setelah berapa ketika, blogger dapat tau kenapa mak ny minta blogger menemankan dia. sebabnya, dia da tak punyai banyak masa lagi. nak ditambahkan perisa, rupa2ny dia sebenarny tidak hilang akal/memori tentang blogger tapi dia berlakon depan mak ny, untuk sedapkan hati mak ny. blogger da berbelah bagi, sebab blogger terima permintaan mak ny setelah sahih blogger rasa dia tak ingat kenangan tentang kami dulu2, tapi bila dapat tau perkara sebenarny, blogger serba salah. nak terus temankan dia sampai penamat waktu atau pergi dari situ. mimpi blogger terhenti beberapa scene selepas itu, scene yang blogger rasa tak sesuai nak bercerita di sini. tapi apa yang blogger musykilkan, kenapa tiba2 setelah sekian lama, blogger mimpikan dia? mimpi mainan syaitan mana yang buat blogger mimpi camtu skali?blogger tiada jawapanny....
Tertinggal 1 waktu
assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. sepanjang ramadhan kali ini, alhamdulillah blogger tidak pernah tinggal walaupun 1 waktu solat sehinggalah blogger memecahkan rekod tersebut secara tidak sengaja pada sabtu yang lalu. kisahnya bermula begini..
sepanjang minggu lepas blogger menghadiri training RHCSA di KL kecuali pada hari Jumaat (hari yang sepatutnya blogger dan ofismate amik exam, namun telah ditangguhkan pada bulan hadapan. blogger mengambil cuti suka hati sendiri pada Jumaat itu. selepas berbuka puasa, lebih kurang jam 8.40mlm, blogger, dan beberapa ahli keluarga bertolak pulang ke kampung halaman di Johor Bahru. sampai di sana, tepat jam 12 tengah malam. disebabkan keletihan, kesemua ahli keluarga blogger sahur pada tengah malam itu kecuali blogger. untuk tidak terlepas sahur sebelum subuh, blogger cuba bersengkang mata menahan dari tidur dengan menonton televisyen, tetapi blogger terlelap lebih kurang jam 2.45 pagi. lebih kurang jam 5.25pagi, abah blogger bangun kerana terdengar bunyi televisyen (yang blogger tak sempat tutup sebab tertidur). nasib baiklah, abah blogger kejut blogger bangun makan sahur. dengan mata yang kelat pelat tak larat nak buka, blogger pun sahur la apa lagi. lepas sahur, blogger terus masuk bilik, nak tunggu waktu subuh, sebelum kembali sambung tidur. blogger dah siap amik wuduk, tapi dek menunggu azan yang macam tak sampai-sampai, blogger pun berbaring la sekejap, lalu blogger terbabas sampai pukul 9pagi. blogger rasa down sungguh kerana blogger telah memecahkan rekod sendiri tanpa sengaja, sungguh anti klimaks betul. alhamdulillah, blogger hanya tertinggal waktu solat hanya sekali pada ramadhan ini. tapi blogger selalu tinggal subuh kalau bukan bulan ramadhan.huhuu, sampai sini, coretan blogger, ikuti lagi edisi pada masa akan datang

Thursday, August 11, 2011
Hari ini, semalam, hari sebelum semalam dan hari sebelum-belum semalam
post kali ini blogger nak bercerita pasal tajuk di atas. minggu ni blogger ada training course RHCSA kat area klcc. lepas sahur tido balik, nak bangun punyalah payah, blogger kuatkan jugak semangat sebab company da bayar ribuan RM untuk membolehkan blogger masuk training course ni. dengan jalan yang sesak sewaktu pergi dan balik, hujan renyai dan kadang-kadang panas menyebabkan blogger mengalami dehidrasi secara mencanak-canak gamaknya. sepatutnya esok blogger ada exam RHCSA ni, tapi blogger dan 2 orang ofismate yang jugak menyertai minta tangguh exam lepas raya untuk membolehkan blogger dan kawan-kawan mengulangkaji chapter yang dipelajari. nak dijadikan cerita ini lebih panjang sikit, pada hari pertama training, blogger dan kawan-kawan nak drop atau tukar course disebabkan pembelajaran secara 'rapid' dan 'too advanced' bagi blogger bertiga. trainer siap suggest kitorang tukar course dan kitorang pun da siap call projek manager dan staff yang dealkan training course ni supaya tukarkan course dengan course lebih basic. unfortunately, projek manager dan staff tu tak dapat buat apa-apa maka dengan tak berapa rela hati, kami pun terus hadir taip hari sampai la hari ni. dalam surat agreement kitorang dengan bos, training 8-12 August 2011, dan dengan sebab itu, blogger dan kawan-kawan mengisytiharkan esok cuti ikut suka hati sendiri. blogger ingat nak gi masjid jamek tak pun jalan tar esok, dan blogger ajak adik angkat blogger teman blogger cari baju raya, namun beliau tidak dapat confirm dan sekarang blogger berbelah bagi esok nak buat apa.lepas buka esok, blogger dengan parents nak balik kampung kemas rumah di sana bagi menghadapi hari raya puasa.blogger ingin mengucapkan selamat berhujung minggu buat semua, arigato terima kasih syukran komawoyo wala wala
Wednesday, August 10, 2011
EPL season has begun
last sunday marks the start of a new EPL season. sunday's match which served as season opener between manchester rivals, united and city is such a cracker, much better than jacob's cream crackers to be exact. city while leading at half time by two goals to nil, couldn't hold on to their advantage to a very determined young,fresh and upcoming future stars of united to lose 2-3 after final whistle. it was a difficult first half for both as united control the pace of the game but couldn't seem to find shooting boots to convert most of the first half chances, whilst city lead by poor goalkeeping and defending from a new look united defence. rio while having tonnes of games and experience couldn't prevent lescott to nick in front of him to steer the ball into the goal. de gea, new young spanish goalie who can't speak or understand english yet, seem nervous at times and was at fault for the second goal conceded. smalling excels at right back position, welbeck and cleverly will be the ones for the future, berbatov seems to run his contract out until the end of this season, sneijder might come in but if he's not there's no problem for the gaffer to win 20th BPL. can't wait for the first EPL match to kick-off will be rooting for of course the red devils.
Saturday, August 6, 2011
Hari ini tapi untuk semalam
post blogger pada hari ini adalah sebenarnya untuk hari semalam. semalam blogger pun tak sure kenapa tak post, mungkin juga blogger terlupa ataupun tak berapa ingat. semalam blogger meneruskan keja-keja amik details switch dan alhamdulillah semuanya telahpun berjaya blogger setelkan. lepas solat Jumaat pulak, blogger pi ke KWSP branch untuk mengaktifkan i-akaun blogger. banyak jugak duit blogger dalam simpanan KWSP tu, rasa-rasanya setahun setengah lagi cukup untuk beli rumah kos rendah. minggu depan ni pulak blogger ada training RHCSA tapi tempat training cam konfius skit sebab dalam agreement letter yang blogger signed kat tempat lain, tapi dalam emel yang blogger dapat dari trainer tempatnya lain. tapi takpe, blogger saing ofismate blogger nanti pi training. azan Subuh sudahpun abis berkumandang, blogger nak sembahyang..salam
Thursday, August 4, 2011
Blur..
salam buat semua pembaca blog ini. ari ni blog ada ceritera lagi. semenjak blogger kena pindah site ofis baru-baru ini, keja blogger tetiba aje dapat melambak macam kedai-kedai kat bazaar ramadhan. lepas ni pulak, blogger akan di'pulangkan' semula ke site ofis lama tempat yang blogger tak leh berapa nak tahan tensennya. cerita blur ari ni bermula lebih kurang pada pukul 2 petang tadi selepas waktu makan tengahari. blogger telah ditugaskan atau dengan lebih tepat lagi, dibuli untuk membuat site inventory site ofis blogger sekarang ini. blogger telah menyetelkan segala mala serial merial perkakas dan alatan yang digunapakai untuk projek company blogger ini kecuali network switch. 'switch yang blogger maksudkan bukanlah switch untuk on/off lampu kipas yang biasa dilihat dirumah, dipejabat mahupun di masjid tapi 'network switch' (sila rujuk google earth). switches yang dah di'up'kan dan di'connect' ke core switch telah berjaya blogger amik segala mala detailnya, cuma switch yang 'up' tapi tak connect je blogger terpaksa memaksa diri untuk check dari segi fizikal. blogger telah diberi console cable, cable untuk men'connect' switch ke laptop blogger. blogger menggunakan 'telnet' untuk retrieve detail dari switches yang 'up' and connected dan blogger dengan yakin ala-ala selambaje terus ke tempat dimana blogger amik detail switch secara manual. dipendekkan cerita dan untuk tidak membuang masa serta memalukan blogger secara besar-besaran, blogger blur selama 2 jam di situ kerana tidak jugak berjaya amik detail switch walaupun dibantu dua senior (seorang bekas senior dan satu lagi masih senior). rupa-rupanya cara (telnet) yang blogger gunakan hanya boleh digunapakai jika switch dapat di'ping'. cara yang sepatutnya blogger gunakan adalah dengan menggunakan hyper terminal. kesimpulannya disini ialah blogger BLUR selama dua jam akibat malu bertanya sesat carakerja. blogger down sangat-sangat lepas ditolong solved kan oleh pembuli blogger tadi. sekian cerita blogger.
Wednesday, August 3, 2011
Hari ke-tiga puasa
hari ini blogger rasa sangat malas, especially sebab bos blogger tak datang site ofis yang blogger jaga, so hari ini blogger manghabiskan masa untuk dihabiskan begitu saja. tapi yang tak sedapnya blogger dapat khabar berita yang kawan blogger a.k.a abang besar blogger site ofis lama nak berenti keja sebab dah dapat keja baru. tahniah untuk dia, bad luck untuk blogger, sebab kena ganti tempat dia kat site ofis yang penuh pancaroba itu. start 15 Ogos 2011 ni, blogger terpaksa pulang bekerja di putrajaya. tak dapat la blogger main game, melayari internet dengan hati yang lega lagi. sigh*.ada ura-ura yang menyatakan blogger bakal naik pangkat menggantikan abang besar itu, tapi naik pangkat tanpa naik gaji apalah gunanya. waktu blogger balik keja pulak, blogger diuji dan diduga lagi. langit gelap menandakan nak hujan, tapi blogger rasa setakat renyai-renyai saja. nak dijadikan cerita, di pertengahan jalan, hujan tetibe aje turun dengan agak lebatnya menyebabkan blogger tidak sempat berhenti dimana-mana untuk menyarung jersi hujan blogger. dan ditambah lagi bad luck blogger, minyak motor tetibe juga abis walhal, indicator tak kurang 3/4 tangki minyak pun. sungguh agak malang tapi nasib baik ada seorang mamat motor ni tolong tolak motor blogger sampai petrol walaupun dengan susah payah, jalan licin, hujan turun agak lebat, kereta laju menyusuri jalan, mamat tersebut tolong jugak blogger. terima kasih ye mat. sampai sini dulu coretan nukilan hati nurani blogger, jumpa lagi di lain kali. salam
Tuesday, August 2, 2011
1 hari di hari puasa
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera buat semua. blogger ingin membuka satu cerita di satu hari di hari puasa. alkisahnya begini, pada 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432 terjadilah satu cerita di satu hari di hari puasa. blogger baru pulang dari tempat kerja pada waktu itu, dan lebih kurang jam 6.30 petang blogger membawa anak saudara blogger yang ke-tujuh dan yang paling kecil tapi comel dan tembam kau memang da bomb ke taman permainan. pada waktu itu, suasana hening sampai tercalar kening kiri blogger. anak saudara blogger yang berumur tujuh dan lima tahun tidak berpuasa kerana tak tahan. maka blogger minta anak-anak saudara blogger itu bertanya pada kawan-kawannya di situ samaada mereka berpuasa atau tidak. tapi anak saudara blogger kemalu-maluan untuk bertanya seraya dengan itu, blogger pun bertanya sendiri. blogger bertanya pada budak berumur 5 tahun pada mulanya... sila ikuti persembangan blogger dengan kawan-kawan anak saudara blogger..
blogger : adik, puasa tak?
adik : puasa
blogger : puasa tu boleh makan tak?
adik : tak boleh
blogger : puasa tu boleh minum tak?
adik : tak boleh
blogger : puasa boleh makan ais krim tak?
adik : tak boleh
blogger : betul ke adik puasa?
adik : betul
blogger : sarapan ke pagi tadi?
adik : tak
blogger : tengahari tadi makan tak?
adik : makan
blogger : aik, tadi kata puasa
adik : *sengih
blogger : makan apa tengahari tadi?
adik : makan nasi
blogger : lauk apa?
adik : *sengih
blogger : ni puasa ke tak ni?
adik : puasa
blogger dah geleng-geleng kepala berdekah-dekah. blogger pun tanya kat abang dia pulak.
blogger : adik, adik puasa tak?
adik : puasa
blogger : tengahari makan nasi tak?
adik : makan..* terus sambung bermain
kesimpulan dari cerita 1 hari di 1 hari puasa ini adalah, jangan tanya budak-budak kecil sama ada mereka berpuasa atau tak, kalau tak tahan lapar. sekian